NOVEL
merupakan genre yang amat disenangi oleh SRI DIAH, seorang
wanita karier, isteri dan ibu yang dilahir, dibesar dan mendapat
pendidikan sepenuhnya di Kuala Lumpur.
Lulusan bidang
penulisan kreatif Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang ini, selain
menulis novel turut menghasilkan berpuluh cerpen dan puisi. Hasilnya,
beliau telah banyak kali memenangi pelbagai pertandingan menulis
peringkat daerah dan antarabangsa.
Karya-karya
Sri Diah banyak berpijak pada realiti dan ditulis berdasarkan adaptasi
dan pengalaman sebenar sama ada pembaca majalah-majalah kelolaannya,
jiran, kenalan dan menerusi bahan-bahan bacaan. Untuk memberi impak
yang berkekalan, watak-watak, lokasi dan konflik dalam novel-novel
Sri Diah digarap secara terperinci berasaskan kejadian sebenar dengan
bahasa yang telus. Ia banyak berkisar pada kehidupan korporat, keruntuhan
rumahtangga, perebutan kuasa dalam perniagaan dan tipu muslihat
manusia yang tidak pernah puas dengan kuasa dan kekayaan dunia.
Kini Sri Diah
bertugas sebagai Editor Kanan di Kumpulan Karangkraf, menyelia majalah-majalah
Mingguan Wanita, Bacaria, majalah RASA dan SARINA.
Novel-novel Sri Diah: