membina personaliti terbilang
hargaRM 15
kategoriUmum
penulis
DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
halaman320
berat400 gram
tarikh terbit20 Jun 2007
isbn978-967-86-0306-5
SINOPSIS
MEMBINA PERSONALITI TERBILANG, sebuah lagi buku pendekatan motivasi kendiri istimewa untuk anda yang bertekad menuju ke puncak jaya. Sesungguhnya kejayaan mahupun kegagalan adalah suatu pilihan. Namun, psikologi untuk meraih kejayaan adalah semula jadi dan bukanlah sesuatu yang aneh. Untuk berjaya dan untuk gagal itu sama susah. Malah, kadang-kadang untuk gagal lebih susah.

Buku ini amat sesuai sekiranya anda ingin mendapatkan formula-formula membangkitkan keyakinan kendiri untuk lebih cemerlang sekali gus menjadi insan terbilang. Untuk berjaya dan cemerlang memang banyak halangannya tetapi untuk tidak cemerlang juga apa kurangnya. Panduan dalam buku ini tidak harus dilepaskan.

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj, seorang motivator yang memiliki pelbagai kaedah dalam menyampaikan idea-idea motivasinya. Buku ini sekali lagi membuktikan kebolehan dan kesungguhan berkenaan. Lahir untuk memberi panduan kepada semua, buku ini adalah bacaan mesti untuk setiap insan yang mahu digelar insan terbilang dalam maksudnya yang sebenar.
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]