 |


Emil JS
caspergal_81@yahoo.com
MEMASUKKAN WATAK SEBENAR DI DALAM KARYA
Bolehkah saya memasukkan watak orang ternama atau mereka yang berjaya di luar sana sebagai watak sampingan? Contohnya, saya masukkan watak Encik Azizi Ali dalam satu babak yang kecil. Walaupun saya tidak pernah bertemu dengan beliau, namun hasil daripada pembacaan tulisannya serta melihat kemunculannya sebagai tetamu di kaca TV, saya cipta karakternya sesuai dengan kepakarannya. Contoh ayat, 'Sebagai seorang pakar dalam pengurusan kewangan serta usahawan yang berjaya walaupun bekerja makan gaji, Encik Azizi Ali berjaya memukau para peserta yang hadir pagi itu dengan ucapannya.
Jawapannya, boleh dan tidak boleh! Boleh, jika watak itu hanya disebut dalam frasa yang pendek. Contohnya, ketika melalui Lebuhraya Utara Selatan, Yasmin terpandang sebuah Land Cruiser yang dipandu Tan Sri Rafidah Aziz. Atau, Ida masih teringat kata-kata Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam seminar tadi. Terutama mengenai hak wanita yang didera. Ida menjadi lebih bersemangat untuk bertemu peguamnya. Dia mesti menuntut haknya sebagai isteri. Tidak boleh, jika anda mengambil watak itu dimasukkan sekali dalam konflik cerita anda. Misalnya, mengaitkan nama-nama itu dalam skandal atau cerita rekaan anda sendiri. Misalnya, Maya terkejut apabila Zita memberitahu kekasihnya adalah Tan Sri (nama seorang menteri). Ah, tentu Zita berbohong, bisik hati Maya. Takkan Maya nak bermadu dengan Puan Sri (nama isteri menteri tersebut)... tolonglah! Jangan sesekali mengaitkan nama-nama ini dalam karya anda! |
Nur Syafiqa Shafie
missfairywatcher@yahoo.com
INGIN MENULIS
Assalamualaikum. Saya merupakan salah seorang penggemar novel yang masih menuntut di sebuah institusi pendidikan. Kegemaran membaca novel menyebabkan saya begitu teringin untuk berjinak-jinak dalam dunia penulisan novel ini. Masalah saya ialah saya tidak tahu di mana harus bermula. Adakah saya perlu bermula dengan penghasilan cerita- cerita pendek dan bagaimana pula dengan format penulisan novel? Harap puan dapat menjelaskan persoalan ini.
Ya, mulakan dengan menulis cerita pendek. Mahirkan diri dengan mencipta perwatakan, konflik, mengatur plot dan penggunaan bahasa yang menarik. Penulisan novel akan bermula daripada cerita pendek. Jika mahir membuat cerita pendek, secara automatiknya, saudari boleh mengarang novel. Tetapi, mesti banyak idea dan rajin membaca. |
Masayu Mohd Nordin
masayumohdnordin@yahoo.com.my
PENGALAMAN SEBENAR DALAM KARYA
Assalamualaikum. Saya merupakan salah seorang peminat novel keluaran Alaf 21. Kebanyakan koleksi saya terdiri daripada novel Alaf 21. Saya ingin tahu, bagaimana penulis menggunakan pengalaman sendiri dalam menghasilkan karya kreatif? Adakah pengalaman itu membantu penulis dalam menghasilkan novel yang bermutu?
Pengalaman sendiri memang banyak membantu. Ia akan lebih memudahkan penulis menterjemahkan apa yang ingin disampaikan. Misalnya, jika watak ingin digambarkan mengalami putus cinta, jika penulis ada pengalaman mengenainya, ia akan mudah diekspresikan dalam bentuk penulisan. Pengalaman orang lain juga boleh dijadikan rujukan. |
Nor
missnor83@yahoo.com
MEMPEROLEH INSPIRASI BERKARYA
Pertama, saya nak tahu, bagaimana puan mendapat inspirasi melalui semua penulisan? Kedua, saya banyak mengarang cerita. Namun, saya tidak pasti pada siapa saya ingin membuat rujukan tentang novel yang telah saya karang. Ia sekadar tersimpan di dalam komputer tanpa siapa yang sudi membacanya. Bagaimana cara untuk bukukan hasil karya saya seperti novel-novel yang lain? Persoalan ini telah lama ingin saya ajukan. Harap puan dapat membantu.
Pengalaman sendiri memang banyak membantu. Ia akan lebih memudahkan penulis menterjemahkan apa yang ingin disampaikan. Misalnya, jika watak ingin digambarkan mengalami putus cinta, jika penulis ada pengalaman mengenainya, ia akan mudah diekspresikan dalam bentuk penulisan. Pengalaman orang lain juga boleh dijadikan rujukan. Sila berhubung dengan pihak penerbit untuk mengemukakan manuskrip saudari. Kenapa tidak mencuba di Alaf 21? |
Nurul Hazwa
nurul_nhazwa@yahoo.com.my
MENGAPA GOLONGAN ELIT SAHAJA DIPAPARKAN?
Assalamualaikum. Saya sememangnya sangat meminati novel keluaran Alaf 21 kerana kebanyakan novel yang dihasilkan sangat menyentuh hati sehingga mengalirkan air mata. Kebanyakan novel yang saya baca berkisar tentang pasangan yang terdiri daripada anak golongan berada seperti novel ADA CINTA DI HATI yang mengisahkan tentang percintaan anak Tan Sri. Jika bukan anak Tan Sri dan datuk-datuk, pasti keluarga pasangan itu daripada golongan ahli perniagaan yang berjaya. Soalan saya, kenapa tidak meletakkan pasangan dari golongan yang sederhana sebagai hero atau heroin? Adakah novel yang dihasilkan menyerupai kehidupan sebenar golongan korporat itu? Terima kasih.
Ada! Banyak novel yang mengenengahkan golongan sederhana. Novel-novel saya juga tidak terkecuali. Kalau tidak keseluruhan pun, saya pasti akan mewujudkan watak-watak dari golongan sederhana ini seterusnya mengutarakan sekali permasalahan mereka. Menggunakan orang ternama, hanya untuk menyesuaikan dengan keadaan. Lain penulis, lain pendekatannya. |
Nur Fatin
nur58_kirana@yahoo.com
Saya pengggemar bidang penulisan. Saya ingin bertanya, bagaimanakah puan memperoleh idea-idea yang baik untuk dijadikan cerita? Bagaimana pula cara puan mula-mula menerbitkan novel puan?
Bagi saya, idea adalah pemberian istimewa dari ALLAH. Sebagai penulis pula, idea yang baik itu harus dikembangkan untuk menjadi sebuah karya yang diterima pembaca dan ada manfaatnya. Mengembangkan idea untuk dijadikan cerita, memerlukan kita membuat kajian, mengumpul sebanyak mungkin maklumat, mencipta watak dan konflik. Tidak terkecuali memastikan gaya penulisan yang juga menarik. Penulis harus menghayati setiap cerita dan watak yang akan dipersembahkan dalam novelnya. Mereka mesti sama-sama menyelami keseluruhan cerita dan berada di antara watak-watak tersebut. Pada awal saya menjadi penulis, saya masih belum mempunyai ilmu yang banyak di dalam bidang penulisan dan saya bergantung kepada bakat semata-mata. |
Nabil Fawwaz
nabil_fawwaz@yahoo.com
PERASAAN DATANG SETELAH KALI KEDUA
Mengapa ya bila saya baca novel Pelabuhan Kasih oleh Lily Suriani, buat pertama kali saya baca tak ada apa-apa perasaan. Setelah 2 tahun, saya baca balik, hati saya tiba-tiba jadi sayu dan saya boleh menyelami perasaan Fatin Nabilah dan Fazil. Saya nak tahu, sebenarnya apa yang telah berlaku pada perasaan saya sehingga boleh jadi macam ni? Setiap malam saya tak lena tidur sebab asyik teringat kat cerita tu aje. Saya nak tahu, kenapa?
Itu tandanya Lily Suriani sudah berjaya menampilkan karya yang menyentuh hati setiap pembacanya. Dengan cerita yang kuat, konflik yang meyakinkan dan watak-watak yang ada karakter, sudah pasti ia menjadi karya yang baik dan berjaya menawan sanubari pembacanya. |
Nur Cahaya
nur_cahaya72@yahoo.com
Assalamualaikum... Saya memang minat membaca terutamanya novel keluaran Alaf 21. Koleksi novel di rumah saya mungkin hampir 100 buah. Saya gemar membaca novel cinta dan semua novel puan memang menjadi koleksi saya terutama trilogi mimpi. Anak-anak perempuan saya juga minat membaca, tapi untuk mereka saya beli novel remaja. Tapi anak sulung saya yang berumur 13 tahun selalu meminta kebenaran untuk membaca novel cinta. Pada pendapat peribadi puan, adakah wajar remaja berusia 13 tahun membaca novel cinta dan romantis? Memang itu semua sekadar hiburan, tapi tidakkah ini akan mempengaruhi pemikiran mereka? Memang di dalam sesuatu novel ada terselit nilai kasih sayang, kekeluargaan, hormat-menghormati yang boleh dijadikan tauladan kepada mereka. Dalam masa yang sama juga ada terselit nilai cinta dan sifat romantis. Bagaimana pendapat puan dalam hal ini?
Mengenai minat anak-anak puan yang membaca novel-novel romantis dalam usia muda, bagi saya ia bukan satu kesalahan. Saya mula membaca novel ketika berusia tujuh tahun! Saya mula pandai membaca dalam usia enam tahun, ketika itu masih belum ada pra-sekolah di kampung saya. Arwah bapa saya memang mengajar dan menggalakkan anak-anaknya membaca dalam usia muda. Saya membaca novel Siti Nurbaya, Hikayat 1001 Malam, Tenggelamnya Kapal Van Der Vick ketika usia 7-8 tahun. Ketika itu memang saya ‘masuk’ ke dalam novel-novel yang saya baca dan membayangkan saya berada dalam situasi itu. Begitu juga apabila saya membaca novel-novel cinta yang lain.
|
Muhaimin Uba Nilai, Negeri Sembilan
muhaimin_181188@yahoo.com
NAMA PENA ATAU NAMKA SEBENAR?
