Terapi Hati
Abu Amirul


Harga: RM 15.00
ISBN: 978-967-86-0401-7
Halaman: ~208
Berat: 150 gram
Tarikh Terbit: 20 Jul 2012
Kategori: Agama

Sinopsis

KITA  diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Amanah sebagai khalifah ALLAH S.W.T bagi mentadbir bumi ini menunjukkan betapa istimewanya kita. Sungguhpun begitu, perlulah beringat selalu bahawa hidup kita tidak akan sunyi daripada ujian ILAHI dan juga godaan as-syaitonirrajim. Dianugerahkan hati serta akal yang waras demi memandu kita menuju ke jalan yang benar lagi diredhai.

Hati yang dilindungi tulang rusuk menunjukkan raja anggota tubuh ini dijaga dengan teliti oleh Sang Pencipta. Begitulah diumpamakan kita untuk memeliharanya daripada dicemari sebarang noda. Baik buruk akhlak dan turun naik tahap keimanan kita tertakluk pada corak pemerintahan hati yang berkuasa. ALLAH S.W.T tidak memandang harta dan rupa tetapi kebersihan hati serta amalan hamba-NYA.

Selami pengisian Terapi Hati ini agar kita lebih berwaspada. Usah dibiarkan kuman-kuman mazmumah mengerumuni hati lantas memakannya sedikit demi sedikit. Bimbang andai hati menjadi buta, segala suruhan agama tidak dipeduli namun yang ditegah pula semakin digemari. Hapuskanlah karat-karat dosa yang menghitam di hati dengan kembali mendekatkan diri kepada DIA yang Maha Esa.

Antara kandungan menarik
• Jagalah Hati
• Ketinggian Takwa
• Derhaka Dalam Taat
• Kesan Pengabaian Hati
• Kehidupan Orang Soleh
• Mengapa Hati Terhijab
• Terapi Hati Indah Peribadi
• Renungan Untuk Perhatian
•Sifat Mahmudah dan Mazmumah
• Jadikan Hati Sebagai Khazanah Berharga

Buku-buku Lain:

Langit Cinta

GPS Bestari

Ilham Karangkraf

27 Feb 2016 - 27 Feb 2016
PELANCARAN BUKU MASAKAN WARISAN MELAYU
Bagi anda yang menggemari masakan melayu, jangan lupa hadir ke pelancaran buku 'Masakan Warisan Melayu' yang akan diadakan di...
26 Feb 2016 - 28 Feb 2016
28 Feb 2016 - 28 Feb 2016
PELANCARAN BUKU FESYEN HIJAB JALANAN
Buku ini akan dilancarkan oleh Mizz Nina di Karnival Karangkraf 2016
31 Okt 2013 - 3 Nov 2013
Ekspo Syabas @ Penang
31 Oktober - 3 November 201310.00 pagi - 9.00 malamAuto City, Penang
31 Okt 2013 - 3 Nov 2013
Ekspo Syabas @ Senawang
31 Oktober - 3 November 201310.00 pagi - 9.00 malamPasaraya Giant, Senawang
30 Okt 2013 - 30 Okt 2013
Program Syoknya Budi @ Kolej Komuniti Kuala Langat
30 Oktober 20139.00 pagi - 4.30 petangKolej Komuniti Kuala Langat
26 Okt 2013 - 26 Okt 2013
Karnival SOUL Cyberjaya
26 Oktober 20139.00 pagi - 3.00 petangUniversiti Multimedia, Cyberjaya

» Senarai Aktiviti