Walaupun siri SJ Jawab dengan novelis Ramlee Awang Murshid telah lama
tamat, namun kami masih menerima soalan-soalan dari anda. Agar tidak mengecewakan, kami paparkan jua soaljawab ini untuk anda para pelawat
ke laman kami.


aziana minhad
bon_qutebeck@yahoo.com

BAGAIMANA ANDA MENGHAYATI WATAK WANITA?

Saya minat giler dgn karya abang Ramlee. Sumua mencabar otak saya untuk
berfikir. Saya paling minat dengan Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Paling
kagum dengan watak Laksamana Sunan yang teguh iman dan tabah menghadapi dugaan. Saya tersentuh dengan bait-bait kata Laksamana Sunan kepada Haryani
dan Ratna. Saya suka cara abang Ramlee mengupas perasaan wanita. Bagaimana Abang Ramlee menghayati watak wanita sedangkan abang Ramlee lelaki?

Saya banyak sekali merujuk pada isteri mengenai perasaan wanita. Selalu saya tanya jika lelaki berbuat begini, bagaimana reaksi wanita, dan seterusnya…

Kenapa pilih genre thriller bukan cinta?
Penulis cinta dah ramai. Thriller boleh dibilang.

Dari mana dapat ilham utk hasilkan karya thriller yang perlukan banyak research?
Pertama ~ doa, kemudian banyak membaca apa sahaja. Tapi banyak yang ada isi ilmiah.
Novel pilihan pun yang serius-serius.

Siapa idola dlm bdg penulisan?
Usman Awang. Stephen King. Juga John Grisham


takeshi ujyo
ilham_sutera@yahoo.co.uk

KENAPA SUKA GUNA WATAK ANAK YATIM?

Kenapa abang Ramlee suka menggunakan watak anak yatim dalam
cerita-cerita abang?

Pertama, saya mengikut nasihat Rasulullah s.a.w agar menyayangi anak yatim. Ini semakin saya rasai bila ibu saya sudah tiada. Saya juga ingin menyebarluas perasaan, selain menyayangi anak sendiri, sayangilah anak yatim. Inilah dakwah yang saya cuba sisipkan.

Bila sambungan Cinta Sang Ratu nak keluar?
Insya-ALLAH selepas Ungu Karmila.

Saya ni tak banyak nak tanya, cuma apa yang saya dapat huraikan ialah, you
selalu selitkan pasal keagaamaan dalam setiap novel. It’s good for readers.dan semua cerita Abang Ramlee ni banyak pengajarannya.

Alhamdulilah, terima kasih.

suriati


zatul bazamah lazim zatul
zbl_87@yahoo.com

TERPIKAT DENGAN RAHSIA PERINDU

Saya merupakan salah seorang daripada peminat novel hasil karya Ramlee Awang Murshid. Hanya 2 novel yang saya masih tak kesempatan untuk membacanya iaitu Ranggau dan Cinta Sang Ratu. Tapi saya akan pastikan akan mendapatkannya.
Dalam banyak-banyak novel terbitan saudara, saya lebih teruja dengan novel RAHSIA PERINDU. Saya ingin bertanya, mengapakah tidak ramai penulis yang berani utk menghasilkan novel thriller di negara kita berbanding di luar negara dan apakah yang mendorong saudara untuk menghasilkan.
Sukar saya nak jawab soalan saudara. Beginilah… sebenarnya tulisan saya di dalam genre thriller adalah hasil motivasi Alaf 21 kepada saya ketika awal-awal saya menulis di Alaf 21 lagi. Alhamdulilah, kini saya lebih berani menulis thriller.


mazlini omar
mazmalaysia@yahoo.com.my

APA DIA SEBELUM TOMBIRUO?

Kenapa di dalam novel Tombiruo, Wan Suraya dan Amiruddin tak kahwin? Kenapa dalam cerita Semangat Hutan, Amiruddin meninggal? Saya betul-betul punya menangis bila Amiruddin meninggal. Tambahan pula masa Amirul cakap ‘dulu umi tinggalkan Ami. Sekarang ayah pula tinggalkan Ami’ pada Wan Suraya. Masa Amirul nangis pun saya hamper-hampir nak nangis tapi nasib baiklah tak lebat. Kenapa dalam Tombiruo Terakhir, Wan Suraya kahwin dengan Tan Sri Nasir? Saya paling tak suka watak Tan Sri Nasir tu! Bongkak tak habis-habis!
Itu namanya unsur-unsur dramatik di dalam novel. Kalau tiada, hambar.

Kenapa Wan Suraya tak kahwin aje dengan Ejim? Kan muka Ejim dah macam muka Amiruddin bila pembedahan selesai?
Walaupun muka Ejim macam muka Amiruddin, tetapi Wan Suraya memang tidak dapat menerima Ejim. Ini soal hati.


Kenapa Abang Ramlee tak sambung cerita Mandatori? Pada saya, cerita tu best sangat walaupun ending dia Norman tak kahwin dengan Juliana. Watak yang Abang Ramlee cerai-beraikan macam Bogart, Norman, Amran dan Carlos betul-betul membuatkan otak saya ligat berfikir. Pada saya, itulah novel thriller Abang Ramlee yang paling best! Cayalah!
Mandatori tak akan disambung. Tapi, konsep yang sama juga saya buat dalam Rahsia Perindu. Saya tak sambung Mandatori kerana dikhuatiri teknik garapannya sudah dapat diagak dan tidak akan menyeronokkan pembaca pula.

Abang Ramlee ada jawab dalam salah satu soalan dalam siri ini. Abang Ramlee kata, Tombiruo tu mungkin disambung dalam bentuk pre-quel iaitu kisah sebelum Tombiruo. Adakah watak Wan Suraya ada dalam novel itu?
Sukar nak penuhi cadangan saudari kerana mengikut urutannya, Wan Suraya mungkin masih bersekolah ketika itu. Bagaimana pun watak utama novel pre-quel itu ialah Ejim, Salina dan Amiruddin.

Abang Ramlee ada cakap yang Abg Ramlee menangis masa mengarang Satu Janji dalam salah satu jawapan dalam siri ini. Kenapa Abg Ramlee menangis? Terfikirkan perangai Luqman yang tak pernah marah orang ke?
Saya bukan setakat menangis, malah ada ketikanya marah, bila dalam beberapa situasi, penghayatan watak dan situasinya sampai. Malah di dalam Rahsia Perindu, rasa seram itu timbul kerana

Kenapa hasil karya Abang Ramlee yang sebelum ni seperti Igauan Maut dan Pei Pan tak diterbitkan di Alaf 21?
Pei Pan ditulis untuk menyertai sayembara. Igauan Maut pula ditulis sebelum Alaf 21 wujud lagi.


Mazlan Noor Hafizah
princess_world92@yahoo.com


BOLEHKAH SESEORANG ITU BERADA DI ZAMAN LAIN?

