NOVEL
TERBARU AISYA SOFEA
DAPATKAN DI PASARAN SEKARANG!
PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk
mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan
dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani
dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.
Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai
terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga.
Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian.
Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki
itu bukan untuknya.
Tahun
berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu
hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya,
cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada
kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu
untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?
|