jom sertai bengkel gerenti lulus matematik oleh kipas hikmat

KELAS MATEMATIK BERSAMA KIPAS HIKMAT

Tak pandai membaca susah hidup, namun kalau tak pandai mengira lagi azab, boleh kena tipu hidup-hidup.

Subjek Matematik merupakan mimpi ngeri bagi pelajar-pelajar kita. Tanpa asas matematik yang kukuh bagaimana anak-anak kita mencapai cita-cita yang lebih jauh seperti menjadi peniaga, guru, jurutera ataupun doktor. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Untuk itu pihak kami mengadakan inisiatif mengadakan kelas khas Subjek Matematik untuk murid-murid tahun 1 hingga 6.

Pada 2-3 November 2019 ini ada dua kelas akan diadakan, kelas basic pada sebelah pagi dan kelas advance pada sebelah petang.

Tenaga pengajar yang didatangkan bukan biasa-biasa, Mohd Nazaruuddin Yusof atau lebih dikenali sebagai Kipas Hikmat merupakan seorang guru pendidikan Sains dan Matematik yang berpengalaman lebih 20 tahun.

Beliau juga telah menerbitkan lebih dari 14 buah buku berkaitan subjek Matematik dan Sains bersama penerbitan Alaf 21.

Dengan yuran pengajian serendah RM30-RM50 untuk 1 jam memang amat berbaloi. Daftar segera dengan menghubungi Bro Zann 013-7430 652, tempat adalah terhad!

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]