DAMYA HANNA

Damya Hanna lahir pada 20 Oktober 1982. Merupakan anak kelima dari tujuh orang adik-beradik. Kini sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dalam jurusan perakaunan di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan di dalam tahun 4.

Minat Damya Hanna dalam bidang penulisan bermula ketika dia masih bersekolah rendah lagi. Cuma penyampaian ceritanya ketika itu lebih berat kepada golongan kanak-kanak.

Ketika di peringkat matrikulasi, minat menulis masih belum membara sepenuhnya tetapi masih berterusan menulis dan sering meminta pendapat rakan-rakan tentang ceritanya. Sehinggalah di peringkat universiti, minat itu semakin hari semakin menyala dan di situlah segalanya bermula.

Harapan dan impian Damya Hanna, dia ingin terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Bukan sahaja dalam bidang ilmuan untuk menjadi seorang akauntan tetapi juga untuk menjadi seorang penulis yang prolifik dan disenangi ramai.

Dia juga akan pastikan setiap karyanya memberi impak positif kepada semua pembaca. Insya-ALLAH.

 

Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, 40200 Shah Alam Selangor / Tel: 55118820 / Fax: 55113817 / Co. No. 276419M
Laman ini disediakan oleh webmaster ALAF DUA PULUH SATU SENDIRIAN BERHAD.
Segala pertanyaan boleh menghubungi talian 019-2926401