Betulkah apa yang dilalui Haryani semasa komanya iaitu pergi ke zaman belakang, seolah-olah dia memang berada di zaman itu?
Itu rekaan semata-mata.

Betulkah orang yang koma boleh dengar apa yang orang katakan kepadanya?
Boleh. Ini berdasarkan pengalaman seorang kenalan dan juga seorang saudara terdekat saya. Mereka berkata, ketika koma, mereka boleh mendengar apa yang diperkata oleh orang di sekeliling, tetapi tidak berupaya memberi respons. Melalui rujukan dari buku-buku pun saya menemui bukti-bukti yang serupa.

Dan saya rasa pelik juga bolehkah semasa koma tersebut kita boleh menjumpai orang yang sebelum ini kita tak pernah jumpa?
Ha, ha. Yang ini tiada hujah. Ia hanya rekaan dan fantasi saya semata-mata.

Betulkah ada percakapan melalui telepati, kerana di dalam novel ini Laksamana Sunan berbicara dengan tok gurunya melalui cara ini.
Ada. Memang wujud. Saya pernah berbincang dgn seorang pakar motivasi yang mengatakan perhubungan minda ini memang wujud. Malah, kita boleh baca mengenai Manusia yang boleh membengkokkan sudu hanya dengan merenungnya.


wan nur solehah wan norhaidi
all_sasic@yahoo.com

TAK PUAS HATI SANG RATU MENINGGAL

Saya ikuti novel Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Saya tertanya-tanya kenapa Ramlee memilih watak Sang Ratu untuk meninggal pada akhir cerita lebih-lebih lagi tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Laksamana Sunan? Saya amat teruja dengan jalan ceritanya yang membuktikan bahawa sememangnya Ramlee mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan dapat memuaskan citarasa para pembaca. Saya mengakui amat sedih ketika Ratna meninggal di saat beliau baru pulih daripada sihir Maharani. Tetapi ternyata Ramlee bijak dalam menyatakan cinta sememangnya fitrah manusia. Namun cinta yang teragung adalah cinta kepada Pencipta. Namun,saya masih tertanya-tanya kenapa Sang Ratu meninggal?
Bagi saya kematian itu adalah ujian iman Laksamana Sunan. Pada masa yang sama, saya ingin menunjukkan bahawa sejahat-jahat manusia, bila hidayah dari ALLAH mendatang, maka ALLAH juga yang menerima taubat nasuha hamba-NYA.


Imran Ramli
bloody_warrior101@yahoo.com.my

PERCEPATKAN SAMBUNGAN CINTA SANG RATU

Saya berharap agar saudara dapat mempercepatkan sambungan Cinta Sang Ratu kerana saya tidak sabar-sabar untuk membacanya.

Hijab Sang Pencinta sedang dalam proses penulisan. Kini saya sedang menyiapkan Ungu Karmila. Bersabarlah.


ammira azmi
myra_miracle18@yahoo.com

CINTA SANG RATU SUNGGUH MENGAGUMKAN

Saya baru membaca karya terbaru anda, Cinta Sang Ratu. Hasilnya sungguh mengagumkan. Tahniah untuk anda atas hasil karya yang bukan sekadar memberi hiburan semata-mata, malah penuh dengan pengajaran untuk renungan bersama. Harap dapat membaca sambungannya secepat mungkin! Bila pula terbitnya Ungu Karmila?
Ungu Karmila akan dihantar ke Alaf 21 pada tahun ini, insyaAllah. Bagaimana pun bila terbitnya bergantung kepada pihak Alaf 21.


asma niza
rasya_liyana@yahoo.com.my

RAMLEE MENULIS DUA NOVEL SETAHUN?

Saya merupakan salah seorang peminat novel saudara Ramlee sejak diperkenalkan oleh rakan dengan Tombiruo. Sejak dari itu, novel saudara sudah menjadi kemestian bagi saya untuk memilikinya. Bermula dengan Tombiruo sehinggalah Cinta Sang Ratu sudah menjadi koleksi saya sendiri.

Apakah rahsia saudara sehinggakan mampu menggetarkan perasaan para pembaca di samping dapat memancing pembaca untuk terus mengikuti cerita selanjutnya secara berterusan?

Pertama doa. Kedua, konsep komunikasi & psikologi. Ketiga, sentiasa berfikir ke arah karya saya itu. Bila saya sentiasa berfikirkan karya, maka saya akan menghayatinya. Bila penghayatan saya sampai, pembaca akan turut terasa.

Saya dapati Bagaikan Puteri sangat menarik untuk dijadikan sebuah filem epik yang diminati ramai. Adakah saudara berhajat memfilemkannya?
Berhajat. Kalau ada penerbit, apa salahnya? Tapi bajetnya mahal.


Saya dapat rasakan Bagaikan Puteri begitu dekat di hati saya sehinggakan saya sendiri berasa cemburu apabila Laksamana Sunan bernikah dengan Ratu Sulaman sepertimana Haryani merasainya dalam Cinta Sang Ratu. Ingin sekali saya melihat pertemuan semula Laksamana Sunan dengan Haryani. Adakah itu akan berlaku?

Akan berlaku.

Bolehkah saudara menghasilkan dua novel dalam setahun? Rasanya tak sabar nak menunggu karya seterusnya dari saudara tahun depan.

Saya akan berusaha ke arah itu. Tetapi bejat jugalah nak menyiapkan karya.


wardah ann
ann_wardah@yahoo.com

TAK NAK! TAK NAK! TAK NAK!

Saya nak komen sikit pasal novel Cinta Sang Ratu.
Kenapa Ratna kena mati dalam cerita tu? Saya kecewa sangat. Mungkin ramai yang mengharapkan agar Haryani dapat bersama dengan Sunan. Tapi, saya tak nak! Tak nak! Saya nak Sunan dengan Ratna jugak! Biarlah Haryani bersama dengan Dani. Mungkin satu hari nanti hati Haryani terbuka untuk menerima Dani. Dah memang hakikatnya mereka terpisah oleh masa. Kalaulah, Sang Ratu boleh hidup semula saya harapkan sangat. Tapi Ramlee dah kuburkan dia pulak kat Pulau Utara. Boleh tak wujudkan watak yang seolah-olah Sang Ratu?

Laksamana Sunan mungkin akan bertemu lagi dengan Haryani. Namun untuk menghidupkan kembali Ratu Sulaman akan bercanggah dengan jalan cerita. Bagaimana pun, saya akan fikirkan cadangan saudari.

Kat hostel saya, tak ada sorang pun yang minat kat novel Ramlee sebab mereka tak pernah cuba untuk membacanya. Tapi itu dulu... Tapi kini, semua tunggu giliran nak pinjam novel Ramlee. He, he... novel Ramlee memang best! Saya tak pernah jumpa novel yang macam tu. Gaya penulisan amat berbeza dengan penulis yang lain. Apa pun SYABAS dengan penghasilan novel Ramlee. Memang tak menghampakan.
Terima kasih, Wardah. Kirim salam saya kepada keluarga dan juga kawan-kawan. Komen saudari adalah sokongan bagi meningkatkan kualiti pengkaryaan saya.