Assalamualaikum... Tahniah diucapkan kepada sidang redaksi Alaf 21 yang berjaya menambat minat saya untuk membaca novel keluaran anda. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana melalui pembacaan novel keluaran Alaf 21, telah memupuk minat menulis dalam diri saya. Di sini saya ingin bertanya kepada saudari Sharifah Abu Salem beberapa soalan.
1. Saya ingin tahu apakah yang terjadi kepada Nasrul dan Fatiha di dalam novel Biar Rindu Berlalu?
Jujur saya katakan, saya belum dapat memberikan jawapan apa yang akan berlaku kepada Fatiha dengan Nasrul dalam Biar Rindu Berlalu. Insya-allah saya akan fikirkan apabila menyambung novel itu nanti.
2. Bagaimanakah untuk mendapatkan idea yang bernas dan kreatif dalam menulis novel?
Anda perlu ada bakat dalam bidang penulisan dan mempunyai kreativiti yang tinggi untuk menjadi seorang penulis. Membaca merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kreativiti, mendapatkan idea dan membantu memahirkan penggunaan bahasa.Di samping itu, anda juga mesti peka dengan persekitaran kerana penulis sentiasa mengadaptasi persekitaran dalam bahan penulisan mereka.
3. Adakah seseorang penulis novel itu mesti terikat dengan corak penulisannya sendiri?
Sebagai contoh, karya-karya Ramlee Awang Murshid banyak berkisarkan thriller. Namun, pujian harus diberikan kepadanya kerana berjaya mengadun pelbagai suasana walaupun temanya adalah thriller. Terserah kepada penulis itu sendiri. Dia tidak semestinya menulis dalam satu bidang sahaja. Kalau seorang penulis mampu menulis dalam pelbagai tema dan konsep, itu adalah lebih baik. Tetapi, perlu diingatkan bahawa jika anda fokus pada satu tema sahaja, ia memudahkan anda berkarya dan menjadi ‘trade mark’ kepada diri anda.
4. Saya berharap agar saudari Sharifah Abu Salem menyambung kembali kisah yang terjadi kepada Nasrul dan Fatiha. Sayang sekali jika tidak disambung kisahnya.
Insya-allah... Doakan saya mendapat idea terbaik untuk menyambungnya.
5. Antara menggunakan nama pena dengan nama sebenar, yang manakah yang lebih elok pada pandangan saudari?
Terserah kepada anda. Bagaimanapun, mutakhir ini nampak kecenderungan penerbit memilih nama-nama komersil untuk para penulisnya. Hal ini boleh dibincangkan dengan penerbit.
6. Saya ingin tahu bagaimana saya boleh menghantar karya novel saya kepada Alaf 21?
Setakat ini, ia masih dalam perjalanan penceritaan. Saya harap saudari Sharifah Abu Salem dapat menjawab soalan-soalan saya. Terima kasih daun keladi. Anda boleh berhubung terus dengan penerbit Alaf 21 untuk mengetahui prosedur penghantaran manuskrip untuk diterbitkan.
|
Harmie Adira
harnie_adira@yahoo.com
MENGIKUTI KURSUS PENULISAN
Assalamualaikum... Saya salah seorang peminat puan. Kesemua novel-novel tulisan puan telah saya baca dan ada dalam simpanan. Dengar cerita novel BIAR RINDU BERLALU akan bersambung. Bila ya? Tidak sabar rasanya. Saya dapat rasakan heroin dan heronya ‘ada rasa di hati’, walaupun pada akhirnya mereka dapat menerima yang mereka adik-beradik tiri. Tidak adil rasanya sang gadis terus menderita atas rasa cemburu orang yang telah disingkirkan oleh hati sang teruna. Saya teruja sangat dengan kisah tu. Hendak tahu juga apa yang berlaku antara mereka. Kalau dibiar rindu berlalu sekali pun, ada ketikanya ia pasti akan datang juga. Walaupun kita cuba melupakannya, semakin kuat rindu itu datang. Saya juga suka menulis. Sekarang, karangan saya hampir di penghujungnya. Tapi saya tidak tahu hendak menyuruh siapa untuk menilainya. Boleh puan berikan tunjuk ajar yang boleh dijadi panduan saya? Puan juga menulis skrip drama. Boleh tunjukkan formatnya? Teringin hendak tengok skrip yang sebenar. Mana tahu kalau saya boleh belajar menulis skrip drama pula. Terima kasih.
Insya-Allah... Jika diberi keizinan, saya akan membuat sambungan novel BIAR RINDU BERLALU. Untuk menjadi seorang penulis sama ada novel atau drama, selain bakat, anda juga perlukan ilmu-ilmu asas. Kalau ada kesempatan, elok kalau saudari mengikuti kursus-kursus jangka pendek mengenai bidang penulisan yang dianjurkan banyak pihak. Dengan adanya asas penulisan, akan lebih memudahkan saudari berkarya. Semoga berjaya.
|
Nurul Husna
nurulhusna92@gmail.com
BOLEHKAH ADIK BERADIK TIRI BERKAHWIN?
Assalamualaikum, BIAR RINDU BERLALU... best novel ini. Sedih sangat. Saya tidak sangka Fatiha akan lumpuh. Watak Nasrul dan Fatiha menjadikan jalan ceritanya kelakar bila mereka bertengkar. Soalan saya, bolehkah adik-beradik tiri berkahwin? Ada sambungan tak novel ini? Kalau boleh, adakanlah sambungannya sebab cerita itu bagi saya seperti tergantung. Terima kasih.
Dalam BIAR RINDU BERLALU, Nasrul dengan Fatiha hanya adik-beradik tiri. Maksudnya, mereka mempunyai ibu dan bapa yang berlainan. Jadi, mereka dibolehkan berkahwin. Tapi... dalam sambungannya nanti, belum tentu mereka akan berkahwin, kan? Tunggu!
|
Emil JS
caspergal_81@yahoo.com
BOLEHKAH GUNA NAMA SEBENAR TEMPAT?
Assalamualaikum... tahniah atas novel-novel akak yang sangat menarik. Soalan saya, bolehkah kita menggunakan nama sebenar latar tempat atau lokasi dalam penulisan kita? Contohnya menggunakan nama kampung sendiri sebagai latar tempat sesuatu kejadian. Dan kalau kita menggunakan juga, adakah saya perlu meminta keizinan daripada ahli jawatan kuasa kampung? Ini kerana saya risau cerita yang saya garap itu memberi impak negatif bukan sahaja kepada penduduk kampung, malah kepada diri saya juga. Walaupun pada dasarnya cerita itu sekadar rekaan semata-mata. Terima kasih.
Tidak menjadi kesalahan menggunakan nama sebenar untuk latar tempat dalam novel. Sama ada nama kampung atau tempat-tempat lain. Malah, ia sangat-sangat digalakkan kerana bakal mendekatkan pembaca dengan kisah dalam novel anda. Tidak perlu meminta izin daripada mana-mana pihak untuk menggunakan nama-nama itu. Bagi pendapat saya, sekadar menggunakan nama tempat tidak akan membawa kesan negatif. Cuma elakkan daripada melabel atau menamakan tempat-tempat itu dengan perkara negatif. Misalnya, jangan gunakan ayat begini: 1. KLCC yang dikenali sebagai pusat maksiat di ibu kota. 2. Penduduk Kampung Berangan terkenal dengan sikap sombong dan mementingkan diri. 3. Sekolah Menengah Sultan Abd Aziz memang tidak mempunyai guru yang berkualiti sehingga ramai pelajarnya gagal. 3. Bas Transnasional itu berbau hancing dan pemandunya miang. Seperkara yang perlu diingat, apabila anda menggunakan nama sebenar tempat-temat berkenaan, sekali gus anda sudah menghebahnya. Jadi, jangan mengundang persepsi negatif pembaca pada tempat-tempat yang disebutkan atau menimbulkan kemarahan penduduk, pengurusan tempat, atau mereka yang berkaitan. Selamat menulis.
|
Snach Hani
snahani84@yahoo.com
KENAPA ORANG PEREMPUAN SUKA NOVEL CINTA?
Saya pelajar Universiti Sains Islam Malaysia yang mula-mula berjinak dengan novel cinta. Dulu saya tidak begitu menggemari novel, tetapi setelah memerhati gelagat kawan-kawan yang suka membaca novel, timbul rasa ingin tahu di hati ini. Walau bagaimana pun pelbagai persoalan timbul di fikiran kerana saya bukanlah antara penggemarnya. Saya harap puan dapat membantu merungkaikan persoalan-persoalan saya:
1. Pada pandangan peribadi puan, sejauh manakah remaja terutamanya remaja perempuan yang masih di alam pembelajaran seperti saya ini bergantung kepada novel sebagai bahan bacaan kedua selepas buku pelajaran? Apa unsur-unsur yang mempengaruhi mereka?
Tidak semua remaja perempuan suka membaca novel. Pada pendapat saya, pembaca novel tidak bergantung sepenuhnya kepada novel sebagai bacaan kedua. Mereka juga membaca akhbar dan majalah yang mereka sukai. Penggemar novel adalah mereka yang suka mengongsi kisah kehidupan orang lain. Kadangkala mereka berasa ada bahagian di dalam novel yang sama dengan kisah mereka. Atau mereka pernah menempuh peristiwa yang sama dengan watak dalam novel, mungkin pergi ke tempat yang seperti diceritakan dalam novel, membeli baju yang sama, menonton cerita wayang yang sama dan sesetengah watak pula dekat dengan mereka. Mungkin bekas kekasih atau abang, adik, kakak punya watak yang sama dengan watak dalam novel.
2. Dalam pembacaan novel cinta, kebanyakan yang saya perhatikan, kaum wanita lebih gemar terhadap bahan bacaan ini. Adakah wujud unsur-unsur yang mempengaruhi pemilihan mereka terhadap novel ini berbanding novel-novel lain?
