Biodata Sri Diah 

NOVEL merupakan genre yang amat disenangi oleh SRI DIAH, seorang wanita karier, isteri dan ibu yang dilahir, dibesar dan mendapat pendidikan sepenuhnya di Kuala Lumpur.

Lulusan bidang penulisan kreatif Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang ini, selain menulis novel turut menghasilkan berpuluh cerpen dan puisi. Hasilnya, beliau telah banyak kali memenangi pelbagai pertandingan menulis peringkat daerah dan antarabangsa.

Karya-karya Sri Diah banyak berpijak pada realiti dan ditulis berdasarkan adaptasi dan pengalaman sebenar sama ada pembaca majalah-majalah kelolaannya, jiran, kenalan dan menerusi bahan-bahan bacaan. Untuk memberi impak yang berkekalan, watak-watak, lokasi dan konflik dalam novel-novel Sri Diah digarap secara terperinci berasaskan kejadian sebenar dengan bahasa yang telus. Ia banyak berkisar pada kehidupan korporat, keruntuhan rumahtangga, perebutan kuasa dalam perniagaan dan tipu muslihat manusia yang tidak pernah puas dengan kuasa dan kekayaan dunia.

Kini Sri Diah bertugas sebagai Editor Kanan di Kumpulan Karangkraf, menyelia majalah-majalah Mingguan Wanita, Bacaria, majalah RASA dan SARINA.

Novel-novel Sri Diah:

Kembali Ke Menu
Kembali Ke Menu Utama

 

Sinopsis: SUITE 1908

MENGISAHKAN suka duka kehidupan seorang perempuan simpanan bernama Saerah. Biarpun dia tahu cara hidupnya tidak bermoral, namun dia terpaksa kerana mahu membantu keluarga di samping dia sendiri dapat menikmati kemewahan dan glamor.

Bagaimanapun Datuk Karim tidak berlaku jujur terhadapnya. Di belakang Saerah, lelaki itu telah menjalin hubungan dengan wanita lain. Kecurangan ini terbukti dengan gambar-gambar yang ditunjukkan oleh Datin Kay kepada Saerah. Sejak mengetahui kecurangan lelaki itu Saerah menjauhkan dirinya. Perubahan ini menggembirakan Datin Rose, isteri Datuk Karim yang selama ini mendendaminya kerana Saerah dianggap sebagai perosak rumah tangganya. Datuk Karim menyedari kesilapannya dan berusaha mencari Saerah tetapi gagal. Biarpun hatinya masih menyayangi Datuk Karim namun Saerah terpaksa memilih satu keputusan yang muktamad. Dia harus memilih kehidupan baru yang diredhai ALLAH.

HARGA PASARAN: RM13.50
HALAMAN: 384
ISBN: 983-837-032-0