Faizal Wan
wanfaizal83@yahoo.com

KENAPA RATU SULAMAN MATI?

Pertama kali membaca novel saudara Ramlee adalah pada 2 tahun lepas. Saya bukanlah seorang peminat novel pada mulanya. Namun apabila diperkenalkan oleh seorang kenalan mengenai karya saudara, langsung saya meminati karya saudara kerana bagi saya, karya saudara memang lain dari yang lain. Dan, Cinta Sang Ratu melengkapkan lagi keunikan saudara dalam berkarya. Tahniah diucapkan.

Tiada persoalan yang ingin ditanya, cuma saya rasa terkilan kerana watak Ratu Sulaman dimatikan dalam Cinta Sang Ratu. Sungguh sayang sekali.
Saya saya lebih banyak bersandar pada realiti. Antaranya mengenai kematian yang sudah menjadi pengakhir kehidupan. Keindahan dan keseronokan yang berterusan di dalam karya saya memang jarang dapat saya garapkan kerana saya ‘tak pandai’ melakukannya.


hilmiyah taib
nailofar1605@yahoo.com

BAGAIMANA MENDAPAT ILHAM?

Ooo, hanya mitos ke? Syabas kepada tuan kerana menggarap cerita tu dengan baik sekali sehingga saya merasakan kampung itu benar-benar wujud. Bagaimanakah caranya tuan mendapat ilham?
Yang penting kena banyak doa. Faham secara asas bahawa empunya ilham tu adalah ALLAH s.w.t. Minta kpdNYA.


nur hidayah
eda_ya92@yahoo.com

BILA RAMLEE AWANG MURSHID MENANGIS

Jeng, jeng, jeng... bila agaknya novel Bagaikan Puteri 3 akan keluar?
Pada tahun 2008, insya-ALLAH.

Jangan-jangan ada kesinambungan yang ke 4 dan ke 5. BIAR BETUL!
Moga-moga abang akan sentiasa mendapat ilham utk menghasilkan karya-karya yang terbaik, insya-ALLAH.

Bagaikan Puteri hanya ada tiga episod sahaja. Hijab Sang Pencinta. adalah penamatnya.

Setiap kali saya membaca novel-novel abang, saya dapat menjiwai watak-watak tersebut. Contohnya watak Haryani ~ bagaimana abang boleh merangka sesuatu cerita yang sememangnya memerlukan imaginasi yang cukup tinggi, sampaikan setiap penghayatannya saya dalami… HUYOOO...
Sewaktu menulis, jiwa saya ada bersama dengan tulisan itu. Saya pernah menangis ketika menulis Satu Janji. Sewaktu menulis Rahsia Perindu, saya seram kerana berasa seolah-olah ada sesuatu yang sedang memerhati saya, hinggakan saya tertoleh-toleh.

Saya teringin nak berjumpa dengan abang ~ nak nak mintak autograf dan bergambar. Bila lagi nak datang ke UPSI? Hari tu terlepas lah pulak.
Datang aje ke Pestabuku Antarabangsa Kuala Lumpur mulai 27 April ~ 4 Mei hadapan. Saya akan berada di sana pada hari Sabtu dan Ahad.

Memandangkan abang mempunyai ramai peminat, kenapa tak nak buat fan club?
He, he, he. Saya belum larat lah dik. Adik ikut ajelah alaf21fc. Lagi meriah sebab semua penulis Alaf 21 ikut program-program kelab.

Semoga abang berjaya dalam segala impian abang dan berbahagia di samping keluarga tercinta. saya sentiasa menyokong segala karya-karya abang yang seterusnya.
Terima kasih di atas doa adik.


mohd hakim zakaria
pongsu seribu, p. pinang
mohdhakimzakaria@yahoo.com.my

BAGAIMANA BAHAGIKAN MASA?

Saya kagum sangat dengan novel Bagaikan Puteri. Sebenarnya saya dan kawan-kawan amat menggemari Bagaikan Puteri dan trilogi Tombiruo. Tabik kat saudara. Persoalan yang nak saya bangkitkan di sini bagaimana saudara boleh bahagikan masa antara novel, famili dan kerjaya?
Saya bekerja seperti biasa di waktu siang. Pada sebelah malam sehingga jam 10.00 adalah masa untuk keluarga. Isteri saya tidur jam 10.00 malam dan anak saya diajar untuk tidur awal kerana bersekolah pada keesokannya. Dari jam 10.00-12.00 saya mula menulis. Biasanya saya akan sudahkan satu bab. Kalau saya dapat siapkan satu bab
dalam masa sejam, saya akan terus berehat.


Naufal Nishizawa
UTM Skudai
nonsense1843@yahoo.co.uk

FILEMKAN BAGAIKAN PUTERI

Saya salah seorang dari ribuan peminat abang.
Lima orang dalam keluarga saya juga adalah pembaca setia novel-novel abang. Banyak koleksi yang disimpan sehingga yang terbaru, Cinta Sang Ratu. Tapi malangnya Satu Janji dah rosak kena banjir bulan 12 lepas.
Pada asalnya saya bukanlah peminat novel terutama novel cinta, tapi abang telah membuka mata saya dengan karya yang saya anggap lain dari yang lain.

Apa yang membuatkan saya meminati karya abang adalah kerana ianya bukan sekadar novel, tapi sarat dengan elemen-elemen keagamaan, ilmu, kekeluargaan, motivasi, moraliti dan sebagainya. Tapi saya masih kurang
berpuashati dengan novel Rahsia Perindu yang terlalu berat dan sukar difahami disamping watak hero yang kurang hebat. Juga novel Hatiku Di Harajuku ~ cerita yang menarik tetapi sangat kurang elemen keagamaan.
Tetapi, saya setuju dengan peminat yang lain, Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu adalah terbaik. Saya mengharapkan Hijab Sang Pencinta lebih mantap.

Dalam soalan Lenny Erwan, apakah adaptasi yang abang katakan akan menghilangkan kesan suspen dan hambar?

Maksudnya, bila ada orang lain yang menterjemah novel abang maupun karya-karya orang lain, barangkali ada bahagian-bahagian yang terlepas pandang oleh penulis skrip. Untuk itu, andainya seseorang ingin mengadaptasi karya orang lain, perlulah ada perbincangan dengan penulis asal sebagai jalan terbaik. Dari aspek perundangan, perlu pula diminta izin dari penerbit iaitu Alaf 21.