Jiwa kaum wanita lebih sensitive dan perasa. Bukan sahaja kepada soal cinta, malah kepada yang lain-lainnya. Novel cinta sarat dengan kasih sayang. Fitrah wanita, sangat endambakan kasih sayang dalam hidup mereka. Lantas mereka cuba mencari pengertian cinta dan kasih sayang itu di dalam novel. Novel ini juga menjadi guru kepada mereka bagaimana untuk melahirkan cinta dan kasih sayang sejati. Wanita memang memajdikan cinta dan kasih sayang satu keutamaan.
3. Sebagai penulis, apakah langkah yang puan ambil bagi memastikan pembaca novel puan mendapat kesan positif di sebalik apa yang mereka baca?
Saya cuba memasukkan unsur-unsur pengajaran dalam novel-novel saya. Walau hanya unsur kasih sayang dan kekeluargaan, saya akan pastikan pembaca mendapat manfaat dari apa yang saya tuliskan.
|
Venotom R-peace
venotomr_peace@yahoo.com
BERAPA PENDAPATAN PENULIS NOVEL?
Setahu saya pendapat seorang novelis agak lumayan berdasar prestasi jualan novel mereka. Berapakah pendapatan puan bagi sebuah novel? Berapa lamakah masa yang diambil puan untuk menyiapkan sebuah novel? Akhir sekali berapa lamakah masa yang diambil oleh pihak penerbitan untuk menerbitkan sebuah novel?
Pendapatan penulis novel memang tidak menentu. Terpulang banyak mana novel kita yang dijual.Penerbit akan membayar berdasarkan jumlah jualan novel dengan peratusan royalti yang sudah ditetapkan. Sila hubungan penerbit untuk mendapatkan penjelasan mengenai proses penerbitan.
|
Aqien Jimmy
nsj_aqieena1992@yahoo.com.my
BAGAIMANA KIRIM KARYA?
Saya Qiena, berasal drpd Tawau, Sabah.
Baru tahun ini saya tertarik ingin membaca novel, tetapi ada hajat lain pulak yang timbul. Sebenarnya saya ni ada hati dan ada hajat nak menghasilkan sebuah novel. Saya hendak suatu pengalaman yang baru. Sekarang saya sedang mencari idea novel saya. Saya telah baca semua kiriman emel, dan saya telah dapat tips-tips yang berguna.
Tapi, maklumlah, saya "orang jauh", untuk ke syarikat kak Sharifah, sesuatu yang mustahil bagi saya. Saya akan cuba poskan manuskrip saya. Tapi alamat editor? Saya tak tahu la, hehe. Mungkin soalan saya agak ketinggalan sikit, Boleh tolong poskan alamat editor kepada saya? Maaf ya.
Adik boleh menghubungi mana-mana penerbit novel. Saya hanya penulis, bukan penerbit.Novel saya diterbitkan oleh ALAF 21.Jika ingin berhubung dengan Alaf 21 gunakan alamat email yang adik gunakan untuk menghantar soalan ini.
|
Roziha Abd Aziz
ogy8880@yahoo.com.my
PANDUAN TEKNIKAL KIRIMAN KARYA
Saya adalah seorang dari beribu-ribu peminat akak. Buat masa ini saya masih mencari idea untuk menyiapkan novel pertama saya. Saya harap akak dapat memberi pendapat berkenaan :
1) Untuk menulis sehingga ke muka surat 500 (dalam buku novel), berapa muka suratkah yang akak perlukan di dalam kertas yang bersaiz A4? Untuk makluman akak, saya sekarang sudah menaip sehingga ke muka surat 35 (A4 paper).
2) Jika saya menggunakan nama kawan-kawan di dalam novel saya nanti, adakah saya perlu meminta kebenaran dari mereka walaupun nama yang saya gunakan itu hanya sebagai nama singkatan?
Semoga Kak Pah terus berjaya di dalam bidang yang diceburi.
Untuk menghasilkan novel setebal 500 muka surat (novel saya) memerlukan dalam 400-600 muka surat. Tetapi bergantung kepada saiz novel berkenaan.
Sila rujuk penerbit untuk mengetahui durasi yang tepat.
Tidak perlu mendapat izin jika ingin guna nama orang lain untuk watak novel. Sebab nama adalah universal. Satu nama digunakan lebih dari seorang manusia.
|
Siti Sarah Omar Mohd. Azam
ephila87@gmail.com
BERAPA LAMA HASILKAN NOVEL?
Saya pernah baca novel puan dan juga novel penulis-penulis lain. Setiap kali saya baca novel, terlintas di fikiran saya, berapa lama masa yang diambil untuk menghasilkan sebuah novel. Jadi bagi puan, berapa lama masa puan perlukan untuk menyiapkan sesebuah novel? Dan apa yang saya tahu, puan kerap hasilkan novel yang berkisar tentang kasih sayang, cinta dan keluarga. Puan tak teringin ke hasilkan novel-novel fantasi atau fiksyen sains? Semoga puan terus sukses di dalam kerjaya puan.
Paling lama saya pernah menghasilkan novel adalah satu tahun dan paling singkat
dalam masa tiga minggu. Lama masa diambil bergantung beberapa faktor. Soal menanti ilham pun, diambil kira. Tetapi lebih mudah jika sudah ada rangka jalan cerita berserta input yang diperlukan. Saya mengambil masa lebih kurang satu atau dua bulan merangka cerita, membuat research dan mengumpul lain-lain bahan. Apabila sudah tersedia semuanya mudah untuk diolah menjadi penulisan. Tumpuan amat penting ketika menulis.
Agak sukar jika kita terpaksa menulis dan dalam masa yang sama memberi tumpuan kepada hal lain. Tetapi Insya-ALLAH, alah bisa tegal biasa.
|
Siti Sarah Omar Mohd. Azam
ephila87@gmail.com
BERAPA LAMA HASILKAN NOVEL?
Saya pernah baca novel puan dan juga novel penulis-penulis lain. Setiap kali saya baca novel, terlintas di fikiran saya, berapa lama masa yang diambil untuk menghasilkan sebuah novel. Jadi bagi puan, berapa lama masa puan perlukan untuk menyiapkan sesebuah novel? Dan apa yang saya tahu, puan kerap hasilkan novel yang berkisar tentang kasih sayang, cinta dan keluarga. Puan tak teringin ke hasilkan novel-novel fantasi atau fiksyen sains? Semoga puan terus sukses di dalam kerjaya puan.
Paling lama saya pernah menghasilkan novel adalah satu tahun dan paling singkat
dalam masa tiga minggu. Lama masa diambil bergantung beberapa faktor. Soal menanti ilham pun, diambil kira. Tetapi lebih mudah jika sudah ada rangka jalan cerita berserta input yang diperlukan. Saya mengambil masa lebih kurang satu atau dua bulan merangka cerita, membuat research dan mengumpul lain-lain bahan. Apabila sudah tersedia semuanya mudah untuk diolah menjadi penulisan. Tumpuan amat penting ketika menulis.
Agak sukar jika kita terpaksa menulis dan dalam masa yang sama memberi tumpuan kepada hal lain. Tetapi Insya-ALLAH, alah bisa tegal biasa.
|
Nurul Aqilah Rahmat
nurulaqilah_rahmat@yahoo.com.my
BOLEH BANTU TERBITKAN NOVEL SAYA?
Saya memang minat sangat mengarang dari zaman sekolah lagi. Saya sendiri dah mengarang kisah hidup. Saya nak jadikan sebuah novel tapi saya tak tahu nak berkongsi dengan siapa. Boleh akak membantu saya? Saya nak berikan apa yang saya karang dari sekolah sampai sekarang. Saya tak pasti formatnya. Kalau boleh saya nak akak bantu saya dan terbitkan karangan saya jadi sebagai novel ataupun cerita. Saya belum dapat tajuknya lagi dan masih mencari.
Ia mengisahkan saya seorang anak angkat yang diberi kepada orang. Dia ingin berjumpa dengan adik-beradik. Apabila berjumpa, keluarga sendiri maki hina dan sebagainya. Hati yang terluka tak mudah dapat diubati lagi kak. Saya nak cerita saya jadi pengajaran pada pembaca dan orang lain.
Untuk menerbitkan novel, adik boleh berhubung dengan para penerbit novel
seperti ALAF21. Pihak editor akan menjelaskan format yang telah ditetapkan. Saya hanya penulis, bukan penerbit. Bagaimanapun lebih baik adik tulis dulu novel berkenaan sehingga siap. Kemudian bolehlah menghubungi penerbit.
|
puteri
ayudie
puteri_ayudie@yahoo.com
PERLUNYA
MEMBACA KARYA PENULIS LAIN
Saya
antara peminat novel yang dikarang oleh Sharifah Abu Salem.Di sini
saya ingin bertanya bagaimana untuk menghasilkan penulisan yang
baik dari segi jalan cerita dan juga karektor sesuatu watak. Bagaimana
untuk mendapatkan idea yang kreatif? Saya juga ingin tahu bagaimana
sesuatu novel itu ditulis dari segi format penulisannya. Saya harap
puan dapat membantu saya.
Menjawab soalan adik mengenai format penulisan; setiap penulis mempunyai
gaya bahasa tersendiri. Untuk mendapatkan gaya bahasa yang menarik,
selain bakat semulajadi adik mesti banyak membaca karya penulis
lain. Bukan tujuan untuk meniru, tetapi dengan membaca banyak karya
orang lain, dengan sendirinya gaya penulisan dan bahasa adik boleh
tercipta.
Untuk soalan selebihnya, sila semak tips-tips penulisan yang pernah
saya berikan melalui ruangan ini.
|
Nurhamimah
Misuan
iema_am940220@yahoo.com.my
SAMBUNGAN
BIAR RINDU BERLALU
Saya
ingin bertanya. Bagaimanakah puan berkecimpung dalam bidang penulisan?
Bagaimanakah cara menghasilkan karya yg menarik? Apakah novel Biar
Rindu Berlalu akan ada sambungannya? Apakah Fatiha & Nasrul
bercinta dalam novel tersebut? Bagaimana perasaan sayang itu wujud
dalam diri mereka?
Minat
dan bakat itulah yang membawa saya ke dunia penulisan. Semuanya
kurniaan ALLAH dan ia berlaku dengan teratur dan lancar sekali.
