jangan lepaskan peluang tambah ilmu

Alaf 21 mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin belajar ilmu Matematik, menjahit dan memasak yang diajar oleh barisan penulis yang tersohor sempena Jualan Gudang Akhir Tahun 2018. Mereka yang terdiri daripada Kipas Hikmat, Noriss Nur,  Suwarsi M. Arukin  dan Norbaini Rahwi sudi meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dalam kepakaran masing-masing tanpa membayar yuran, namun anda hanya perlu membeli buku mereka.Chef Suwarsi (Kek 5 Bahan dan Buat Pes Sendiri) akan mendemokan kek ringkas dan pes buatan sendiri pada 3 November, jam 12.00 tengah hari, Noriss Nur (Oh Mudahnya Jahit Baju Melayu) akan mengadakan kelas menjahit baju Melayu pada 10 November, jam 10 pagi. Chef Norbaini (Kek Mentega Dulu dan Kini) akan mengadakan kelas membuat kek pada 10 November, jam 3.00 petang dan Kipas Hikmat (Fuiyooo... Senangnya Matematik Tahun 1-6) akan mengajar anak-anak tahun 1-6 pada 11 November, jam 10.30 pagi.

Penyertaan terbuka kepada mereka yang membeli buku-buku penulis ini. Ingat! Penyertaan terhad. Siapa cepat, dia akan mendapat tempat.

 

Kesemua kelas ini akan diadakan di premis Kumpulan Media Karangkraf. Penyertaan terhad!

KATEGORI BUKU
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]