Saya teringin melihat trilogi Bagaikan Puteri Difilemkan. Saya mencadangkan abang bekerjasama dengan Yusry KRU untuk menghasilkan filem tersebut dengan menggunakan teknik CGI seperti dalam filem Cicakman.
Dan saya harap abang sendiri yang menulis skrip untuk filem tersebut. Tahniah kerana abang telah berjaya membawa mesej dakwah yang baik dalam penulisan abang. Memang sukar untuk mencari penulis yang sanggup menyebarkan dakwah pada zaman ini. Saya harap abang meneruskan usaha murni abang.
Kalau ada peluang dan rezeki, mengapa tidak?


Masrina.Mustapah
Masrina.Mustapah@hydro.com

INGIN LAKSAMANA SUNAN TERUS HIDUP

Bila Ungu Karmila akan diterbitkan? Adakah novel tersebut sambungan dari Cinta Sang Ratu?
Saya memang berharap sangat agar ada sambungan Cinta Sang Ratu kerana kesudahan novel tersebut bagaikan tergantung.

Ungu Karmila bukan sambungan Cinta Sang Ratu. Hijab Sang Pencinta adalah episod akhir Bagaikan Puteri; dijangka terbit pada tahun 2008.

Saya sangat suka dan rasa tertarik dengan watak Laksmana Sunan/Saifudin. Rasanya perwatakan lelaki seperti itu terlalu sempurna dan rasanya tidak wujud lagi di zaman ini. Kesabarannya itu membuatkan saya macam jatuh hati saja. Harap-harap wataknya tidak mati begitu saja kerana dialah membuatkan saya mencari Cinta Sang Ratu selepas Bagaikan Puteri...
Untuk pengetahuan ; suami saya (Fardusi Roslan) juga merupaka peminat nombor satu saudara.

Sebenarnya saya suka menulis dalam lingkungan hakikat iaitu mati itu pasti; hidup itu, insya-ALLAH. Sebabnya ialah saya mengimbangi antara keindahan dan hakikat.


Wan Syakila
azalia_75@myway.com

PASTI DAPATKAN NOVEL RAMLEE

Tahniah saya ucapkan kepada saudara Ramlee kerana berjaya menghasilkan karya yang bermutu dan menarik setiap kali novel saudara keluar saya tak ketinggalan untuk memilikinya. Laksamana Sunan memang wujud ke saudara Ramlee? Nanti ada sambungan lagi tak cerita Cinta Sang Ratu. Tak sabar tunggu sambungannya.
Laksamana Sunan hanya khayalan. Cinta Sang Ratu ada sambungannya. Nantikan, ya?


siti suhaila
puteri_eclipse@yahoo.com

TAK ADIL NOVEL THRILLER DIKUTUK!

Abang Ramlee… Pertama sekali, Su nak ucapkan terima kasih banyak-banyak
kerana banyak mengajar Su melalui novel-novel abang Ramlee terutamanya melalui Cinta Sang Ratu. Banyak perkara baru yang telah Su pelajari dari novel tersebut. Terima kasih sekali lagi. Su teringin sangat nak tahu samada bangsa Polip dan perkampungan Manggala benar-benar wujud. Saya tertarik dengan penceritaan mengenai bangsa Polip. First time saya dengar nama tu.

Bangsa Polip dan perkampungan Manggala hanya rekaan. Dalam istilah penulisan
novel dinamakan teknik make-believe.

Sebenarnya Su ni budak lepasan SPM. Jadi, Su masih dianggap budak and selalu kena marah pasal baca buku-buku thriller ni. Setakat ni hampir semua novel abang Ramlee Su dah baca. Tapi Su rasa macam tak adil bila orang tak bagi Su baca novel thriller. Diorang cakap cerita begitu mengarut. Tak adil betul. Orang kata, don't judge a book by its cover, kan? Tapi kenapa diorang nilai novel thriller sebelum baca dulu novel-novel camni? Sebenarnya novel-novel camni lebih beri pengajaran pada Su berbanding novel cinta yang kadang-kadang not suitable for reader under 18. Su mula baca novel sejak berusia 13 tahun. Kan ke novel cinta tak sesuai untuk budak-budak dalam umur tu, kan? Jadi lebih baik Su baca novel yang beri perangsang dan pengajaran daripada baca buku yang boleh buat Su menerawang entah ke mana, kan?
Pilihan Su memang hak Su sendiri. Ia terpulang kepada kita. Konsep thriller saya pula bukan seperti konsep cerita hantu tahun 80an. Cerita-cerita saya banyak menyisipkan ilmu kerana saya ingin berkongsi ilmu dengan para pembaca.


Ahmad Sirajuddin Mamat @ Abd Ghaffar
iskandar_mizhar@yahoo.com.my

KEJAHATAN UNGU KARMILA

Saya adalah salah seorang daripada ribuan peminat anda. Saya amat mengagumi setiap karya keluaran anda sejak dari Tombirou, Ranggau sehinggalah ke Cinta Sang Ratu. Bagi saya anda bukan novelis biasa yang mampu melahirkan novel-novel sedemikian rupa. Apapun, saya hanya ingin mengucapkan agar anda dapat terus melahirkan novel-novel yang hebat pada masa akan datang. Saya kini tidak sabar menantikan UNGU KARMILA. Agaknya, bila novel ni akan terbit? Siapakah Karmila dalam novel tu sebenarnya? Kenapa tajuknya Ungu Karmila?
Insyaallah tahun ini manuskrip tersebut akan dikirim ke Alaf 21. Tarikhnya di pasaran pula terserah pada penerbit. Ungu Karmila adalah sesuatu yang indah tetapi jahat. Setakat itu yang saya boleh terangkan kerana kalau saya cerita, nanti saya kehabisan modal. Hehe… Tungguuu.


shana akmar
ann_star03@yahoo.com

RAHSIA PERINDU DAN RANGGAU ADA PERSAMAAN?

Saya ni peminat karya Ramlee Awang Murshid. Semua novel dari karya beliau saya ada. Kini sedang menunggu karya terbaru dari Ramlee ~ Ungu Karmila. Saya suka semua karya Ramlee kerana lain dari yang lain. Saya pulak tak berapa minat novel yang 100 peratus novel cinta. Lemah dan bosan betul. Tak membuka minda langsung. Mula-mula yang saya baca ialah Tombiruo. Saya pinjam dari kawan. Bila membacanya saya mula tertarik. Inilah karya yang lain dari yang lain. Setelah itu saya terus cari novel itu buat koleksi. Akhirnya kesemua novel Ramlee saya cari.

Tapi yang paling sukar ditemui ialah novel MANDATORI. Saya cari di KL dan Melaka, kesemuanya kehabisan. Hanya minggu lepas saya baru temuinya di Giant Melaka. Tapi bila baca buku ini baru perasan yang plotnya macam dekat-dekat sama dengan Rahsia Perindu iaitu mengenai psikatri. Saya mengucapkan terima kasih kerana semua novel-novel ramlee menepati selera saya. Semoga berjaya dalam menghasilkan karya di masa hadapan. Saya tetap akan membeli karya anda!
Ya. Saya akui persamaan Mandatori dan Rahsia Perindu. Tetapi ia hanya persamaan dari segi konsep. Plot dan penceritaannya juga berbeza.


