NOVEL
TERBARU DAMYA HANNA,
DAPATKAN DI PASARAN SEKARANG!
PENGALAMAN mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina,
tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun
tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk
digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang
dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu.
Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya!
ZARIEL
- Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan
romantis! Itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki
idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki
itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya.
IQRAM
- Kehadiran lelaki ini kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi
rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi
Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun
hati si gadis.
Ternyata,
cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai
cita-cita bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan
impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua-duanya
sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah
milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi
segala.
|