Cari penulis :

Mengenai Penulis

SETELAH novel sulung PERGILAH SEPI dan novel keduanya OMBAK RINDU mendapat sambutan yang di luar dugaan, kini penulis yang berasal dari Johor ini muncul pula dengan novel ketiganya berjudul SETIA MENANTI. Sudah pasti, peminat-peminat yang gemarkan cara penulisan beliau tentulah ternanti-nanti kemunculan novel terbaru ini. Kalau novel-novel terdahulu banyak mengisahkan tentang kisah-kisah remaja pertengahan, namun novel ketiganya SETIA MENANTI lain benar cara garapan. Kali ini, cara olahan dan penyusunan ceritanya begitu menarik sekali. Banyak adegan-adegan suspen, yang tidak diduga diselitkan dengan begitu menghayat hati. Sesiapa sahaja yang membacanya akan berasa sebak. Adegan-adegan romantis ini yang dihidangkan dalam cerita ini juga begitu baik sekali garapannya. Hinggakan adakalanya, kita terasa yang seolah-olah kita adalah pelakon dalam cerita ini. Walaupun FAUZIAH ASHARI masih baru dalam dunia penulisan namun hasil karyanya telah diterima oleh masyarakat. Malah setanding dengan penulis-penulis yang sedia ada. Novel beliau PERGILAH SEPI dan OMBAK RINDU sehingga kini masih diminati ramai. Novel-novel beliau seringkali habis dan pihak langganan sehingga pening kepala kerana novel beliau selalu kehabisan stok. Tahniah diucapkan kepada penulis ini kerana tidak jemu-jemu menulis. Semoga suatu hari nanti, hasil-hasil karya beliau mendapat pengiktirafan dan setanding dengan penulis-penulis terkenal tanahair.

Rindu Awak 200% Promo Oleh Novelis Liyana Zahim

Prebiu Novel Cinta Kuasa Tinggi Bersama Novelis Azleya Shadzalin

Lembayung Kasihmu Promo Bersama Fouziah Gous

31 Okt 2013 - 3 Nov 2013
Ekspo Syabas @ Penang
31 Oktober - 3 November 201310.00 pagi - 9.00 malamAuto City, Penang
31 Okt 2013 - 3 Nov 2013
Ekspo Syabas @ Senawang
31 Oktober - 3 November 201310.00 pagi - 9.00 malamPasaraya Giant, Senawang
30 Okt 2013 - 30 Okt 2013
Program Syoknya Budi @ Kolej Komuniti Kuala Langat
30 Oktober 20139.00 pagi - 4.30 petangKolej Komuniti Kuala Langat
26 Okt 2013 - 26 Okt 2013
Karnival SOUL Cyberjaya
26 Oktober 20139.00 pagi - 3.00 petangUniversiti Multimedia, Cyberjaya
24 Okt 2013 - 27 Okt 2013
Ekspo Syabas @ Ipoh
24 - 27 Oktober 201310.00 pagi - 9.00 malamStadium Indera Mulia, Ipoh
19 Okt 2013 - 19 Okt 2013
Karnival Pekerjaan @ KL Sentral
19 Oktober 20138.30 pagi - 4.00 petangRuang Legar Tingkat 2, KL Sentral
11 Okt 2013 - 13 Okt 2013
Program Usahawan FELDA
11 - 13 Oktober 20139.00 pagi - 12.00 malamBentong, Pahang

» Senarai Aktiviti