NUR BALQIS HANNAH MOHD JAMIL
ezarsafil_hana@yahoo.com.my

LIMA TAHUN UNTUK FIKIRKAN TRILOGI

Kenapa uncle suka buat cerita thriller?
Kerana dah ramai tulis cerita cinta.

Mana dapat idea buat cerita sambung-menyambung tu?
Novel-novel yang bersambung (trilogi) difikirkan dalam tempoh 5 tahun. Ia diperhalusi dan dibincangkan dengan penerbit. Bila ada lampu hijau dari penerbit, barulah saya mulakan.

Kenapa kalau uncle buat cerita...banyak bagi permulaan macm tempat dan masa?
(Contohnya: Kuala Lumpur, 1.00 tengahari, UKM)
Lokasi diletakkan di permulaan bab supaya ia lekat di layar minda pembaca. Bila saya berbuat begitu, saya tak perlu lagi jelaskan di dalam cerita. Ia satu teknik.


lila adik
lila_stich91@yahoo.com

ADIK BERADIK SUKAKAN KARYA RAMLEE

Saya dan abang-abang serta kakak-kakak saya antara peminat nombor satu saudara. Kami sangat meminati novel Ramlee. Karya-karya bro. Ramlee ni sangat menarik dan hebat. Memang best! Saya mula mengenali novel ni sejak di tingkatan 1. Tahniah kerana mempunyai idea yang tak terfikir dek novelis yang lain! Kadang-kadang watak dalam novel terasa real pula ~ seperti Ejim dan Amiruddin di hutan Keningau.

Ternyata dalam karya Ramlee banyak diselitkan unsur keagamaan, ketuhanan, dan Rasullulah seperti dlm watak Saifuddin. Cantik sungguh peribadi Safuddin (bestnya jika saya jadi haryani dalam watak tersebut..huhu) dan Djailuh.

Saya ada beberapa soalan:

Betulkah bangsa Polip yg terdapat dalam novel Cinta Sang Ratu itu wujud?

Fantasi, khayalan semata-mata.

Benarkah Laksamana Sunan itu wujud? Saya seperti pernah mendengar nama Laksamana Sunan sebelum ini. Seperti benar-benar wujud dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka ~ atau rekaan Ramlee saja? Jika benar, saya mahu berjumpa dengannya. Bolehkah?
Seperti juga bangsa Polip, Laksamana Sunan juga fantasi semata-mata. Tak wujud. Tapi tak mustahil ada lelaki yg punyai sifat-sifat sedemikian.

Bolehkah saya mendapatkan tandatangan Ramlee? Masa pesta buku di PWTC, saya tak nampak pun Ramlee di meja novelis, cuma ada Anis Ayuni, Aisya Sofea saja, penat saya membawa 2 novel untuk di tandatangan ~ ADAM dan RAHSIA PERINDU. Tak sempat tunggu sebab pergi pesta buku dengan rombongan sekolah. Amat mengecewakan saya kerana kawan-kawan saya dapat tandatangan dari novelis yang digemari seperti tandatangan dari Anis Ayuni. Siap tulis nama kawan saya lagi. Waduh-waduh!
Datanglah ke Pestabuku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC pada 28 & 29 April serta 5 & 6 Mei iaitu hari Sabtu & Ahad. Insya-ALLAH saya ada di sana.

Di mana Ramlee mendapat nama-nama klasik untuk novel Bagaikan Puteri seperti Jalis, Megat, Djailuh, Wali Sufi - nama2 ini sangat bersesuaian dengan zaman kurun ke-15.
Menerusi pembacaan. Saya suka juga membaca novel-novel lama. Nama-nama tersebut diambil dari novel-novel itu.


anasuha atiqah
ann_ela_sam10@yahoo.com

RAMLEE SUKA MEMBACA KAMUS

Pertama sekali tahniah atas penerbitan buku saudara, Cinta Sang Ratu. Sesungguhnya saya kagum dengan saudara kerana dapat membahagikan masa dengan menguruskan hal peribadi dengan menghasilkan sebuah novel. Saya teringin untuk mengetahui rahsia kejayaan saudara, itupun jika saudara tidak keberatan.

Berapa lamakah tempoh untuk saudara menyiapkan sebuah novel?
Sekarang ni, lebih kurang 4-5 bulan.

Di manakah saudara mendapat ilham tentang novel yang saudara akan hasilkan?
Pertama, melalui doa. Kedua, melalui pembacaan.

Di manakah saudara mengambil sumber-sumber dan bahasa-bahasa seperti saudara gunakan sebelum ini?
Saya suka membeli dan baca kamus. Bila ada masa terluang, saya akan selak dan baca kamus bagi mendapatkan perkataan-perkataan yang menarik. Saya punyai kamus Melayu, Brunei, Indonesia , Jepun dan kamus bahasa sukuan Sabah.

Apakah yang saudara maksudkan dengan Ungu Karmila?
Tunggguuuuu….


PISEMMA AMIRA
oaggl@hotmail.com

INGIN DAPATKAN TANDATANGAN

Bagaimana saya boleh mendapatkan novel yang bertandatangan saudara? Saya telah cuba menjejaki saudara di beberapa karnival yang membawa novelis-novelis Alaf 21, contohnya di Pesta Buku Antara Bangsa tahun lepas di PWTC. Tapi saya kecewa sebab saya terlambat. Saya juga terlewat mengetahui tentang kuiz yang memberikan hadiah berupa novel yang siap bertandatangan saudara. Perlukah saya mengirimkan novel saya sendiri kepada saudara?
Boleh. Kirim saja kepada Alaf 21, saya akan tandatangani. Atau pesan saja mana-mana buku saya di Alaf 21, dan beritau kepada staf di Unit Langganan yang anda inginkan tandatangan saya. Insyaallah, saya akan penuhi harapan anda.

Saya amat berminat untuk menjadi seorang penulis (tak kita la novelis atau penulis bebas), adakah pendidikan formal amat diperlukan?
Seseorang penulis perlu tinggi penghayatan dan pengamatannya. Ia terhasil dari pengalaman. Tetapi kalau ada ilmu formal, ia lebih baik

Boleh saya dapatkan tip-tip untuk menjadi seorang penulis yang BERJAYA dan apakah rahsianya apabila untuk menghadapi rasa malas
Bersabar, jangan pemarah dan banyak membaca.

Di manakah saya boleh dapatkan info tentang bengkel penulisan terkini yang bakal diadakan?
Sila rujuk di laman Alaf 21. Pihak mereka akan adakan program dari semasa ke semasa. Biasanya saya akan dijemput untuk terlibat.

