|
|
|
|
|
||
Menyedari bahawa remaja perlu diberikan perhatian dalam bidang hukum hakam agama, maka buku 300 Soal Jawab Kemusykilan Remaja ini diterbitkan khusus sebagai pembimbing dalam menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi. Ibarat berhadapan dengan guru yang bersedia menjawab apa jua soalan, kandungan buku ini merangkumi himpunan pelbagai soalan yang mungkin, pernah, sedang dan akan dilalui oleh anda. Setiap soalan diperkukuhkan dengan jawapan lengkap dan terperinci oleh Ustaz Maszlee Malik, Pensyarah di Jabatan Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa. Cara jawapan yang santai, jelas dan mudah difahami ini merupakan daya penarik untuk anda terus menimba ilmu dari setiap soalan yang dipaparkan. Semoga, buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi pedoman berguna dalam menjalani kehidupan seharian. Tajuk:
300 Soal Jawab Kemusykilan Remaja |