kenali seni bonsai
hargaRM 10
kategoriKraf
penulis
Teh Rohaya
halaman96
berat0 gram
tarikh terbit10 Julai 2010
isbn978-983-124-568-2
SINOPSIS
Kecil, indah dan penuh seni. Itulah kenyataan umum yang biasa diberikan masyarakat apabila memperkatakan tentang pohon bonsai. Malah, ramai juga yang menganggap hobi ‘bermain bonsai’ ini hanya untuk masyarakat kelas tinggi dan elit. Tarikan estetik yang hebat dan bernilai tinggi meletakkan tanaman bonsai di kelasnya yang tersendiri.

Kehadiran BUKU KOLEKSI KENALI SENI BONSAI ini diharap dapat mengubah persepsi stereotaip tersebut. Setiap orang boleh memiliki pohon bantut yang unik ini. Kepada yang baru mula berjinak-jinak dengan hobi menanam bonsai, buku ini boleh dijadikan rujukan tepat. Koleksi Kenali Seni Bonsai memberi panduan secara asas cara-cara menjaga pohon bonsai seperti membentuk pohon, menukar pasu, menyiram dan membaja. Pelbagai tip, panduan dan maklumat tambahan tentang tanaman bonsai turut disertakan.
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]