Sekiranya saya memiliki sebuah karya dan meinginkan agar diterbitkan, kepada siapakah saya perlu hantar karya saya untuk dinilai dahulu.
Pada Alaf 21. Mereka memiliki sekumpulan editor yang peka, berilmu dan berpengalaman.

Di manakah saya boleh mendapat panduan-panduan untuk mengetahui samada karya kita layak untuk diterbitkan?
Pada Alaf 21.


Norliza ramli
Johor Bahru
norliza.ramli@saj.com.my

PELBAGAI SOALAN CEPUMAS

Sekalung tahniah buat saudara novelis thriller tanahair!
Karya anda terbukti mempunyai mutu dan nilai yang sangat tinggi.
Gaya bahasa yang indah digarap bersama unsur-unsur suspens sehingga membawa diri pembaca ke dalam cerita itu sendiri.

Secara ikhlasnya, saya sudah membaca novel-novel saudara yang
bertajuk Satu Janji, Rahsia Perindu, Hatiku di Harajuku, Bagaikan Puteri dan terkini... Cinta Sang Ratu. Mungkin selepas ini, saya akan membeli siri-siri Tombirou & novel ADAM pula.

Bolehkah saudara berkongsi tips-tips yang lebih terperinci kepada penulis baru yang mahu menceburi bidang penulisan ini?
Asasnya. Banyak berdoa kerana ide aasal dari ALLAh. Banyak membaca dan menonton sebab kita boleh tengok orang dan melahirkan idea sendiri.

Saudara ada laman web blog?
Belum dapat buat kerana masih belum berkesempatan.

Setiap kali manuskrip diserahkan kepada penerbit (ALAF21), adakah karya saudara diterima 100% atau perlu diubah mengikut justifikasi yang telah ditetapkan?
Ada perlu perubahan yang dibincangkan bersama editor. Editor itulah yang mencantikkan lagi karya saya. Bagai saya apa salahnya berkongsi ilmu untuk memperbaiki karya.

Semoga saudara dapat meneruskan kesinambungan Cinta Sang Ratu... kerana saya tidak sabar hendak tahu bagaimana kesudahan hidup Saifudin yang masih berduka setelah kematian isterinya.
InsyaALLAH HIJAB SANG PENCINTA itu akan terungkai dalam bahagian ketiga.

Begitu juga dengan status jenglot yang dibawa lari oleh Rajikin?
Jenglot itu akan dihidupkan, tetapoi bukan dalam bentuk fizikal tetapi secara mistik dengan campurtangan taghut.

Bagaimana nasib kaum Manggala yang tersiksa dan mengamuk akibat kehilangan jenglot?
Mereka kehilangan, tidak terpimpin. Kaum Manggala akan jadi normal setelah ilmu hitam itu telah dapat dikikis.

Perhubungan di antara Haryani dan Dani juga masih samar-samar,
siapakah agaknya yang menjadi pilihan? Kahwin paksa?

Tunggulah.

Hmm... mungkin selepas itu saudara boleh gabungkan tiga zaman... kisah generasi seterusnya. (sekadar pandangan).
Mungin sampai 3 sahajalah sebab takut meleret.


salam sayang dari anak jati Kinabatangan,
siti lailah datu alun.
oshie_76@yahoo.com


ANTARA FIKSYEN DAN REALITI

Apa khabar? Saya harap En Ramlee sihat sejahtera juga sentiasa di rahmati Allah.
Alhamdulilah adanya ruangan ini memberi saya peluang utk berbicara dengan Ramlee walaupun bukan face 2 face Ejim (tombiruo) makhluk Allah itu adakah dia benar-benar wujud di dunia ini?

Ia makhluk yang wujud dalam fantasi pengkaryaan saya.

Sejauh mana kebenaran Bagaikan Puteri? Ia novel terbaik En Ramlee... novel yg benar-benar menyentuh hati saya.
Ia adalah kebenaran dalam fiksyen semata-mata.


Normala Hashim,
Kuala Lumpur
norhashim@um.edu.my

Tahniah kepada Novel CINTA SANG RATU. Saya cuma nak tahu ada ke lagi sambungan cerita dalam novel tersebut. Saya betul-betul terharu mengenangkan kesedihan Laksamana Sunan kerana kehilangan isteri tercinta.
Sabar dan tunggulah bahagian ketiga, insya-ALLAH. Kalau tiada aral pada tahun 2008.


 

PUTRA MUUNAISS MUUNAISS
nukilanputra_87@yahoo.com

SIAPA KETURUNAN LAKSAMANA SUNAN?

Saya Nukilan Putra. Saya rasa saudara mengenali saya sebab kita pernah berjumpa di PWTC semasa PESTA BUKU di Kuala Lumpur. Saya telah mendapatkan autograf dari saudara dan saudara telah mencadangkan saya cuba membaca novel SATU JANJI sebagai permulaan.

Apakah maksud cerita thriller?
Adalah satu cerita yang punyai banyak babak suspens. Persoalan dan rentaknya bukan seperti cerita cinta.

Kenapa ayat di dalam CSR mengatakan matahari terbit dari barat?
Mungkin saya menerangkan mengenai petanda kiamat pada bahagian tersebut.

Kenapa Hatiku Di Harajuku tidak disambung?
Sebab dari peringkat awal lagi saya tidak bercadang untuk menyambungnya. Sebaliknya Bagaikan Puteri dan tombiruo sudah dirancang begitu sejak lima tahun sebelum itu.

Kenapa Laksamana Sunan tiada pewaris? Apakah memang begitu hingga penghujungnya?
Setakatnya itulah keadaan Laksamana Sunan. Tiada keturunan hingga ke akhir hayatnya.


ruqaiyah ab rahim
kelisa1184@yahoo.com.my

MIMPI TAK MUNGKIN JADI REALITI

Pertamanya tahniah untuk saudara kerana menghasilkan novel-novel yg baik. Saya telah membaca dan memiliki novel CSR. Saya tak puas hati sebab bukan Haryani yang berkahwin dgn Laksamana Sunan. Tapi saya sedar realiti tak mungkin mampu bersatu dengan sejarah. Seperti kata saudara, mereka ada batasan zaman yg menghalang perhubungan keduanya.
Hehehehehehe. Pengamatan saudari begitu hebat sekali. Namun saya ada terfikir bagaimana jika Laksamana Sunan berkahwin dengan Haryani. Setelah merenung, saya tak berani lakukan itu kerana ia melibatkan soal zuriat, alam ghaib yang mungkin menyentuh akidah mengenai alam baqa. Kerana itulah saya hanya berani meneroka ke zaman lampau melalui koma Haryani semata-mata.


hashim harun
awe_bj31@yahoo.com.my

NOVEL BARU SETELAH CINTA SANG RATU

Tahniah di ucapkan kerana berjaya menghasilkan novel yang berkualiti . Saya salah seorang peminat yang setia saudara. Saya ada 2 soalan: Bila novel baru akan dipasarkan?
80 % telah siap ditulis. Bagaimana pun kini terbengkalai sedikit kerana saya kini sibuk dengan drama TV dan filem.