Sejak berusia 14 tahun hingga sekarang perjalanan saya dalam bidang
ini amat lancar dan saya berasa sangat direstui oleh-Nya. Sabar,
tekun dan bertakwa, itulah yang saya amalkan.
Novel
BRB belum ada perancangan untuk disambung. Insya-ALLAH jika ramai
yang meminta saya akan penuhi permintaan itu. Bagaimanapun saya
menunggu pandangan Alaf 21 juga. Untuk Nasrul dengan Fatiha saya
belum boleh putuskan samada mereka bercinta selepas ini atau tidak!
|
hasif
comey
acip203@yahoo.com
TERLALU BANYAK IDEA
Usia
saya terlalu muda namun minat membaca dan mengarang novel. Alhamdulillah,
saya telah siap manuskrip pertama. Namun sekarang untuk menyiapkan
novel kedua, saya rambang mata. Idea yang mencurah namun kisah berbeza.
Kalau boleh saya nak buat semua idea saya tu. Tapi saya tak boleh
dan pening nak pilih mana satu. Soalan saya...
Umur penulis bagi menjadi novelis di Alaf 21, berapa?
Assalamulaikum.
Terima kasih kerana menulis ke ruangan ini.Sebenarnya tidak ada
umur tertentu bagi membolehkan penulis berkarya. Umur tidak penting,
yang penting karya dan hasil tulisan itu.
Bagaimana
dengan 'kepeningan' saya memilih idea itu? Tolong beri komen untuk
saya selesaikannya...
Saya nasihatkan supaya adik membaca tips-tips penulisan yang saya
berikan melalui ruangan ini. Adik juga perlu mengikuti kursus formal
mengenai penulisan kreatif/novel bagi membolehkan adik `menguruskan’
idea yang mencurah-curah itu. Jika ada manuskrip yang sudah siap,
hantarkan sahaja ke penerbitan yang adik pilih. Mereka boleh menilaikan
karya tersebut.
|
yenny yapp
christyenviance@yahoo.com
KERISAUAN
PENULIS BUKAN MELAYU
Saya
merupakan salah sorang peminat pembaca novel-novel Melayu berbangsa
campuran Cina + Kadazan berasal dari Sabah. Disebabkan minat membaca
sejak dari remaja lagi, saya mempunyai pelbagai koleksi novel ini
temasuklah karya Puan Sharifah. Selain minat membaca, saya juga
amat berminat dalam. bidang penulisan.
Pernah
mencuba nasib menghantar manuskip kepada editor Alaf 21, tapi disebabkan
panjang karya tersebur tidak mencukupi menyebabkan karya saya tidak
diterima. Walau bagaimana pun terima kasih atas komen dari editor
Alaf 21. (Itu merupakan hasil karya saya yang pertama) Buat masa
ini, dua manuskrip saya masih lagI dalam penilaian pihak Buku Prima
namun saya tidak mahu menaruh harapan ekoran status diri saya yang
bukan berbangsa Melayu untuk bertapak dalam bidang penulisan yang
rata-ratanya terdiri daripada penulis Melayu.
Sebagai sorang penulis yang sudah lama bergiat dalam bidang
penulisan, apakah pandangan Puan terhadap penulis bukan berbangsa
Melayu yang ingin menceburi bidang penulisan novel Melayu? Apakah
nasihat puan untuk saya menyusun langkah pertama dalam bidang ini?
Terima kasih kerana menulis ke ruangan ini. Semua orang layak untuk
menjadi penulis. Di Malaysia kita mempunyai penulis pelbagai bangsa.
Dr Lim Swee Tin, Lee Keok Chih. Uthaya Sankar, (menyebut beberapa
nama bukan Melayu), adalah contoh penulis bukan Melayu yang mampan
di negara ini. Kenapa tidak adik?
Apakah
bentuk cerita yang tidak menjejaskan unsur-unsur agama, bangsa dan
tempat mampu diterima oleh pihak penerbit dan pembaca? Contohnya
dalam penulisan saya, saya tidak pernah menjelaskan penekaan agama
seperti mana yang biasa ditulis oleh penulis Melayu yang menekan
aspek kehidupan orang Melayu dan ajaran islam. Tempat pula saya
sering mengambil seperti pekan R atau bandar K. Tapi ciri utama
masih lagi menekan kisah kehidupan dalam masyarat di Malaysia yang
masih kaya dengan budaya masyarakat timur.
Malaysia juga mempunyai rakyat pelbagai agama, bangsa dan suku kaum.
Tidak salah menekankan perihal agama, budaya dan adat istiadat kaum
lain di dalam novel. Malah tidak ada halangan jika dituliskan ritual
agama masing-masing atau menyebut nama tempat ibadat mereka. Apa
yang harus dielakkan ialah menghina, memburuk-burukkan dan mencemuh
adat, budaya dan agama lain-lain kaum itu, sehingga menimbulkan
kemarahan kepada kaum tertentu. Asalkan tidak ada unsur sedemikan,
adik boleh menuliskannya.
Baru-baru
ini lahir idea untuk menulis sebuah cerita mitos/legenda dalam kurun
kuno. Mampukah kisah yang lebih kepada khayalan atau fantasi seperti
ini diterbitkan dan diterima oleh lapisan pembaca?
Cerita legenda/mitos bukan cerita khayalan. Jika adik boleh menggarap
cerita tersebut dengan baik, sudah pasti ia disukai pembaca. Cuba
baca Ranggau dan Tombiruo oleh Ramlee Awang Murshid. Ia adalah contoh
yang baik.
|
sabrina
daniel
riuncomel@yahoo.com.my
BAGAIMANA
MENDAPAT ILHAM?
Assalammualaikum
kak, Saya ingin tahu tenteng novel terbaru akak. Bagaimana jalan
cerita dan bagaimana akak dapat ilham untuk hasilkan novel terbaru
ni? Saya Hani Sabrina dan
saya peminat akak.
Waalaikumsalam,
Terima kasih kerana menulis ke ruangan ini. Saya keliru soalan adik.
Novel terbaru yang mana? Biar Rindu Berlalu? Atau yang sedang disiapkan
sekarang? Saya jawab secara umum, ya? Sebenarnya dik, ilham tidak
datang begitu sahaja. Setiap novel yang saya tulis biasanya saya
rancang terlebih dahulu. Saya kena fikir tema yang akan dikemukakan
dalam setiap novel. Kemudian membuat kajian(research) dan mendalami
tema tersebut terlebih dahulu. Selepas itulah baru datang ilham
untuk memindahkan bahan-bahan kajian dan pemikiran ke dalam bentuk
novel. Kesimpulannya ilham datang melalui kajian dan persediaan
rapi. Menulis novel tidak cukup dengan berangan-angan sahaja…
ingat tu!
Jumpa lagi.
|
kemboja
rindu
desapagi@yahoo.com
INGIN
BELAJAR MENULIS CERPEN
Saya
ingin belajar menulis cerpen dan novel, boleh puan bagi contoh cara-caranya?
Cara seperti jarak tulisan dan jarak baris. Harap dapat tolong.
Terima kasih kerana menulis ke ruangan ini. Dari segi teknikalnya,
adik boleh berhubung dengan para editor ALAF 21 untuk berbincang
mengenainya. Jika ingin tips penulisan, boleh semak jawapan-jawapan
saya yang terdahulu. Terima kasih.
|
citra
maya
nazz_cadd28@yahoo.com
Saya
mempunyai beberapa kisah untuk diceritakan. Tapi, macam mana saya
mahu mulakan penceritaan tersebut? Macam mana ya, pauan untuk saya
memulakan cerita yang telah saya ciptakan ini? Adakah saya perlu
berjumpa dengan sesiapa yang berpengalaman atau bagaimana?
Ada
beberapa perkara yang saudari perlu ambil perhatian apabila ingin
bercerita mengenai kisah peribadi dan kehidupan sendiri.
1. Temuilah penulis atau penerbit yang saudari
percaya ia dapat menulis kisah saudari sebaik mungkin. Jangan sesekali
menyerahkan cerita dalam bentuk tulisan maupun rakaman kepada mereka
selagi saudari belum menemui mereka. Ini bagi mengelakkan penyalahgunaan
kisah tersebut.
2. Saudari
perlu menyediakan satu surat kebenaran untuk penulis atau penerbit
berkenaan menerbitkan cerita saudari. Nyatakan penerbitan tersbut
dalam bentuk apa (novel,drama,komik, dsb),bagi mengelakkan hakcipta
saudari disalahgunakan. Berbincang dulu dengan penulis/penerbit
dan kemudian sediakan surat berkenaan. Sediakan saksi sewaktu penyerahan
bahan cerita.
3. Cerita saudari hendaklah adil dan tidak mengandungi unsur fitnah.
Jika melibatkan pihak kedua, ketiga dan seterusnya, elakkan daripada
memburuk-burukkan pihak berkenaan untuk mengelakkan tindakan undang-undang
dari pihak berkenaan.
4. Jika saudari hendak menerbitkan kisah benar, dapatkan keizinan.persetujuan
dengan pihak kedua, ketiga dan seterusnya yang terlibat dalam cerita
ini nanti.
5. Jika saudari hendak cerita tersebut diterbitkan dalam bentuk
novel/drama/komik, elakkan daripada menggunakan nama sebenar orang
yang terlibat, dan ambil cerita sahaja tanpa melibatkan orang lain
yang terlibat dengan cara, mengubahsuai jalan cerita, lokasi, suasana
dan sebagainya.
6. Saudari
juga mesti berniat jujur ketika hendak menerbitkan cerita tersebut
iaitu untuk menjadi pengajaran kepada pembaca lain. Penerbitan tersebut
bukan bertujuan lepas geram, balas dendam atau yang seumpama dengannya.
|
ATHIRAH
HAMID
Akieru_girl90@yahoo.com.my
Saya peminat novel-novel Kak Pah. Untuk pengetahuan akak,
saya membaca novel sejak tingkatan 3 dan sekarang saya adalah pelajar
lepasan SPM 2007. Saya nak tanya pasal novel akak yang bertajuk BIAR
RINDU BERLALU. Saya nak tanya bila sambungan novel tersebut akan diterbitkan
dan apakah tajuk novel sambungan BIAR RINDU BERLALU.
