ULASAN BUKU

MENANGKIS PENCEMARAN TERHADAP AGAMA DAN TOKOHNYA
Buku ini cuba membersihkan maklumat salah mengenai Islam melalui hadis-hadis palsu dan riwayat-riwayat yang tertolak. Semua maklumat ini berasal dari pelbagai sumber, seperti para penceramah yang tidak amanah, buku-buku sufi, maulid, sirah Syiah dan Israiliyyat.

Oleh itu, kita perlu menyemak dahulu segala berita yang sampai kepada kita mengenai tokoh-tokoh agama bermula dari golongan sahabat, tabiin, tabi' tabiin dan ulama yang terkemudian.

Penulis juga menjelaskan garis panduan dalam menapis maklumat yang datang daripada pelbagai sumber ini agar umat Islam tidak terjerumus. Buku ini amat disyorkan kepada para pelajar, ahli akademik dan seluruh umat Islam yang ingin memastikan kesahihan agama yang dipegang.


Tajuk: Menangkis Pencemaran terhadap agama dan tokohnya
Penulis: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Harga: RM 8.50
Borang Langganan

Kembali ke menu utama