LILY
SURIANI LILY
SURIANI dilahirkan pada 1 April 1976. Anak
bongsu daripada lapan orang adik-beradik yang terdiri
daripada empat lelaki dan empat perempuan. Sudah berkahwin
dan mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman
di Kuala Terengganu dalam aliran perdagangan. Walaupun
tidak pernah belajar sastera namun bidang penulisan
begitu menarik minatnya.
Kini
bekerja sebagai penyelidik penerbitan televisyen di
sebuah syarikat penerbitan. Banyak menghabiskan masa
lapang dengan meneliti perkembangan dan psikologi kanak-kanak
dan membaca buku-buku yang berkaitan dengannya. Selain
itu gemar bermain bowling bersama keluarga dan berbasikal
keliling taman bersama anak-anak.
Lily
Suriani juga suka memerhatikan kehijauan alam dan kebiruan
laut. Kedua-dua suasana ini sentiasa memberikan ketenangan
dan melapangkan fikiran. Kedua-dua unsur ini juga secara
tidak langsung mampu memberikan idea dalam menghasilkan
novel pertamanya ini.
Walaupun
tidak ada pengalaman menulis, tetapi dorongan keluarga
yang sering menghadiahkan pelbagai buku telah mendorongnya
menyumbang sesuatu dalam bidang penulisan.
Lily
Suriani berharap kehadirannya dalam persada ini dapat
diterima dan mampu mendidik pembaca ke arah yang positif
dengan hasil nukilannya.
|