Ini kerana perasaan ingin tahu saya membuak-buak nak tahu kisah di
antara watak yang saya gemar dalam novel tersebut iaitu Nasrul dan
Fatiha. Selepas membaca novel ini, otak saya tak henti-henti berfikir
tentang sambungannya. Saya harap akak dapat memak-lumkan kepada saya
apabila sambungan novel ini diterbitkan.
Terima kasih kerana menulis ke ruangan
ini. Terima kasih juga kerana membaca novel-novel saya dan juga
novel ALAF 21 yang lain. Untuk menjawab pertanyaan saudari, atas
permintaan ramai saya akan menyambung BIAR RINDU BERLALU, saya sedang
berbincang dengan pihak ALAF21 mengenainya. Kalau ada restu Alaf
21 BRB 2 akan menemui pembaca semua. Jika ia terbit nanti pasti
ALAF21 akan menghebahkan melalui laman web dan lain-lain saluran
promosinya. Saya juga berharap,jika ia disambung ia akan menjadi
lebih baik daripada novel-novel yang terdahulu! Hubungi saya melalui
email lebih mudah. Kalau mesej, bimbang tak sempat nak membalas.
Walaubagaimanapun terima kasih sekali lagi saya ucapkan.
|
Azlina
Haron
Gerik, Perak
azlin773@yahoo.com
1. Saya meminati penulisan kreatif khasnya genre novel dan
cerpen. Bagaimanakah cara untuk menghantar karya-karya sendiri dan
saluran mana yang patut saya gunakan.
2. Saya sangat meminati karya saudari
Sharifah, bagaimana nak dapatkan idea dan fakta supaya selari dan
tidak nampak bosan?
Terima kasih kerana menulis ke ruangan ini.Terima kasih kerana membaca
novel-novel saya. Untuk soalan 1 dan 2, saya telah berulangkali
menjawabnya dalam ruangan terdahulu; Sila semak untk mendapatkan
tips dan panduan yang diperlukan.
Bagaimana bahagikan masa antara menulis dengan urusan keluarga serta
kerja tetap.
Sebenarnya saya mementingkan disiplin dan kesungguhan dalam apa
juga yang saya lakukan. Soal membahagi masa memang penting kerana
saya terlibat dalam semua bidang penulisan dan penerbitan di samping
berstatus ibu dan juga isteri. Tapi,orang kata kalau hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih.Saya sentiasa menggunakan masa yang
ada sebaik-baiknya dan serius dalam apa juga perkara yang saya lakukan.
Saya juga memastikan apa yang saya menggunakan masa dnegan cara
yang paling berkualiti. Untuk menjadi penulis yang berjaya, pastikan
anda mempunyai disiplin yang tinggi dan komitmen yang tidak berbelah
bagi.
|
Alice
Kawen
lis_adengs165@yahoo.com.my
ADA
KESILAPAN DALAM TAK SEMANIS IMPIAN
Saya
merupakan salah seorang daripada peminat penulis Sharifah Abu Salem.
Saya paling meminati novel trilogi mimpi. Sebenarnya saya bukanlah
seorang yang suka mengkritik tulisan seseorang tapi saya rasa ia perlu kerana
saya amat sayangkan akak. Ada kecacatan sedikit dalam penulisan
novel Tak Semanis Impian, setahu saya Salmi tak tahu Badrul mencintai
Norjinah sehinggalah Shahrul memberitahunya ketika Salmi memaklumkan
yang Razif akan bernikah dengan Norjinah tetapi dalam sambungan
novel Tak Semanis Impian, Salmi dan Razif sama-sama mengacau Badrul
dan tahu yang Badrul mencintai Norjinah.
Mungkin
akak terlepas pandang hal ini tapi saya sudah membaca kesemua novel
ini berpuluh kali tanpa perasaan jemu. Hingga satu hari saya perasan
ada yang tidak kena. Saya harap akak dapat menyambung novel tersebut
secepat mungkin. Tak sabar nak tahu bagaimana kisah mengenai Norjinah,
Razif, Norseha, Badrul dan Shahrul. Saya harap kesinambungan cerita
tersebut akan lebih menarik. Nak bagi idea sikit, jangan la bagi
Shahrul mati tapi dia terus membuat konflik dengan menuntut anaknya
dari Badrul. Okey la, semoga akak terus sukses.
Terima kasih
kerana menulis ke ruangan ini. Terima kasih atas teguran anda.
Semoga teguran ini akan membuatkan saya lebih berhati-hati pada
masa akan datang.
|
suliey
yana
miss_shinkai@yahoo.com
BAGAIMANA
MEMILIH JUDUL NOVEL?
Bagaimana
puan menentu tajuk novel puan? Adakah puan membuat cerita terlebih
dahulu dan seterusnya menetapkan tajuk cerita atau menetapkan tajuk
cerita dahulu seterusnya membuat cerita?
Terima
kasih kerana menulis ke ruangan ini. Tidak rugi membaca novel-novel
ALAF21 kerana melaluinya anda boleh belajar bagaimana memilih judul
novel. Sila perhatikan judul-judul ALAF 21. Ia merupakan judul yang
mampu menarik minat pembaca novel. Judul novel merupakan perkara
paling penting kerana ia adalah perkara pertama yang akan menarik
pembaca.
Melalui pengalaman saya, saya mencadangkan beberapa judul kepada
penerbit
dan pemilihan akan dibincang bersama. Judul mestilah menggambarkan
keseluruhan
isi novel tersebut.
|
Iefah Syarmiera Abdullah
iefahsyarmieraabdullah@yahoo.com
INGIN
JADI NOVELIS
Saya
Nurul Syafiqah Abdullah. Nama pena saya adalah Iefah Syarmiera Abdullah.
Saya nak tanya, apa yang saya harus lakukan untuk merealisasikan
impian saya untuk menjadi seorang novelis? Setakat ini, saya telah
menulis sebuah novel, beberapa buah cerpen dan juga sajak. Ibu saya
Kamsiah Shaari memberi galakan serta dorongan. Begitu juga dengan
ahli keluarga yang lain. Kawan-kawan saya telah menjadi pengkritik
untuk karya saya.
Untuk
pengetahuan puan, saya kini berusia 16 tahun dan tahun hadapan akan
menduduki SPM. Saya harap, cita-cita saya akan tercapai demi menggembirakan
hati ibu yang sednag menghidapi angin ahmar sejak 7 tahun yang lalu.
Tolong bagi saya tunjuk ajar yang sepatutnya, ke mana seharusnya saya hantarkan
karya saya untuk dicetak.
Terima
kasih kerana menulis ke ruangan ini. Teruskan membaca semua novel
ALAF21. Kerana novel-novel ALAF21 adalah contoh novel terbaik untuk
anda memulakan langkah mengejar impian. Adik boleh menyemak jawapan-jawapan
saya mengenai persoalan yang sama, melalui soalan terdahulu. Tips
dan panduan sudah banyak saya berikan.Bagaimanapun impian adik,
kenalah dimulakan hari ini.
Orang kata, tanpa perkataan pertama,tidak akan ada perkataan seterusnya.
Selamat berjuang.
|
Anita Aziz
AAZIZ@maxis.com.my
Saya
nak bertanya tapi tak pasti. Cerita drama bersiri IRIS lakonan Rosyam
Nor & Rita tu hasil tulisan Kak Sharifah ke? Kalau ya, novelnya
ada tak? Cerita tu best sangat tapi kekadang saya terlepas tengok
sebab hal-hal tertentu. Jadi kerana tak mau ketinggalan cerita tu,
saya berhajat nak beli novelnya jika ada.
Terima
kasih kerana menulis ke ruangan ini. Teruskan membaca novel-novel
ALAF 21 dan terus menonton drama-drama Melayu di semua stesyen televisyen.
Memang benar IRIS adalah hasil skrip yang saya hasilkan. Masih belum
dibukukan dan kita sama-sama tunggu.
|
Nooraini Hamdan
annieaaadiee@yahoo.com
HARAP
BUKUKAN DRAMA IRIS
Assalamualaikum...
Saya amat meminati hasil karya puan . Untuk pengetahuan puan, saya
tidak pernah jemu mengikuti hasil karya puan baik novel ataupun
drama bersiri yang disiarkan melalui tv.Tahniah diucapkan atas penghasilan
novel Biar Rindu Berlalu.Saya ingin mencadangkan agar drama bersiri
IRIS yang telah ditayangkan dapat dibukukan pada masa akan datang.
Terima
kasih kerana menulis ke ruangan ini.Terima kasih kerana membaca
novel saya, menonton drama saya dan juga novel ALAF 21 lainnya.
Drama IRIS belum dibukukan. Bagaimanapun saya tunggu lampu hijau
ALAF 21 dan SUHANMOVIES untuk menerbitkan drama ini dalam bentuk
novel pada masa-masa akan datang. Saya difahamkan rating penonton
drama ini mencecah 5 juta penonton. Semoga ada kerjasama dua pihak
tersebut untuk tidak menghampakan peminat-peminat novel dan drama.
|
citra
maya
nazz_cadd28@yahoo.com
TIP PENULISAN
Saya
salah seorang yang meminati novel dan hasil-hasil karya seni. Salah
satunya dalam bidang penulisan. Saya dah cuba untuk menulis beberapa
buah cerita tapi tidak berapa konfiden. Saya menulis dengan suka-suka
kemudian meminati bidang ini. Persoalannya saya nak mendapatkan
tip yg betul-betul dalam bidang penulisan ni. Kalau boleh saya nak
minta banyak pendapat dari puan untuk membimbing saya dalam bidang
ini?
Terima
kasih kerana menulis ke ruangan ini. Untuk menjawab persoalan saudari,
bagi saya tip semata-mata tidak cukup menjadi bekalan menjadi seorang
penulis. Paling penting,selain bakat adalah kesungguhan dan disiplin.
Setiap orang tahu menulis, tetapi tidak semua orang boleh menjadi
penulis yang baik.
