ULASAN BUKU

SYEIKH AHMAD YASSIN
Bapa Intifadah Palestin

Masjidilaqsa dan bumi Palestin adalah milik seluruh umat Islam walau di mana mereka berada. Umat Islam umpama satu jasad yang mana apabila salah satu anggotanya sakit, seluruh tubuh akan mengalami kesakitan.

Apa yang berlaku terhadap rakyat Palestin bukanlah isu negara itu semata-mata. Tetapi, isu seluruh umat Islam. Oleh yang demikian, buku ini diterbitkan bagi menyedarkan kita betapa pentingnya sokongan dan bantuan terhadap rakyat negara itu.

Syeikh Ahmad Yassin yang lumpuh telah membangkitkan semangat anak muda Palestin menentang penjajahan Zionis. Keadaan yang lumpuh itu bukanlah halangan untuknya mengatur strategi menentang rejim Zionis.

Akhirnya beliau dibunuh dengan kejam oleh rejim Zionis pada Mac 2004 menggunakan peluruh berpandu, selepas menunaikan Solat Subuh. Seluruh umat bersedih dengan pemergiannya. Dan, itu bukanlah bermakna perjuangan beliau tamat. Zionis tetap akan ditentang dan mereka perlu dihalau dari tanah suci umat Islam yang ketiga itu.


Tajuk: SYEIKH AHMAD YASSIN
Penulis: Ustaz Maszlee Malik
Harga: RM6.00
Halaman: 128
Borang Langganan

Kembali ke menu utama