ULASAN BUKU

300 KEMUSKILAN WANITA
Dalam menghadapi kehidupan seharian, golongan wanita adalah orang yang paling banyak menghadapi masalah berbanding lelaki. Ini kerana, ALLAH mencipta mereka sebagai manusia yang istimewa dan amat berbeza dengan lelaki daripada pelbagai sudut.

Contohnya dari segi fizikal, wanita adalah seorang yang lemah dan memerlukan perlindungan lelaki. Dari segi mental pula, wanita selalunya lebih sensitif dan amat mengambil berat sesuatu perkara yang remeh-temeh. Begitulah sifat semulajadi mereka yang diciptakan oleh ALLAH.

Sifat mereka itulah yang membolehkan mereka berjaya menjadi isteri dan ibu yang baik. Jadi, untuk menjadikan wanita lebih istimewa, alaf 21 menghidangkan kepada pembaca buku 300 Kemuskilan Wanita. Buku ini membincangkan pelbagai tajuk yang menarik sebagai panduan kepada para wanita sekalian.

Buku ini mengandungi dua jilid. Kedua-duanya membincangkan persoalan yang berbeza. Jadi, pastikan anda memiliki kedua-duanya.


Tajuk: 300 Kemusykilan Wanita
Penulis: Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Ustazah Zawanah Muhammad
Selenggaraan: Dr. Tuah Iskandar al-Haj

Harga: RM17.00
Halaman: 617
Borang Langganan

Kembali ke menu utama