belajar memasak 2
hargaRM 21
kategoriResipi
penulis
Norzailina Nordin
halaman160
berat350 gram
tarikh terbit30 Julai 2010
isbn978-983-124-556-9
SINOPSIS
NOVELIS dan penulis buku masakan terkenal, Norzailina Nordin sedia berkongsi 50 resipi masakan yang menjadi kegemaran ramai dalam buku terbarunya, ‘Belajar Memasak 2: Langkah Demi Langkah’. Idea untuk buku ini tercetus setelah kejayaan buku ‘Belajar Memasak’ pertama yang memuat kan resipi-resipi dalam pelbagai cita rasa. Buku ini pula bukan saja memuatkan gabungan resipi masakan pelbagai kaum di Malaysia tetapi juga dari seluruh dunia. Kandungannya sungguh menarik kerana setiap masakan dipaparkan dengan langkah yang mudah berserta keterangan dan gambar-gambar yang jelas.

Norzailina memastikan setiap pemilihan resipi dibuat dengan teliti dan rapi serta mampu memenuhi selera sesiapa saja. Selain itu, petua dan panduan turut diberi bagi memastikan keenakan setiap masakan. Melalui buku ini, beliau yang mempunyai pengalaman selama 19 tahun sebagai ‘chef selebriti’ telah sudi mencurahkan segala rahsia dunia masakan.
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]