Biodata Sri Diah 

NOVEL merupakan genre yang amat disenangi oleh SRI DIAH, seorang wanita karier, isteri dan ibu yang dilahir, dibesar dan mendapat pendidikan sepenuhnya di Kuala Lumpur.

Lulusan bidang penulisan kreatif Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang ini, selain menulis novel turut menghasilkan berpuluh cerpen dan puisi. Hasilnya, beliau telah banyak kali memenangi pelbagai pertandingan menulis peringkat daerah dan antarabangsa.

Karya-karya Sri Diah banyak berpijak pada realiti dan ditulis berdasarkan adaptasi dan pengalaman sebenar sama ada pembaca majalah-majalah kelolaannya, jiran, kenalan dan menerusi bahan-bahan bacaan. Untuk memberi impak yang berkekalan, watak-watak, lokasi dan konflik dalam novel-novel Sri Diah digarap secara terperinci berasaskan kejadian sebenar dengan bahasa yang telus. Ia banyak berkisar pada kehidupan korporat, keruntuhan rumahtangga, perebutan kuasa dalam perniagaan dan tipu muslihat manusia yang tidak pernah puas dengan kuasa dan kekayaan dunia.

Kini Sri Diah bertugas sebagai Editor Kanan di Kumpulan Karangkraf, menyelia majalah-majalah Mingguan Wanita, Bacaria, majalah RASA dan SARINA.

Novel-novel Sri Diah:

Kembali Ke Menu
Kembali Ke Menu Utama

 

Sinopsis: DENDAM MASRINI

MASRINI datang di saat Datuk Khalil dilanda krisis. Dia berjaya membina hidup lelaki itu ke mercu kejayaan. Namun kesilapan yang sama membuatkan lelaki itu terjebak lagi. Dendam Julia pada Masrini tidak pernah padam. Dia nekad untuk menjatuhkan Masrini, merampas Datuk Khalil dan menguasai Syarikat Maju Jaya Sdn. Bhd.

Di masa yang sama isteri Datuk Khalil, Datin Azizah menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya Profesor Hisham yang sering menagih kasih darinya sejak bertahun-tahun. Masrini tersepit dalam skandal ini kerana bujang tua itu adalah bapa saudaranya. Apakah mimpi Masrini sama dengan mimpi Julia? Bolehkah empayar bisnes yang dihajatkan oleh Datuk Khalil berada dalam rangkulannya?

Mampukah Datin Azizah menepis bunga-bunga cinta Profesor Hisham?

HARGA PASARAN:: RM14.90
HALAMAN: 314
ISBN: 983-124-054-5