Untuk
permulaan, saya cadangkan saudari menulis cerita pendek terlebih
dahulu (cerpen). Novel dan cerpen mempunyai struktur yang sama.
Apa yang saudari perlukan adalah satu idea cerita yang konkrit dan
menarik. Pembinaan cerita samada cerpen atau novel juga sama. Perlu
diingat setiap pembaca ingin tahu tiga perkara iaitu permulaan cerita,
konflik dan penghujung (penamat cerita). Jika saudari berjaya menulis
sebuah cerpen dengan tiga elemen yang saya nyatakan, saudari boleh
menjadi penulis yang baik,Insyaallah.
|
zainal
zainal abidin
Cupertino,California
afza05@gmail.com
BIAR
RINDU BERLALU SEBUAH KISAH BENAR?
Saya
sekarang dipertengahan Biar Rindu Berlalu. Tak sabar rasanya untuk
tahu penghujung cerita. Terima kasih kepada seorang kawan yang menghulurkan
senaskah. Soalan saya seperti berikut:
Dari
mana Puan Sharifah mendapat ilham jalan cerita?
Rekaan semata atau sedikit sebanyak dari perjalanan hidup?
Untuk pengetahuan anda, Biar Rindu Berlalu merupakan cerita rekaan
semata-mata.Bagaimanapun sewaktu prose pengkaryaan, dimasukkan juga
pengalaman dan juga pemerhatian terhadap kehidupan insan di sekeliling
saya. Cerita ini tidak menyentuh kehidupan peribadi mana-mana pihak.
Ia adalah rekaan semata-mata.
Berapa
lama selalunya Puan siapkan sesebuah novel?
Untuk sesebuah novel, saya ambil masa antara dua hingga enam bulan.
Maklumlah tidak selalu idea datang mencurah. Sering ilham tidak
kunjung datang dalam beberapa keadaan. Itu masalah proses menulis.
Dari segi mengumpul cerita, menggarap konflik,menimbulkan watak
dan membuat kajian juga memakan masa.
Apakah
yang perlu untuk Puan memulakan penulisan sebuah novel?
Tentu sekali saya memerlukan satu idea/cerita yang saya rasa akan
menarik
pembaca untuk terus membacanya. Kemudian saya perlu menyusun plot,
konflik dan perwatakan agar cerita dapat berkembang dengan baik.
Selepas masak dalam fikiran, baru dipindahkan dalam bentuk tulisan.
|
MUHAMMAD
HILMI MADZAILI
mia_peace86@yahoo.com
UNSUR SEKS DALAM NOVEL
Assalamualaikum,
Saya mahu bertanya. Mungkin soalan ini sudah berulangkali diutarakan.
Sebagai individu yang mahu bertapak di dalam arena penulisan novel
ini, saya
ingin dapatkan nasihat puan mengenai intipati novel yang ingin saya
tulis.
Sebenarnya, saya sudah menghasilkan 3 buah novel. Tetapi, semua
novel
tersebut untuk tatapan peribadi, bukan dipaparkan.
Saya berpendapat, karya yang ditulis seharusnya dikongsi dengan
orang lain,
baharulah karya itu boleh dinilai samada ia baik atau sebaliknya.
Saya cadangkan
saudara menghantar karya-karya yang sudah dihasilkan kepada pihak
penerbit supaya mereka boleh menilai karya saudara. Walaupun bersifat
peribadi tetapi ia mungkin mempunyai nilainya yang tersendiri.
Cuma, kali ini, saya ingin
mengambil satu lagi langkah ke hadapan dengan memberanikan diri
untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan novelis-novelis
yang terkenal di Malaysia ini. Jadi, apakah pendapat puan sekiranya
intipati karya ini mengandungi unsur-unsur seks yang tidak keterlaluan?
Saya secara peribadi, saya berpendapat pembaca mempunyai pelbagai
tafsiran
mengenai apa yang kita tulis. Mereka mudah mentafsir sehingga hal
yang kita anggap ringan, terutama unsur seks dalam penulisan. Bercakap
mengenai karya saya, saya tidak pernah memasukkan unsur seks dalam
penulisan saya. Kalau setakat pegang tangan dan mengusap airmata
di pipi, memang ada saya selitkan.
Bagi saya karya yang bebas dari
unsur seks lebih diterima pembaca. Saudara
tanya pada diri, apa faedahnya unsur itu diselitkan? Kalau untuk
daya tarikan, banyak cara lain untuk mencari tarikan pada novel
saudara.
Apakah pula pendapat puan
sekiranya karya saya banyak menggunakan banyak dialog berbanding
dengan penggunaan kata-kata penceritaan?
Bahan penulisan berkaitan dengan bahasa dan gaya bahasa. Menggunakan
hanya dialog dalam novel merupakan salah satu gaya bahasa. Tetapi
bagi saya ia tidak cukup untuk mengindahkan gaya bahasa keseluruhannya.
Saya cadangkan, banyakkan juga unsur naratif/penceritaan berbanding
dialog semata-mata.
Apa yang sepatutnya saya
lakukan sekiranya saya selesai menulis karya saya? Bagaimanakah
caranya untuk saya memasarkan karya saya? Adakah bayaran diperlukan?
Saya harap, puan dapat membantu saya dalam usaha menerangkan semua
ini kepada saya. Terima kasih.
Selepas menulis, hubungi penerbit yang anda pilih untuk proses penerbitan
dan pemasaran karya saudara. Hubungi ALAF 21, misalnya untuk meralisasikan
hasrat saudara.
|
Angela
Engkuan
ela_alegna@yahoo.com
KAK
PAH MENULIS SETIAP HARI
Saya
minat membaca novel dan minat menulis. Sukacita kiranya puan dapat
kongsikan sedikit pengalaman untuk menulis sebuah novel dari awal
hingga siap. Apa yang kita perlu buat pada permulaannya? Adakah
puan menulis setiap hari?
Terima
kasih kerana menulis ke ruangan ini. Proses menulis novel memerlukan
masa yang panjang, kerana ia bukan faktor menulis semata-mata. Sebelum
menghasilkan karya, buat permulaannya setiap penulis harus melalui
proses mengumpul idea, memantapkan jalan cerita, membina plot dan
watak seterusnya melakukan kajian (research) untuk menguatkan lagi
isi cerita.
Setiap
penulis juga harus mencipta identiti penulisannya yang tersendiri.
Dalam perkara ini, gaya bahasa dan gaya penceritaan merupakan identiti
seseorang penulis. Apabila semua yang saya sebutkan tadi sudah dikenalpasti,
baharulah anda boleh memulakan penulisan tersebut. Saya memang menulis
setiap hari. Jarang sekali saya tidak menulis…itupun dalam
keadaan-keadaan tertentu. Saya menulis artikel untuk majalah, menulis
skrip drama radio & TV dan juga novel, menjadikan aktiviti penulisan
saya berterusan.
|
Mazlinda
Ramli
mazlinda.ramli@treasury.gov.my
BIAR
RINDU BERLALU BIARLAH BERSAMBUNG…
Semoga
Kak Pah sentiasa sihat dah ceria-ceria selalu hendaknya. Saya ialah
peminat novel-novel tulisan hasil karya Kak Pah sejak dari dulu
lagi dan setakat ni tak pernah lagi ketinggalan membaca kesemuanya.Baru-baru
ini, saya telah membaca novel "Biar Rindu Berlalu" hati
saya kuat mengatakan bahawa akan ada sambungannya novel ini. Betulkahagak-agaknya
tu ye, Kak Pah? Saya sebenarnya mengharapkan sangat agar ada sambungannya
kerana masih tiada kata putus hubungan antara Fatiha dan Nasrul.
Apapun saya mendoakan agar Kak Pah akan lebih sukses lagi pada masa
hadapan.
Alhamdulillah,
setakat ini masih dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan. Terima
kasih membaca BIAR RINDU BERLALU dan lain-lain novel saya. Sokongan
Mazlinda dan pembaca lain penguat semangat saya dan lain-lain penulis
novel untuk menghasilkan karya terbaik. Menjawab pertanyaan Mazlinda,
perancangan untuk menyambung novel berkenaan memang ada. Sekarang
sedang mengumpul idea. Ingin menerbitkannya secepat mungkin. Kalau
ada izin akan menemui pembaca dalam tahun ini juga.
|
rozidah
ramly
rozidah_ramly@yahoo.com
HARAP
SAMBUNGKAN TRILOGI ‘MIMPI’
Saya begitu meminati novel-novel karya daripada akak dan juga semua
penulis dari Alaf 21. Oleh sebab itulah saya nak cadangkan agar
akak menyambung novel TIADA LAGI MIMPI sebab saya rasa macam belum
ada kesudahannya. Saya harap agar akak mempertimbangkan cadangan
saya dan semua pembaca novel tersebut. Misalnya apa kesudahan penyakit
Syahrul, pergolakan rasa cinta Syarifah Yasmin terhadap Badrul dan
macam-macam lagi sebenarnya, Saya harap akak sambung ya?
DAN
azuka
akira
akiera_azuka@yahoo.com
Saya
ingin bertanya pada puan tentang sambungan cerita Razif dan Norjinah.
Adakah cerita TIADA LAGI MIMPI itu ada sambungnya? Dari apa yang
baca ketiga-tiga novel cerita kehidupan Razif dan Norjinah seperti
tiada penghujungnya. Bagi saya ada lagi kesenambungannya. Saya harap
puan dapat membuat sambungan cerita tersebut dan saya akan menunggu
kehadiran kehidupan Razif dan Norjinah seterusnya.
Terima
kasih atas kesudian membaca karya-karya saya. Cadangan
menerbitkan sambungan TIADA LAGI MIMPI memang banyak saya terima.
Memang tidak sanggup menghampakan harapan peminat Norjinah. Bagaimana
pun tunggu lampu hijau ALAF 21! Terima kasih kerana idea yang diberikan.
|
Jamal
Shafii
secret_receiver@yahoo.com
INGINKAN
TIP PENULISAN
Saya
amat berminat dengan penulisan novel. Saya kagum dengan penulisan
puan dan idea-idea puan. Saya amat berharap jika puan dapat memberikan
sedikit tip penulisan novel dengan cara yang betul. Saya sukar mengikuti
bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan memandangkan saya hanya
mempunyai masa lapang di waktu malam sahaja. Adakah untuk menghasilkan
penulisan manuskrip memerlukan jenis font dan jarak yang tertentu?
