Impian Terindah
Norzailina Nordin


Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-299-5
Halaman: ~576
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 17 Mac 2007
Kategori: Novel

Sinopsis

NOVEL Norzailina Nordin bertajuk Impian Terindah membawa anda meneroka percintaan pada zaman yang mungkin tidak terjangkau dek kita, iaitu pada tahun 2196.

Novel ini membawa pembaca menjelajah ke zaman 150 tahun akan datang. Ketika ini manusia tinggal di bulan dan berulang-alik ke bumi. Setiap organisasi angkasa lepas dunia dikenali sebagai Artemis. Pusat pemerintahannya, Artemis World terletak di Washington D.C. Mereka hidup dalam teknologi yang canggih dan terkini.

Pada penghujung Oktober 2196, ketika menghadiri Konvensyen Angkasa Lepas Ke-37, Kapten Sheikh Qirdan bertemu Yuhanez. Atas desakan teman dan kerana ingin membuktikan sesuatu, Qirdan berusaha mengenali Yuhanez dengan lebih rapat. Namun usaha kapten itu mendapat tentangan Dr. Dario yang menaruh hati pada gadis itu. Doktor itu tidak tahu, pada hakikatnya, Zehra, teman baik Yuhanez mencintai dirinya di dalam diam. Pergolakan akhirnya menggugat persahabatan Yuhanez-Zehra.

Sungguhpun begitu, bila mendapat tahu Dr. Dario sukakan Yuhanez, Zehra berundur dan cuba memikat Qirdan pula. Sementara Dario terus berusaha menawan hati Yuhanez walaupun dia tahu gadis itu tetap menyayangi kapten tersebut.

Bila Kapten Qirdan cedera dan Dr. Dario merawatnya, doktor itu mengugut akan mengancam nyawa kapten tersebut sekiranya Yuhanez enggan menerima cintanya. Meskipun mengalah pada takdir, Yuhanez terus berjuang untuk memenangi kasih Qirdan.

Mampukah kasih suci menyelamatkan Qirdan-Yuhanez dari perpisahan yang memedihkan?
Sejauh manakah mereka sanggup berkorban demi melihat orang yang dicintai bahagia?
Apakah usaha Dr. Dario yang tidak kenal putus asa akhirnya beroleh kebahagiaan?

AMAR ASHRAF - SETIA HUJUNG NYAWA

NELYDIA SENROSE - SETIA HUJUNG NYAWA

AMIE MAZIAH - SETIA HUJUNG NYAWA

23 Apr 2013 - 23 Apr 2013
Karangkraf D'Sekolah @ SMK Kota Kemuning
23 April 20139.30 pagi - 3.30 petangSMK Kota KemuningLot 4, Jalan Anggerik Doritis 31/143, Kota Kemuning,Seksyen 31, Shah Alam.
24 Apr 2013 - 24 Apr 2013
Karangkraf D'Sekolah @ SMK Sungai Kapar Indah
24 April 20139.30 pagi - 3.30 petangSMK Sungai Kapar Indah, Jalan Harapan 3A, Taman Sungai Kapar Indah42200 Kapar, Klang, Selangor
26 Apr 2013 - 5 Mei 2013
Pesta Buku Antarabangsa Karangkraf 2013 @ PWTC
26 April - 5 Mei 201310.00 pagi - 7.00 malamDewan Tun Dr Ismail, PWTC, KL
24 Apr 2013 - 24 Apr 2013
Karnival Kaunseling Kerjaya @ SMK Puteri Titiwangsa
24 April 20138.00 pagi - 1.00 petangSMK Puteri Titiwangsa
19 Apr 2013 - 21 Apr 2013
Smartkids @ PWTC
19 - 21 April 201310.00 pagi - 8.00 malamPWTC, KL
13 Apr 2013 - 13 Apr 2013
Hari Ko-Kurikulum @ SMK Sijangkang Jaya
13 April 20138.00 pagi - 1.00 tengah hariSMK Sijangkang Jaya
13 Apr 2013 - 13 Apr 2013
Imarah Masjid @ Masjid Putra Perdana, Puchong
13 April 20139.00 pagi - 11.00 malamMasjid Putra Perdana, Puchong

» Senarai Aktiviti