saga horizon
hargaRM 17
kategoriNovel
penulis
Fadli Al-Akiti
halaman492
berat450 gram
tarikh terbit05 April 2008
isbn978-983-124-352-7
SINOPSIS
Pada 3024 A.D...

Dunia huru-hara. Sejarah dan kegemilangan tamadun manusia sudah musnah ditelan zaman. Bumi jadi tandus, dihujani asid. Jembalang Bertulang Besi bermaharajalela. Manusia diserang, dibunuh dan diselubungi kerakusan.

Rague gagah menumpaskan jembalang-jembalang itu. Askar upahan bermata helang itu mahu membalas dendam atas kematian datuknya. Mengenali Jafni telah menemukan dia dengan misteri silam yang mengundang peristiwa Malapetaka Maha.

Segalanya bermula apabila ASAIN, sebuah mandroid menyerupai manusia dicipta. Mencetuskan pergolakan antara manusia - robot yang mengakibatkan kemusnahan bumi yang nyata.

Mereka mencari punca, hanya untuk membongkar suatu rahsia. Siapa ASAIN? Siapa Maisara? Dan siapa Ummi? Misteri ini mesti dirungkaikan! Rahsia yang akan menukar jiwa dan tanggapan mereka buat selama-lamanya.
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]