terdetik mencintaimu
hargaRM 28
kategoriNovel
penulis
Emma Maizura
halaman496
berat0.4 gram
tarikh terbit01 April 2019
isbn978-967-86- 0915-9
SINOPSIS

Seri Raudhah gadis cantik  yang lemah lembut dan degil. Tegas dalam setiap keputusan yang dibuatnya. Adam Iskandar lelaki kacak berwajah kaku. Hidupnya dihantui kisah silam yang memeritkan.

 

Adam dan Seri… titik pertemuan mereka bermula ketika berebut sebatang Pen Parker di sebuah kedai. Pen Parker yang bakal mencorak hubugan mereka. Ada aura yang membuatkan mereka saling tertarik pada pertemuan pertama itu. Adam tertarik dengan kecantikan Seri. Seri suka dengan ketegasan Adam sungguhpun telah mengutuk lelaki itu hati batu.

 

Suka Adam menjadi resah bila secara tidak disenjaga mendapati Seri adalah anak musuhnya, Sufian. Kematian secara tiba-tiba Sufian  menjadikan Adam sebagai suspek utama. Puncanya disebabkan Pen Parker milik Adam. Adam menafikan tuduhan itu. 

 

Suka Seri bertukar benci dengan sikap tidak mengaku bersalah Adam.  Sementelah ada pihak ketiga yang cemburu akan perhubungan itu. Zain lelaki pilihan Sufian untuk dijadikan calon menantu. Tidak betah dengan kemesraan itu Zain mencipta onar agar mereka saling benci membenci. Mencari jalan untuk memisahkan mereka berdua. Memburuk-burukkan nama Adam di hadapan Seri agar gadis itu termakan akan hasutannya.

 

Siapa benar, siapa salah. Mereka berdua mengambil keputusan untuk menyiasat kes itu. Dalam usaha mencari kebenaran mereka sering dipertemukan. Semakin kerap bertemu kian terserlah kemesraan. Ada perasaan indah kian menular di hati. Mampukah mereka memendam perasaan demi sebuah kebenaran?  Bagaimana pula dengan reaksi Zain seterusnya? Apakah kebenaran memberi keizinan untuk mencintai, atau adakah ianya akan berakhir?

 

KATEGORI BUKU
KATALOG
Lihat senarai penuh produk Alaf21 deskripsi dan harga di sini :
  

If you are unable to view file, you can download from here or download Adobe PDF Reader to view the file.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]