NOVEL SAINS FIKSYEN TERBARU ALAF 21
DAPATKAN DI PASARAN SEKARANG!

Pada 3024 A.D...

Dunia huru-hara. Sejarah dan kegemilangan tamadun manusia
sudah musnah ditelan zaman. Bumi jadi tandus, dihujani asid. Jembalang Bertulang Besi bermaharajalela. Manusia diserang, dibunuh dan diselubungi kerakusan.

Rague gagah menumpaskan jembalang-jembalang itu. Askar upahan bermata helang itu mahu membalas dendam atas kematian datuknya. Mengenali Jafni telah menemukan dia dengan misteri silam yang mengundang peristiwa Malapetaka Maha.

Segalanya bermula apabila ASAIN, sebuah mandroid menyerupai manusia dicipta. Mencetuskan pergolakan antara manusia - robot yang mengakibatkan kemusnahan bumi yang nyata.

Mereka mencari punca, hanya untuk membongkar suatu rahsia. Siapa ASAIN? Siapa Maisara? Dan siapa Ummi? Misteri ini mesti dirungkaikan! Rahsia yang akan menukar jiwa dan tanggapan mereka buat selama-lamanya.



Tajuk: Saga Horizon
Penulis: Fadli Al-Akiti
Halaman: 492
Harga: RM17.00





Borang Langganan

Klik di sini!
 

Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, 40200 Shah Alam Selangor / Tel: 55118820 / Fax: 55113817 / Co. No. 276419M
Laman ini disediakan oleh webmaster ALAF DUA PULUH SATU SENDIRIAN BERHAD.
Segala pertanyaan boleh menghubungi talian 019-2926401