Pengenalan

 

PROFIL ALAF 21

ALAF 21 mula beroperasi pada bulan April 1997 bertempat di Taman Tun Dr. Ismail. Dengan tertubuhnya ALAF 21, menandakan pihak KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SDN. BHD sebagai syarikat induk yang fokus pada penghasilan buku iaitu, genre novel,  umum, resipi dan kraf.


ALAF 21 kini telah diletakkan di bawah GRUP BUKU KARANGKRAF di samping anak-anak syarikat yang lain iaitu Buku Prima dan Karya Bestari. ALAF 21 amat prihatin terhadap golongan pembaca yang sentiasa dahagakan bahan bacaan yang berkualiti. Justeru, ALAF 21 melakukan proses pemilihan manuskrip yang benar-benar bagus dan bermutu untuk santapan minda pembaca, sesuai dengan moto terdahulu ‘Mari Meluncur di Lautan Ilmu’.


Buku-buku yang diterbitkan terdiri daripada karya yang benar-benar mantap,kreatif dan tentunya tidak stereotaip. Tidak hairanlah, ALAF 21 telah melahirkan ramai penulis novel, motivasi, resipi dan kraf yang kini sudah punya tempat di hati pembaca. Malah, ALAF 21 juga mempunyai tenaga editor dan grafik yang cukup berpengalaman dalam bidang masing-masing.


Dari segi rangkaian pengedaran buku, ALAF 21 kini mempunyai lebih 300 ejen pengedar buku di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pasaran buku turut meliputi negara Brunei dan Singapura serta individu-individu di serata dunia.


Dari segi promosi pula, ALAF 21 mempunyai tenaga yang cukup kuat menjalankan kerja-kerja promosi di seluruh negara dengan kerjasama penulis-penulis. Laman Web ALAF 21,Facebook Instagram dan Twitter turut membantu dalam pemasaran buku-buku.


Disamping itu, pembaca boleh membaca karya-karya, terutama novel secara alam maya melalui laman portal ilham@karangkraf.com. Di situ, bukan sahaja penulis-penulis novel yang sedia ada menghantar karya, malah sesiapa sahaja boleh mengaplikasikan karya mereka untuk tatapan umum.


Pembaca juga boleh melanggan secara pos atau secara online melalui mall.karangkraf.com untuk mendapatkan bahan bacaan ALAF 21. 

 

VISI
Organisasi media unggul berwibawa yang memahat nilai dan mencorak minda untuk kesejahteraan insan

 

MISI

  • Memupuk modal insan perkasa yang terampil, inovatif dan bermotivasi
  • Menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti serta bermanfaat yang memberi nilai tambah
  • Mengoptimumkan penggunaan sumber dan memacu teknologi untuk penguasaan pasaran berterusan
  • Bersama memenuhi tanggungjawab sosial untuk kebahagiaan manusia dan kelestarian alam.
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
    KRAF
    UMUM
    RESEPI
    KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
    Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com