Perlukah ada syarat-syarat tertentu sebelum menghantar manuskrip?
Terima
kasih kerana menulis ke ruangan ini. Terima kasih kerana membaca
karya-karya saya. Terima kasih juga kerana bercita-cita menjadi
penulis, semoga kehadiran anda memeriahkan lagi dunia penulisan
novel. Bagaimanapun sebelum kemeriahan itu anda rasai, banyak perkara
perlu dipelajari. Semak jawapan kepada soalan di atas sedikit sebanyak
anda mendapat tip daripadanya.
Mengenai
perkara teknikal, setiap penulis harus mendapatkan nasihat daripada
pihak penerbit. Peraturan dan syarat tertakluk kepada apa yang digariskan
penerbit dan menjadi kewajiban untuk setiap penulis mengikutinya.
Sila berhubung dengan pihak pengurusan Alaf 21.
|
Nor
Azianti Marjuni
yan_timun@yahoo.com
PENGALAMAN ATAU IMAGINASI?
Saya
merupakan salah seorang pembaca novel puan. Bukan sahaja novel puan
malah drama-drama hasil skrip puan juga saya tonton. Saya berasakan
puan dapat menulis dengan baik. Saya nak tanya adakah kebanyakkan
skrip atau novel yang puan tulis berdasarkan pengalaman atau hanya
imaginasi semata-mata? Sekiranya itu hanya imaginasi sahaja, puan
memang hebat kerana mampu berimaginasi sejauh itu. Saya kagum dengan
hasil penulisan puan. Lagi satu, macam mana puan boleh libatkan
diri dalam bidang penulisan ni? Jika puan tak keberatan mungkin
puan boleh berkongsi rahsia kejayaan puan bersama saya.
Terima
kasih kerana menulis ke ruangan ini. Sebenarnya tidak ada rahsia
untuk berjaya. Saya mengamalkan disiplin yang tinggi dalam menghasilkan
karya. Saya juga amat meminati bidang ini dan merasakan bahawa berkarya
adalah satu tanggungjawab yang patut dilaksanakan dengan sempurna.
Kesempurnaan bagi saya ialah, apabila karya saya diterima pembaca
dan pembaca menerima manfaat daripadanya. Soal kepuasan, setiap
penulis pasti tidak pernah merasa puas dengan apa yang dihasilkan.
Kami ingin menghasilkan yang lebih baik,yang lebih baik dan yang
lebih baik setiap masa.
Karya
bermula daripada imaginasi. Memang betul, saya sentiasa berimaginasi
untuk menghasilkan satu jalan cerita yang menarik. Pengalaman saya
atau orang lain hanya digunakan untuk menyempurnakan imaginasi itu.
Tidak ada satupun karya saya berdasarkan kisah benar. Tetapi perwatakan
ada yang saya adaptasi daripada perwatakan seseorang. Ini untuk
mengelakkan perwatakan yang stereotaip dalam karya-karya kita.
Menulis
memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Saya tidak sedar bagaimana
mulanya saya melibatkan diri dalam penulisan. Tetapi semua kerana
minat. Saya menulis sejak berusia lapan atau sembilan tahun dan
karya saya mula tersiar di dalam radio dan majalah ketika saya berusia
14 tahun. Sejak itu saya
tidak pernah menoleh lagi ke belakang.
|
Beauty
and the beast
eleenda_ramadhani@yahoo.com
SEJAK
BILA MINAT MENULIS?
Assalamualaikum
Kak Sharifah. Nak tanya, dari mana timbul minat akak dalam bidang
penulisan dan macam mana akak boleh terlibat dalam bidang penulisan?
Untuk pengetahuan, novel akak yang saya telah baca semuanya best-best
belaka. Tahniah! Teruskan usaha akak dalam bidang penulisan.I wish
good luck for you.
Waalaikumussalam
dan terima kasih kerana menulis ke ruangan ini. Terima kasih juga
kerana membaca semua karya-karya saya. Sokongan anda amat saya hargai.
Jawapan
daripada pertanyaan , sudah diberikan kepada soalan di atas. Cuma
untuk menambah, minat menulis mungkin kerana bapa saya juga seorang
penulis. Bapa saya guru agama, selalu menulis makalah dan artikel
agama untuk bahan-bahan pengajaran atau ceramahnya. Melihat allahyarham
menaip setiap malam, hati tertanya apa yang dilakukannya. Timbul
minat membuat karangan seperti yang dilakukannya. Namun, imaginasi
saya menjangkau kepada hal-hal bercerita berbanding beliau yang
lebih kepada penyampaian ilmu agama. Apapun saya bersyukur kerana
dikurniakan minat dan
bakat ini. Alhamdulillah.
|
wilson
william
tumpung_gison@yahoo.com
CERITA
CADANGAN
Adakah
novel yang mengisahkan tentang pasangan hidup yang ditakdirkan bertemu
dan bercinta kerana terlanjur dan pada masa itu hati budi belum
diselami lagi dan timbul pelbagai masalah. Timbullah percintaan
dengan orang lain yang juga merupakan tunangan orang walhal saudara
yang baru dikenali. kedua-duanya terhimpit dengan masalah yang
sama.
Terima
kasih kerana menulis ke ruangan ini. Dalam konteks saya, saya belum
pernah menulis cerita yang sedemikian. Malah daripada pembacaan
atau menonton drama dan filem, saya juga belum pernah menemuinya.
Tetapi, konflik di antaranya sering saya temui. Bagus juga idea
tu…Insyaallah kalau ada izin bolehlah difikir-fikirkan untuk
mengembangkan idea anda itu.
|
iffni suraya kamaruddin
Ampang, Selangor
iskay90@yahoo.com
Dan
sue ila
via_sue@yahoo.com.my
Bagaimana
saya nak memulakan penulisan?
Apa yang saya perlu buat terlebih dahulu?
Ke manakah hasil karya saya hendak dihantar?
Terima
kasih kerana menulis ke ruangan ini. Sebenarnya proses untuk memulakan
penulisan, berlaku sebelum adik menuliskan ayat pertama! Maknanya
sebelum menulis adalah penting jika adik mengetahui beberapa perkara
untuk menjadikan penulisan benar-benar menepati kehendak adik sendiri
ataupun pihak penerbit.
Sebagai
contoh untuk menulis novel misalnya, tidak cukup hanya dengan cerita
apa yang hendak ditulis semata-mata. Sebuah novel tentu sahaja memerlukan
sebuah cerita yang menarik, atau plot utama, plot sampingan, konflik
utama dan juga konflik-konflik sampingan. Setiap plot dan konflik
ini pula sudah semestinya ditimbulkan oleh watak-watak yang digarap
dengan baik. Setiap watak mewakili satu plot dan setiap watak ada
konflik dan plotnya yang tersendiri. Sering berlaku, penulis tidak
mampu meneruskan bahan penulisannya apabila sampai ke separuh jalan.
Ini
menunjukkan si penulis tidak membuat persediaan sebelum memulakan
penulisan. Secara ringkasnya, apa yang boleh saya katakan adalah
~ sebelum menulis pastikan adik sudah menyusun plot cerita dengan
baik, mengenalpasti setiap watak yang hendak dituliskan dengan terperinci
dan mempunyai akhiran cerita yang munasabah .
Apabila sebuah karya baik dihasilkan, adik tidak akan menghadapi
masalah untuk mencari penerbitnya. Selamat berjaya!
|
Nor
Liza Abd Aziz
nor.liza@time.com.my
Semasa cuti sakit yang lepas, saya mengikuti drama bersiri
yang sedang ditayangkan di RTM 1 setiap hari Isnin – Jumaat
jam 11:00 pagi yag bertajuk TIDAK PERNAH KUSESALI. Malangnya saya
tidak dapat mengikutinya sekarang disebabkan terpaksa bekerja semula.
Sudahkah siri itu dibukukan? Jika sudah, bagaimana saya boleh mendapatkannya?
Jika belum, adakah perancangan untuk membukukannya dan bila? Adakah
cara bagaimana saya dapat mengikuti siri tersebut samada dlm bentuk
CD atau sebagainya. Bolehkah saya menghubungi Sharifah Abu Salem
secara peribadi?
Terima kasih kerana menulis ke ruangan ini. Untuk pengetahuan adik,
drama tersebut tidak pernah dibukukan dan perancangan ke arah itu
masih belum ada. Untuk mendapatkan CD, sila hubungi stesen penyiaran
berkenaan. Kemungkinan stesen berkenaan akan menerbitkannya dalam
bentuk CD dan menjual kepada umum. Untuk menghubungi saya ,gunakan
email: sharifah_abusalem@yahoo.com
|
DYG
MERIA ABEE
Kuching, Sarawak
dairem73@yahoo.com.my
Saya
nak tanya, boleh tak kak Pah buatkan novel menceritakan kisah sebenar
kehidupan saya, dari awal perkahwinan saya sehingga saya menjadi
ibu tunggal. Sekarang ini saya masih lagi dalam edah.
Insya-ALLAH!
Nak janji tak bolehlah..tetapi kalau adik boleh e-mEl akak dan beritahu
bagaimana kisahnya, mungkin boleh dipertimbangkan. Semoga tabah
menempuhi dugaan ini!
|
Ainminro
hjomar@tm.net.my
dan
aniesa
nurani
aniesanurani@yahoo.com
Novel
BIAR RINDU BERLALU akan ada penyambung tak?
Terima
kasih kerana menulis ke ruangan ini. Setakat hari ini, belum dipastikan
samada ia akan disambung atau tidak,sebab akak sedang memikirkan
sambungannya.Sabarlah ya! Sebarang perkembangan akan diwar-warkan
dalam laman web ini!
|
diela
azmi
dielaz_purple89@yahoo.com.my
Adakah
sukar untuk menulis novel atau mengadaptasikan novel menjadi drama?
