RAWATLAH HATI
KINI DI PASARAN!

LIKU-LIKU hidup ini tidak cukup indah tanpa melalui sedikit pengalaman getir kerana ia adalah guru terbaik yang mengajar kita nikmat kehidupan. Elakkan luka semalam kekal memenjara hati kerana ini bermakna kita menjadikan ia pemusnah kebahagiaan sedangkan ALLAH itu amat luas rahmat-NYA. Hati itu adalah raja kepada anggota tubuh. Jagalah, usah dikotori kerana jika daging yang satu itu rosak, maka rosaklah seluruh amalannya. Bersihkan hati dengan me­yakini bahawa ALLAH adalah pembekal kasih sayang, bantuan, kebaikan dan kebahagia­an, Yakinlah bahawa setiap sakit ada ubat­nya, carilah... agar kehidupan menjadi lebih bermakna.

Moga setiap luka ditemui penawarnya di baris-baris yang khusus ditulis untuk anda.  Mudah-mudahan RAWATLAH HATI mampu dijadikan ambulans kecemasan sementara menanti bantuan yang lebih besar daripada-NYA, yang Maha Pengasih dan Maha Mengetahui.

Rawatlah Hati mengadun variasi rasa pedas, manis, masam, masin dan pahit:
 Meraih cinta anak pada orang tua
 Membina semula cinta yang pudar
 Memupuk keintiman dengan ILAHI
 Mengukuh keyakinan dan ketakwaan
 Memerdekakan belenggu di dalam diri
 Menangani emosi dan tekanan perasaan
 Mencari rangkulan kudus yang Maha Esa
 Membuang rasa ego, takbur dan penyakit hati  Memaafkan dan mengusir dendam kesumat  Menjadi insan sukses; bebas luka, bebas derita


Tajuk: RAWATLAH HATI
Penulis: Dr. Rubiah K. Hamzah
Harga: RM19.90
Halaman: 480

Borang Langganan

Klik di sini!
 

Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, 40200 Shah Alam Selangor / Tel: 55118820 / Fax: 55113817 / Co. No. 276419M
Laman ini disediakan oleh webmaster ALAF DUA PULUH SATU SENDIRIAN BERHAD.
Segala pertanyaan boleh menghubungi talian 019-2926401