Biodata Sri Diah 

NOVEL merupakan genre yang amat disenangi oleh SRI DIAH, seorang wanita karier, isteri dan ibu yang dilahir, dibesar dan mendapat pendidikan sepenuhnya di Kuala Lumpur.

Lulusan bidang penulisan kreatif Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang ini, selain menulis novel turut menghasilkan berpuluh cerpen dan puisi. Hasilnya, beliau telah banyak kali memenangi pelbagai pertandingan menulis peringkat daerah dan antarabangsa.

Karya-karya Sri Diah banyak berpijak pada realiti dan ditulis berdasarkan adaptasi dan pengalaman sebenar sama ada pembaca majalah-majalah kelolaannya, jiran, kenalan dan menerusi bahan-bahan bacaan. Untuk memberi impak yang berkekalan, watak-watak, lokasi dan konflik dalam novel-novel Sri Diah digarap secara terperinci berasaskan kejadian sebenar dengan bahasa yang telus. Ia banyak berkisar pada kehidupan korporat, keruntuhan rumahtangga, perebutan kuasa dalam perniagaan dan tipu muslihat manusia yang tidak pernah puas dengan kuasa dan kekayaan dunia.

Kini Sri Diah bertugas sebagai Editor Kanan di Kumpulan Karangkraf, menyelia majalah-majalah Mingguan Wanita, Bacaria, majalah RASA dan SARINA.

Novel-novel Sri Diah:

Kembali Ke Menu
Kembali Ke Menu Utama

 

Sinopsis: DOSA MALAM PENGANTIN

REYNA tidak pernah berasa bersalah apabila dia kerap menangguhkan perkahwinannya dengan Iskandar. Baginya kerjayanya sebagai model adalah lebih utama. Dunia glamor yang bergemerlapan adalah segala-gala baginya. Lagipun apa yang mereka tidak perolehi kecuali pernikahan?

Apabila Iskandar memutuskan pertunangan dan meninggalkannya, Reyna langsung tidak rasa kecewa sehinggalah bekas tunangnya itu mendampingi Maria, teman serumah Reyna! Di waktu itu barulah Reyna berpijak di bumi nyata. Kemunculan Dr. Munir dalam hidupnya memberikan cahaya. Namun hari-hari semalam sentiasa mengekori dan hari-hari esok mula menghantuinya.

HARGA PASARAN: RM12.90
HALAMAN: 274
ISBN: 983-124-041-3