Antara kedua-duanya yang manakah lebih sukar?
Terima
kasih kerana menulis dalam ruangan ini. Bagi akak dua-dua adalah
pekerjaan yang sukar, memerlukan komitmen yang tinggi dan mesti
mempunyai tahap kesabaran yang luar biasa! Mengadaptasi skrip ke
novel lebih susah kerana sebagai penulis kita terpaksa mengembangkan
cerita dalam skrip melalui olahan bahasa dan susunan plot yang mesti
lebih kemas dan tersusun. Walaupun ceritanya sama, tetapi audien
terpaksa menghayatinya dalam keadaan yang berbeza.
Dalam
drama, penonton boleh melihat gerak laku dan pengucapan watak melalui
pelakon-pelakon,tetapi dalam novel semuanya mesti `dipertontonkan’
dalam bentuk penulisan! Bayangkan untuk memindahkan satu babak dalam
drama penulis memerlukan sekurang-kurangnya satu muka surat penuh
untuk menyampaikan perkara yang sama ke dalam novel! Tetapi,ini
semua cabaran bagi akak dan akak suka melakukannya!
Jumpa lagi!
|
has
nuni
hasnunihr@yahoo.com
Apa
kata puan karang sebuah novel di mana jalan ceritanya, ‘seorang
ayah mengahwini anak luar nikahnya? Saya tahu masyarakat Malaysia
sukar menerimanya. Tapi puan boleh merujuk kepada pakar agama untuk
mengesahkannya. Sekadar memberi cadangan.
Hmm,
insya-ALLAH, bagus juga cadangan tu! Mudah-mudahan akan terhasil
satu novel dengan berpandukan idea anda!
|
yana
yana
yana_krul@yahoo.com
Bagaimana
puan boleh melibatkan diri dalam dunia penulisan dan bagaimana puan
membahagikan masa antara menulis dan menguruskan hal-hal yang lain?
Saya bukan sekadar minat membaca novel malah turut minat untuk menulis
sebuah novel. Masalahnya di sini saya ingin bertanya kepada puan
bagaimana persediaan untuk menjadi seorang penulis novel? Dan bagaimana
saya ingin menghantar hasil karya saya kepada pihak terbitan sebagai
langkah permulaan?
Assalamualaikum
dan terima kasih kerana menulis ke ruangan ini. Soal membahagikan
masa, sebenarnya akak sentiasa ada masa untuk menulis. Begitupun
kebijaksanaan mencari ruang di celah-celah kesibukan yang lain-lain
dan bagaimana memanfaatkan ruang masa itu, sangat penting bagi seorang
penulis. Duapuluh empat jam yang ALLAH peruntukkan sehari untuk
kita sebenarnya cukup untuk kita bekerja,berehat dan melakukan hal
yang lain-lain.
Bagi
akak, menulis adalah pekerjaan dan kerjaya sepanjang hayat.
Jadi, tumpuan kepada perkara ini melebihi kepada hal-hal yang lain
selepas mengutamakan tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan juga
pekerja. Insya-ALLAH apa yang akak lakukan sekarang, sangat teratur
dan melancarkan proses berkarya akak.
Untuk
soalan kedua, sila rujuk kepada jawapan di atas. Di situ ada tips
yang akan berikan untuk calon novelis/penulis semua. Selamat maju
jaya!
|
AyA
SoFeA
sharr_as@yahoo.com
Terlebih
dahulu saya ingin sekalung tahniah di atas penglibatan Kak Pah di
arena penulisan. Saya ingin menanyakan Kak Pah beberapa soalan:
Boleh Kak Pah terangkan bagaimana hendak menulis skrip? Apakah tip-tip
yg boleh dikongsi? Setakat ini saya lihat penulisan skrip Kak Pah
terlalu baik. Apa rahsianya?
Terima kasih kerana mengemukakan soalan ke ruangan ini. Terima kasih
jua di atas sokongan yang diberikan kepada karya-karya akak. Untuk
menjawab soalan Aya, sebenarnya tiada rahsia kejayaan yang boleh
dikongsi sebab akak adalah penulis yang biasa-biasa aje. Dalam berkarya
akak sentiasa mementingkan disiplin dan sentiasa belajar dan terus
belajar. Mungkin itu yang menjadikan karya akak diterima. Akak juga
sentiasa memikirkan apakah manfaat yang pembaca perolehi pada setiap
karya akak.
Dalam
penulisan skrip drama pula, akak berpendapat kejayaan drama yang
akak hasilkan bukan sekadar bergantung kepada skrip. Sebaliknya
kreativiti pengarah dan penghayatan pelakon banyak membantu. Sebagaimana
novel, skrip juga memerlukan idea. Jalan cerita yang hendak disampaikan
adalah idea yang paling penting. Cuma di antara keduanya, teknik
penulisan sahaja yang berbeza. Sukar hendak dijelaskan di sini.
Bagaimana
pun, Aya harus mempelajari teknik penulisan skrip itu terlebih dahulu.
Bagi akak, skrip lebih rumit kerana melibatkan istilah teknikal.
Antara istilah yang akak maksudkan ialah istilah seperti pan, shot-on,
zoom-in, fade-out dan sebagainya. Akak cadangkan Aya terus tulis
cerita pendek dahulu untukmemahirkan pembinaan plot, sub-plot dan
perwatakan di dalam cerita. Bila sudah ada kemahiran, barulah Aya
boleh melangkah untuk menulis novel dan penulisan skrip drama pula.
Ada apa-apa jalan yang membolehkan saya berhubung dengan
Kak Pah secara dekat? Secara ikhlasnya, saya ada banyak idea untuk
menulis, namun saya tak tahu bagaimana mahu meluahkannya dalam bentuk
penulisan. Saya harap Kak Pah sudilah bantu dan membimbing saya.
Aya boleh terus berhubung melalui emel akak di
sharifah_abusalem@yahoo.com
|
nadirah
zainal abidin eyra
pisces_sagit8488@yahoo.co.uk
Bolehkah puan memberi kepada saya tip bagaimanakah untuk
memulakan hasil karya yang terbaik?
Sebenarnya banyak panduan yang boleh digunakan untuk memulakan karya.
Akak cadangkan Nadirah membaca sebanyak mungkin karya kreatif dalam
pelbagai genre dan dalam pelbagai kategori seperti umum, remaja,
thriller dan sabagainya. Kemu-dian Nadirah boleh mensasarkan apakah
bentuk karya yang akan dihasilkan. Ini lebih mudah untuk Nadirah
fokus hanya kepada sesuatu bidang sebelum cukup pengalaman untuk
menekuni yang lain.
Dan
bagaimanakah cara saya ingin memulakan hasil karya tersebut? Maklumlah
puan saya baru sahaja ingin berjinak-jinak di dalam dunia penulisan
novel ini.
Cuba baca karya remaja kerana temanya lebih ringan. Berkarya adalah
satu proses yang panjang. Jangan terus mengharapkan karya yang pertama
adalah yag terbaik kerana yang terbaik akan lahir selepas Nadirah
berkarya dan ada pengalaman yang cukup. Jadi jangan putus asa jika
karya yang pertama tidak sebaik seperti yang diharapkan.
|
Nosam
Nogen
nosamng@yahoo.com.my
Pertanyaan
saya, kenapa akak tak cuba buat drama atau filem dari novel TAK
SEINDAH MIMPI dan dari sambungan novel itu sekali saya pasti ia
bakal menggegarkan panggung wayang atau stesen TV. Novel akak memang
cukup menarik. Saya baca ulang-ulang pun tak bosan sampaikan saya
selalu terbayang-bayang watak Norjinah sampai orang rumah pening
kepala tengok koleksi novel dan majalah saya yang dah macam kedai
buku pula. Semoga akak sentiasa menjadi penulis yang tiada tandingannya.
Terima
kasih kerana menulis ke ruangan ini dan terima kasih atas sokongan
kepada karya-karya akak. Memang akak akui TAK SEINDAH MIMPI masih
diperkatakan sehingga kini. Insya-ALLAH kaalu ada rezeki, TRILOGI
MIMPI akan ke udara dalam bentuk drama bersiri. Nantikan kemunculannya.
|
ISMADI ISMAIL
ismadies77@yahoo.com
Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kat Kak Sha atas novel
terbaru akak. Sebenarnya kak, saya nak tanya bila lagi akak nak
sambung novel akak yang bertajuk TAK SEINDAH MIMPI, TAK SEMANIS
IMPIAN, TIADA LAGI MIMPI. Takkan lah tak ada sambungan cerita tu?
Tak sabar rasanya nak tahu cerita selanjutnya. Kalau boleh akak
cepat-cepatlah buat sambungan cerita tu. Saya rasa ramai yang nak
tahu cerita selanjutnya.
Akak
akan menimbangkan cadangan tersebut. Sekarang ini akak tengah menggarap
idea bagaimana hendak menyambung novel itu. Kalau ada idea, lontar-lontarkanlah.
Terima kasih kerana mengkuti perkembangan karya-karya akak. Sokongan
Ismadi dan pembaca semua menjadi pendorong untuk akak melahirkan
karya yang lebih bermutu pada masa-masa akan datang.
|
zarin
balqis
zarinbalqis@yahoo.com
Saya
ada menulis beberapa buah cerpen dan pernah tersiar di Bacaria dan
juga Mingguan Wanita. Saya juga berminat untuk menulis novel, dan
ada banyak juga idea yang datang, tetapi masalahnya saya seringkali
tidak dapat menyiapkan novel kerana tidak dapat menulis dengan konsisten.
Soalan saya
1) Bagaimanakah caranya untuk menjadi seorang penulis novel yang
berjaya.
2) Apakah syarat-syarat atau kriteria yang diperlukan untuk menjadi
seorang penulis novel yang berjaya?
3) Memohon kiranya sudi Puan memberikan sedikit tips dan petua untuk
menjadi seorang novelis yang berjaya.
Akak
sudahpun memberikan jawapan kepada soalan yang hampir serupa di
atas. Namun sekali lagi akak ingin mengingatkan, disiplin adalah
penting untuk mencapai kejayaan. Sesungguhnya kejayaan tidak begit | | |