Biodata Sri Diah 

NOVEL merupakan genre yang amat disenangi oleh SRI DIAH, seorang wanita karier, isteri dan ibu yang dilahir, dibesar dan mendapat pendidikan sepenuhnya di Kuala Lumpur.

Lulusan bidang penulisan kreatif Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang ini, selain menulis novel turut menghasilkan berpuluh cerpen dan puisi. Hasilnya, beliau telah banyak kali memenangi pelbagai pertandingan menulis peringkat daerah dan antarabangsa.

Karya-karya Sri Diah banyak berpijak pada realiti dan ditulis berdasarkan adaptasi dan pengalaman sebenar sama ada pembaca majalah-majalah kelolaannya, jiran, kenalan dan menerusi bahan-bahan bacaan. Untuk memberi impak yang berkekalan, watak-watak, lokasi dan konflik dalam novel-novel Sri Diah digarap secara terperinci berasaskan kejadian sebenar dengan bahasa yang telus. Ia banyak berkisar pada kehidupan korporat, keruntuhan rumahtangga, perebutan kuasa dalam perniagaan dan tipu muslihat manusia yang tidak pernah puas dengan kuasa dan kekayaan dunia.

Kini Sri Diah bertugas sebagai Editor Kanan di Kumpulan Karangkraf, menyelia majalah-majalah Mingguan Wanita, Bacaria, majalah RASA dan SARINA.

Novel-novel Sri Diah:

Kembali Ke Menu
Kembali Ke Menu Utama

 

Sinopsis: SELAMAT MALAM TAN SRI

KEPUTUSAN Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta! Jika itulah alasan dan tuduhan, dia menafikan. Dia bukan memburu kemewahan. Bukan juga kerana kasihan. Malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah.

Bagaimanapun Hanim Hanani tidak menafikan soal harta, darjat dan prestij turut terbetik di hatinya. Sejak pertama kali memandang lelaki yang bergelar Tan Sri dalam tugasannya sebagai wartawan itu, hatinya mula berdetik. Dia tidak pasti apakah maknanya. Lelaki itu telah pun beristeri; bukan satu malah dua! Isteri-isterinya bukan calang-calang wanita. Mereka itu wanita ternama, berharta dan berkedudukan. Ketika itu Hanim Hanani sedikit pun tidak terfikir untuk bersaing dengan wanita-wanita itu. Dia pasti dia akan kalah.... tapi takdir menentukan segalanya!

HARGA PASARAN:: RM15.90
HALAMAN: 417
ISBN: 983-124-022-7