Boleh senaraikan judul novel yang ditulis oleh saudara Ramlee di sepanjang karier ini, termasuk yang dicetak oleh syarikat lain?
Novel yang diterbitkan oleh syarikat lain hanya tiga judul sahaja. Pertama, Igauan Maut oleh DBP; kedua, Anugerah Pertama oleh Creative Enterprise dan ketiga Pei Pan oleh Utusan Publication and Distributors.


art dieha
art_dieha@yahoo.com

HEROIN SATU JANJI SERUPA DENGAN SAYA!

Assalamualaikum… Ni Dieha. Lama tak dengar khabar. Saya dah baca CSR. Sangat best dan bagi kesedaran kat saya. Saya dapat menghargai sesuatu di sekeliling kita. Bagaikan Puteri menarik minat saya juga. Lebih-lebih lagi cover utk buku ni menarik. Saya baca novel Satu Janji dan saya suka watak Adelia Mustapha sebab kisah Adelia tu agak same dengan kisah saya. Dengan itu dgn cerita tu dapat ubah persepsi saya. Harap abang Ramlee dapat menghasilkan buku-buku yang bagus dan berkualiti. Terima kasih sebab aban Ramlee satu-satunya penulis yang dekat di hati saya sbb dapat menghasilkan cerita yang memberi kesedaran.
Terima kasih, Dieha. Mudah-mudahan cerita itu akan dapat menjadi iktibar buat kehidupan Dieha dan diri saya sendiri.


Nekmah Jaafar
nekmahjaafar@arb.com.my

DI MANA NAK DAPATKAN NOVEL PEI PAN?

Terlebih dahulu saya tabik hormat dengan abang Ramlee kerana ke semua novel yang dihasilkan memang berkualiti. Hampir ke semua novel abang Ramlee telah saya perolehi sama ada terbitan Alaf 21 atau tidak. Namun, hingga kini saya masih mencari novel pertama yang dihasilkan oleh abang Ramlee sendiri iaitu bertajuk Pei Pan. Saya rasa hampir ke semua perpustakaan Pulau Pinang ini saya terokai sampai sekarang masih tidak menemui. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkannya?
Pei Pan diterbitkan oleh Utusan Publishing & Distributors. Sila layari laman
http://www.mybooks.com.my


ryuwatanabe touaii
watanabe_yakuza@yahoo.com

APAKAH MANUSIA MANGGALA WUJUD?

Saya peminat setia novel-novel abang Ramlee. Tahniah di atas trilogy Bagaikan Puteri. Satu pengembaraan yang menakjubkan. Banyak memberi pengajaran berguna kepada saya terutamanya watak Laksamana Sunan, Sadik dan Ratna. Saya ingin tahu apakah wujud manusia serigala di sempadan Aceh seperti yang digambarkan di dalam Cinta Sang Ratu?

Manusia serigala dan daerah Manggala hanyalah fantasi semata-mata. Di dalam pengkaryaan fiksyen, ia dinamakan make-believe iaitu rekaan penulis yang diadun seolah-olah ia benar-benar wujud mahupun terjadi. Malah trilogi Bagaikan Puteri
itu jua fiksyen semata-mata.


Normaiza
nur_jannah05@yahoo.com

MENDAMBAKAN PERTEMUAN SAIFUDDIN & HARYANI KEMBALI

Pertamanya,tahniah di atas penghasilan “Bagaikan Puteri” yang menyebabkan saya hampir2 jatuh cinta pada Laksamana Sunan yang tidak mungkin ada di dalam dunia nyata.Maksud saya,dr segi kesamaan keperibadiannya.Tetapi, saya masih mengharapkan dapat bertemu dengan seseorang yang mirip peribadinya dengan Sunan di alam nyata Hehe. Insya Allah.
Insya-ALLAH. Manusia sebaik Laksmana Sunan itu ada. Semoga anda menemuinya.

Disini saya ingin meminta kepada saudara Ramlee boleh tak kalau disambung dengan Bagaikan Puteri 3, di mana mempertemukan kembali Sunan dan Haryani dalam satu kisah yang baru. Ini kerana,saya baru saja selesai membaca Cinta Sang Ratu, tetapi saya tidak merasakan kesinambungan dari Bagaikan Puteri. Justeru kalau dapat bolehla kiranya disambung kembali kisah antara Sunan dan Haryani…
Insyaallah hijab itu akan terungkai.


ratu mustika
watie_syid@yahoo.com.my

RAHSIA TAK BOLEH BERHENTI MEMBACA BAGAIKAN PUTERI

Tahniah atas kehebatan Bagaikan Puteri. Terlalu bernilai anugerah yang Allah SWT berikan kepada anda dalam bidang penulisan. Watak Laksamana Sunan memang cukup hebat. Kalaulah dia wujud di alam realiti, saya ingin bertemu dengannya. Saya cuma ingin berkongsi cerita. Saya pada mulanya bukanlah seorang penggemar novel. Sebuah novel kadangkala akan mengambil masa yang lama untuk dihabiskan tetapi apabila saya mula membaca Bagaikan Puteri, saya memang tak boleh berhenti membaca sampai saya tahu penghujung ceritanya. Apa rahsia tak boleh berenti membaca?
Bila menulis Bagaikan Puteri, saya bersangka baik, pembaca akan menyukainya. Saya bermain dengan psikologi Manusia iaitu sentiasa adakan persoalan-persoalan. Manusia tak tahan pada persoalan tanpa jawapan. Kerana itu, pembaca akan terus membaca novel saya kerana inginkan pelbagai jawapan.


shah rill
adk_80@yahoo.com

MENGIRIM KARYA

Saya memang memang seorang peminat novel misteri, cinta dan thriller. Karya abang ramlee memang menepati citarasa saya. Sudah lama saya tercari cari rentak novel yang sebegitu. Di sini saya ingin bertanya, apakah saluran-saluran untuk kita menengahkan karya kita untuk tujuan komersial dan berapakah halaman sesebuah manuskrip novel yang minimum bagi sesebuah syarikat penerbitan buku dan seumpanya?
Bertanyalah pada pihak Alaf 21. Pihak mereka akan sudi membantu.


hilmiyah taib
nailofar1605@yahoo.com

KEBENARAN KAMPUNG MANGGALA

Saya adalah salah seorang dr ribuan peminat anda. Saya telah memiliki semua koleksi novel anda. Sungguh mengkagumkan. Novel yang paling saya gemari adalah Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Saya harap ada lagi sambungnnya ye. Satu soalan dari saya, apakah benar wujudnya perkampungan menggala dan juga manusia serigala di zaman sekarang atau hanya sekadar mitos?
Mitos dan dongeng. Saya reka sendiri untuk menambah konflik dalam trilogi Bagaikan Puteri.


