Rayyan Fantasi
Ramlee Awang Murshid


Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-615-3
Halaman: ~512
Berat: 0 gram
Tarikh Terbit: 1 Dis 2010
Kategori: Novel

Sinopsis

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

Langit Cinta

GPS Bestari

Ilham Karangkraf

27 Feb 2016 - 27 Feb 2016
PELANCARAN BUKU MASAKAN WARISAN MELAYU
Bagi anda yang menggemari masakan melayu, jangan lupa hadir ke pelancaran buku 'Masakan Warisan Melayu' yang akan diadakan di...
26 Feb 2016 - 28 Feb 2016
28 Feb 2016 - 28 Feb 2016
PELANCARAN BUKU FESYEN HIJAB JALANAN
Buku ini akan dilancarkan oleh Mizz Nina di Karnival Karangkraf 2016
31 Okt 2013 - 3 Nov 2013
Ekspo Syabas @ Penang
31 Oktober - 3 November 201310.00 pagi - 9.00 malamAuto City, Penang
31 Okt 2013 - 3 Nov 2013
Ekspo Syabas @ Senawang
31 Oktober - 3 November 201310.00 pagi - 9.00 malamPasaraya Giant, Senawang
30 Okt 2013 - 30 Okt 2013
Program Syoknya Budi @ Kolej Komuniti Kuala Langat
30 Oktober 20139.00 pagi - 4.30 petangKolej Komuniti Kuala Langat
26 Okt 2013 - 26 Okt 2013
Karnival SOUL Cyberjaya
26 Oktober 20139.00 pagi - 3.00 petangUniversiti Multimedia, Cyberjaya

» Senarai Aktiviti