Saudara
Adnin Armas pula membincangkan tentang kejahatan golongan orientalis
yang cuba mengkaji dan mengkritik ketulenan Mushaf Uthmani. Golongan
ini cuba menafikan bahawa al-Quran merupakan Kalam ALLAH. Mereka juga
mengatakan, ia sama dengan kitab suci yang lain, iaitu telah diselewengkan
dan kitab yang ada sekarang bukan yang asli. Sebaliknya sekadar himpunan
kitab-kitab sejarah yang ditulis oleh ahli sejarah. Kemudian, dikumpul
dan dijadikan Kitab Suci.
Menurut Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman dan Prof Madya Dr. Mohammad
Kamil bin Haji Abdul Hamid, golongan ini cuba mempertikaikan syariat
dan hukum-hakam Islam. Mereka menganggap, tiada istilah hukum TUHAN
seperti yang difahami oleh kebanyakan umat Islam. Rasulullah s.a.w
tidak patut dikagumi lebih daripada tokoh sejarah yang lain kerana
beliau juga mempunyai kelemahan dan kekurangan tersendiri. Mereka
mempertikaikan larangan perkahwinan campur, hak wanita, dan sebagainya.
Inilah antara pendedahan tentang kejahatan yang dilakukan oleh golongan
ini. Mudah-mudahan selepas membaca buku ini umat Islam akan kembali
kepada fahaman agama yang betul dan menepati kehendak syarak. Sesungguhnya
syariat yang ada ini sudah cukup baik, tidak menzalimi sesiapa dan
menjaga hak semua makhluk.
Tajuk:
Islam Liberal
Penulis: Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin
Harga: RM 6.00
Borang Langganan
|