 |
|
ATAS
NAMA CINTA
Sukarnya
Firas menakluki hati dan cinta Ardini. Pelbagai cara
dilakukan agar gadis punjaan hati menjadi miliknya yang
abadi. Bukankah cinta itu satu pengorbanan? Dan itulah
yang menguntumkan kemanisan cinta. Ijab kabul bukti
bahawa cinta mereka bukan hanya di bibir.
Gelora
ombak dan taufan telah mengaramkan bahtera cinta mereka
ketika disinari cahaya bahagia. Namun, mengapa ada insan
yang mencemburui keindahan cinta mereka? Mengapa perlu
ada duri-duri yang menghalang mereka ke puncak kasih
hingga hati mereka tercalar luka?
|
|
|
Atas
nama cinta, mereka berpegang teguh pada janji setia...
Harga:
RM18.00 / Halaman: 476
|
 |
|
BAYANGAN
RINDU
KISAH
cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya
dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila
pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Biarpun
kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.
Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang
begitu mendalam. Tapi ikatan itu putus di tengah jalan
dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya. Pada
Umar Aisy, bekas teman sekolahnya, dia mencurahkan resah
gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa
memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan.
|
|
|
Apakah
Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini? Siapakah
lelaki yang bertuah itu? Pepatah ada mengatakan; gadis
yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik
juga.
Harga:
RM19.90 / Halaman: 592
|
 |
|
SENAFAS
RINDU
Fariz
amat mencintai Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa
Cina tetapi hubungan mereka terhalang oleh kedua-dua
keluarga. Pada masa yang sama, Shafika yang pernah meninggalkan
Fariz hadir untuk menagih cinta lelaki itu.
Terjadilah
pelbagai konflik yang mencetuskan perasaan dan hati.
Marah, geram dan gembira bercampur baur.
|
|
|
Antara
Shafika, Vivianna dan Siti Nur Ain... Fariz hanya mampu
memilih satu. Namun, akan ada hati yang pasti terluka
dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.
Harga:
RM19.90 / Halaman: 592
|
 |
|
|
|