sayang awak, tuan inspektor
hargaRM 26
kategoriNovel
penulis
Julia Basri
halaman544
berat500 gram
tarikh terbit01 Mac 2016
isbn978-967-86-0677-6
SINOPSIS
Tall, Dark, Handsome. Gadis mana yang tak cair tatkala melihat kelibat Inspektor Idaman Malaya a.k.a Tuan Inspektor Arish Aqlan bin Afzan? Namun, sikap cerewet tak bertempatnya menguji kesabaran. Hanya seorang sahaja yang mampu bertahan dengan perangai cengcongnya iaitu Melina binti Kamil @ Mel, pembantu peribadinya yang paling setia.

Sikap Arish membuatkan walid dan maminya pening kepala. Maka, kata putus terus diberi. Cari bakal isteri secepat mungkin atau mereka sendiri yang akan memilih bakal teman hidup Arish. Lantas, Arish terus melamar Mel menjadi isterinya.

Namun belum sempat bingkisan kasih mereka bertaut, kisah silam yang selama ini kukuh tersemadi terbongkar. Tambah mengeruhkan keadaan, muncul pula Qisya yang mengaku dirinya pewaris keturunan Miriam Magellan yang mahu menagih semula janji-janji lampau Panglima Awang, moyang Arish.

Tergugatkah hubungan di antara Arish dan Mel dengan kemunculan Qisya? Adakah ikatan perkahwinan mereka akan terus kukuh terpatri ataupun terlerai di persimpangan jalan?
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]