Cari penulis :

Mengenai Penulis

dea untuk menulis buku kraf tangan bertemakan seni jahitan silang pangkah ini dikemukakan pada saya pada tahun 2007. Saya menerima cabaran untuk menghasilkan buku ini kerana saya sendiri mengalami kesukaran untuk mencari buku cross-stitch yang ditulis dalan bahasa Melayu di pasaran tempatan. Buku ini adalah hasil kerja saya yang mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. Ianya termasuklah rujukan, melukis, design dan langkah-langkah untuk menyiapkan setiap design. Buku ini dihasilkan untuk dijadikan panduan kepada para penggemar seni jahitan silang pangkah dan juga kepada individu yang berminat untuk mencuba pelbagai rekaan silang pangkah yang baru dan menarik. Bagi saya, cabaran paling besar yang dihadapi dalam mencari idea untuk menghasilkan buku ini ialah menampilkan insprasi dan tema yang berlainan daripada buku-buku jahitan silang pangkah yang sedia ada di pasaran tempatan. Akhirnya, saya sedar bahawa inspirasi untuk buku ini, sedia ada di sekeliling saya. Saya mengambil keputusan untuk membuat design berdasarkan budaya dan perayaan masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, pemandangan bersejarah dan alam semula jadi yang kaya di negara kita, Malaysia. Buku ini mengemukakan lima tema, iaitu berdasarkan jahitan silang pangkah yang digabungkan dengan seni membuat kad ucapan dan kad hadiah, idea-idea kraf tangan, pemandangan-pemandangan di Malaysia serta membuat kad-kad ucapan 3D. Harapan saya agar idea ini dapat dimanfaatkan oleh para pembaca untuk menghasilkan sendiri jahitan silang pangkah yang cantik dan menarik. Semoga anda dapat mencipta kad ucapan peribadi, memberi anda idea-idea untuk projek sekolah atau idea perniagaan dari rumah. Akhirnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penerbit iaitu Alaf 21 yang memberi peluang keemasan ini dan kawan karib saya, Michael yang banyak memberi dorongan serta tunjuk ajar pada saya.

Rindu Awak 200% Promo Oleh Novelis Liyana Zahim

Prebiu Novel Cinta Kuasa Tinggi Bersama Novelis Azleya Shadzalin

Lembayung Kasihmu Promo Bersama Fouziah Gous

31 Okt 2013 - 3 Nov 2013
Ekspo Syabas @ Penang
31 Oktober - 3 November 201310.00 pagi - 9.00 malamAuto City, Penang
31 Okt 2013 - 3 Nov 2013
Ekspo Syabas @ Senawang
31 Oktober - 3 November 201310.00 pagi - 9.00 malamPasaraya Giant, Senawang
30 Okt 2013 - 30 Okt 2013
Program Syoknya Budi @ Kolej Komuniti Kuala Langat
30 Oktober 20139.00 pagi - 4.30 petangKolej Komuniti Kuala Langat
26 Okt 2013 - 26 Okt 2013
Karnival SOUL Cyberjaya
26 Oktober 20139.00 pagi - 3.00 petangUniversiti Multimedia, Cyberjaya
24 Okt 2013 - 27 Okt 2013
Ekspo Syabas @ Ipoh
24 - 27 Oktober 201310.00 pagi - 9.00 malamStadium Indera Mulia, Ipoh
19 Okt 2013 - 19 Okt 2013
Karnival Pekerjaan @ KL Sentral
19 Oktober 20138.30 pagi - 4.00 petangRuang Legar Tingkat 2, KL Sentral
11 Okt 2013 - 13 Okt 2013
Program Usahawan FELDA
11 - 13 Oktober 20139.00 pagi - 12.00 malamBentong, Pahang

» Senarai Aktiviti