takkan pernah jauh
hargaRM 18
kategoriNovel
penulis
Shanika Latisha
halaman464
berat400 gram
tarikh terbit02 September 2010
isbn978-983-124-583-5
SINOPSIS
NUR DYBA dan Shah Idham merupakan teman rapat di universiti. Takdir menemukan mereka dengan sepasang bayi kembar merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin. Menjaga si kembar secara bergilir-gilir telah memutikkan rasa cinta tanpa disedari. Masing-masing menyimpan perasaan, tetapi tidak berani untuk berterus terang. Belum sempat hubungan itu bertukar status, konflik mula melanda diri.

Hanya kerana satu rahsia yang terpaksa disingkap, Dyba kehilangan dua insan yang amat disayangi. Ketakutan menyebabkan dia membawa diri. Sementelah, dia juga memendam rasa akibat kecewa dengan sikap Shah yang tidak berani meluahkan kata cinta. Bertahun-tahun Shah nanar dengan perpisahan itu. Namun, kepulangan Dyba mengubah segala-galanya. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku, menyukarkan cinta mereka untuk bersatu. “Kita bagaikan mentari dan bulan... berjauhan, tetapi saling memerlukan.”
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]