Biodata Ramlee Awang Murshid 

RAMLEE AWANG MURSHID lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu.

Selain itu, novel IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel pertama pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995 dan baru-baru ini, Ramlee sekali lagi terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik Alaf 21.

Sehingga kini, Ramlee telah menghasilkan sembilan buah novel. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002).

Kini, Ramlee sedang menyiapkan novel terbarunya yang berjudul TOMBIRUO TERAKHIR untuk terbitan 2004. TOMBIRUO TERAKHIR sebagai pelengkap trilogi TOMBIRUO dan SEMANGAT HUTAN merupakan penutup bagi kedua-dua novel tersebut.

Novel-novel Ramlee Awang Murshid:

Kembali Ke Menu
Kembali Ke Menu Utama

 

Sinopsis: MANDATORI

BERMULA dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.

Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

HARGA PASARAN: RM19.90
HALAMAN: 512
ISBN: 983-124-039-1