atas lantai takdir
hargaRM 22
kategoriNovel
penulis
Fida Rohani
halaman560
berat450 gram
tarikh terbit15 April 2013
isbn978-983-124-863-8
SINOPSIS
Nik Anum dan Zulfikar berjanji sehidup semati. Namun perpisahan jua yang terjadi. Atas pilihan keluarga, Nik Anum berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dicintainya. Zulfikar pula membawa diri lalu mengakhiri kekecewaannya dengan mengahwini Shamira, wanita yang berkarisma dan berkaliber.

Untuk mengubat hati yang lara, Zulfikar mengenangkan saat indah bersama Nik Anum di Pantai Bisikan Bayu. Biarlah dia dikatakan gila dan disampuk hantu laut oleh Shamira, dia tetap akan ke situ. Permintaan isterinya supaya dia melupakan pantai itu tidak mungkin tertunai. Hanya itu kenangan yang tinggal untuknya selepas berpisah dengan Nik Anum. Hanya angin, ombak dan mentari senja yang mampu menenangkan jiwanya.

Ah, betapa peritnya perpisahan itu! Nik Anum juga merana rupanya. Perkahwinannya dengan Tengku Hisyam membawa kesengsaraan. Bukan gelaran janda yang dicari, namun jodohnya tetap berakhir dengan penceraian.

Bertahun menanggung derita, akhirnya takdir menemukan semula Nik Anum dan Zulfikar. Mungkinkah mereka dapat membina cinta yang pernah tersungkur? Zulfikar layak mengahwini bekas kekasih yang dicintainya itu! Tapi, Nik Anum…
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]