antara cinta kita
hargaRM 30
kategoriNovel
penulis
Aisya Sofea
halaman560
berat0 gram
tarikh terbit01 Januari 2019
isbn978-967-86-0896-1
SINOPSIS

Muhammad Yusuf Mikhail. Itulah nama lelaki yang bakal disatukan dengan Ana. Walaupun Ana cuba menentang kehendak dan perintah kedua-dua belah keluarga dengan seribu macam alasan, akhirnya dia terpaksa akur. Berkat kesabaran dan kesungguhan Yusuf, akhirnya cinta menyatukan dua hati ini.
 
Fizah, teman baik Ana yang telah lama bercinta dengan Yusuf menyimpan hasrat untuk mengahwini lelaki itu suatu hari nanti. Namun hasrat Fizah tidak kesampaian bila mendapat tahu bahawa Yusuf bakal menikahi Ana. Fizah yang menerima berita perkahwinan Ana dan Yusuf sangat kecewa namun tetap menaruh harapan agar dirinya menjadi sebahagian dari hidup Yusuf.
 
“Kau tolong cakap kat Yusuf, ambillah aku jad iisteri kedua. Aku sanggup buat apa aje. Walaupun dia lebih sayangkan kau tapi aku sanggup asalkan Yusuf tak tinggalkan aku. Aku tak nak kehilangan Yusuf, Ana. Kau kawan baik aku dunia akhirat, tentu kau faham perasaana aku.”
 
Sejak itu, Yusuf semakin melupai cintanya terhadap Ana. Ana yang tidak rela berpisah dengan Yusuf, mengharapkan kehadiran orang baru dalam kandungannya dapat mengembalikan cinta Yusuf terhadapnya namun harapannya  meleset. Kandungan Ana hanya mampu bertahan lima bulan. Ana akhirnya mengalah dengan ketentuan ILAHI.
 

KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]