Nor Azhar Ahmad
UTM, Skudai, Johor
ubie79@gmail.com

DEFINISI CINTA YANG BERBEZA

Saya begitu meminati novel-novel karangan saudara, dari Tombiruo sehinggalah Cinta Sang Ratu. Ia membuai fantasi saya. Sukar untuk saya menjumpai novelis yang mampu untuk menafsirkan istilah cinta di dalam definisi yang berbeza. Sedari kecil, saya banyak disogok dengan novel cinta yang bersifat sehala, dan bukan kompleks. Jadi, kebanyakan novel yang saya baca, boleh diagak penamatnya. Namun, tidak bagi tulisan saudara.

Keduanya, apabila selesai membaca setiap novel saudara, saya mendapat dua perkara. Pertamanya, kepuasan, dan keduanya ilmu. Saya jarang berjumpa novelis yang benar-benar membuat kajian sebelum menghasilkan novel. Contohnya kaum Polip yang diceritakan di dalam Cinta Sang Ratu. Seakan wujud, dan hakikatnya, memang ada makhluk lain sebelum Adam. Jelas sekali, saudara telah mengulas begitu baik plot cerita mengenai makhluk Polip.

Setelah sekian lama bergelumang dengan novel saudara, nampaknya saya sudahdapat mengagak persoalan yang timbul masih lagi tidak berjawab. Adakah itu intipati novel seterusnya?

1. Sewaktu Senggara ingin kembali ke dunia asal, dibisikkan kepada Laksamana Sunan mengenai peri pentingnya untuk menghapuskan Manggala. Mengapa?
Senggara asalnya Dani. Dia sudah kenal Manggala terlebih dahulu dari Laksamana Sunan. Itulah amaran yang disampaikan agar Laksamana Sunan berhati-hati.

2. Mayat Manggala yang berupa Jenglot di bawa lari, dan polisi mengadakan sekatan jalan. Adakah itu bakal menjadi intipati novel seterusnya?
Ya, itulah di antara ramuan novel akan datang..


nur izzatee
eetazzi@yahoo.com

Saya adalah salah seorang pembaca novel-novel Ramlee Awang Murshid kerana ia lain daripada yang lain. Banyak ilmu yang saya dapat kerana novelnya bukanlah picisan.Antara novel yang saya baca ialah Satu Janji, Hatiku Di harajuku, Adam,Bagaikan Puteri, dan Cinta Sang Ratu. Sebelum ini saya bukannya dari golongan penggemar novel. Tahniah atas 'Cinta Sang Ratu dan Bagaikan Puteri.’ Saya pasti ada sambungan lagi, kan?
Ya, ada sambungan sebagai pelengkap triloginya. Judul sementaranya ialah Hijab Sang Pencinta.

Apa-apa pun, saya menanti 'Ungu Karmila.’ Boleh ceritakan serba sedikit tentangnya supaya saya lebih tertarik untuk mendapatkannya. Teruskan penulisan hebat saudara.
Ungu Karmila ialah mengenai sebuah rumah di kawasan perbukitan yang membawa bencana. Hanya itu sahaja yang saya sanggup ceritakan kerana saya sendiri takut untuk menulisnya. (He, he… bergurau aje!)


 

nina erna
erna_kreeboo@yahoo.com.my

APAKAH TRILOGI TOMBIRUO AKAN DISAMBUNG?

Saya Nur khairunnisa Binti Injeo dari Brunei Darussalam. Saya dan ibu saya sangat meminati kesemua novel saudara Ramlee sehingga semua novel saudara telah kami miliki termasuk Cinta Sang Ratu. Ibu saya ingin bertanya kepada saudara Ramlee tentang novel saudara Ramlee, Triologi TOMBIRUO,SEMANGAT HUTAN dan TOMBIRUO TERAKHIR. Beliau ingin tahu sama ada cerita itu akan di sambung lagi atau tidak? Apakah akan sambung?
Trilogi TOMBIRUO akan disambung, insya-ALLAH. Tetapi sambungannya adalah dalam bentuk pre-quel iaitu sebuah cerita yang terjadi sebelum TOMBIRUO lagi iaitu kisah Ejim dan Amiruddin. Setakat ini saya masih belum bersedia untuk menulisnya. Ideanya masih bermain-main di fikiran saya.


baiti nurbaiti
baiti_nurbaiti154@yahoo.com

MENGAPA RAM TAK MENULIS KISAH RASULULLAH?

Tak dinafikan novel2 yang dihasilkan oleh RAM semakin lama semakin seronok dibaca. Di saat saya menulis email ini, saya baru sahaja selesai membaca novel Cinta Sang Ratu. Berlinang air mata saya tika membaca detik-detik kematian Sang Ratu. Bagaimana luhurnya cinta Laksamana Sunan pada ALLAH dan ratunya. Di sini saya ingin mencadangkan agar RAM menulis sebuah novel yang menceritakan riwayat hidup Rasullah kerana apabila saya membaca novel Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu, hati saya tertanya-tanya adakah kisah itu hanya rekaan atau realiti?
Saya belum layak lagi untuk membuat kisah sirah Rasulullah. Sebab ia perlu ilmu ugama yang tinggi. Pengetahuan saya bukannya tinggi sangat. Menulis novel hanya fiksyen dan mudah sedikit. Lagipun, fakta-fakta agama saya disemak oleh editor agama Alaf 21.


laila johari
zebragreen_89@yahoo.com.my

APA KARYA DENGAN PENERBITAN LAIN?

Tahniah saya ucapkan kepada saudara Ramlee kerana berjaya menghasilkan sebuah lagi novel yang bermutu. Saya sudahpun mendapatkan novel terbaru sambungan Bagaikan Puteri. Sangat mengharukan kerana keperibadian sifat yang dimiliki oleh Laksamana Sunan teramat mulia dan tinggi. Selain penerbitan buku-buku saudara bersama Alaf 21, apakah novel lain karya saudara turut dihasilkan oleh penerbitan lain? Saya ingin megetahuinya kerana amat meminati corak penulisan saudara yang amat berbeza dan berani serta tidak hanya memaparkan rasa cinta sesama manusia sahaja malah rasa cinta yang sangat agung kepada Maha Esa. Semoga saudara terus success dalam bidang ini dan berterusan menghasilkan karya-karya yang hebat.
Saya menulis Igauan Maut bersama Dewan Bahasa dan Pustaka, Anugerah Pertama; Creavive Enterprise dan Pei Pan dengan Utusan Publications.


lyza ellyza
lyza_ellyza@yahoo.com

TULIS SATU NOVEL SEBULAN, BOLEH TAK?

Boleh tahu tak, selepas CINTA SANG RATU nie, novel apa lak abang akan tulis?
Ungu Karmila
Kalau tiap-tiap bulan ada jerk novel abang kat pasaran kan, best.. Setahun satu novel, jenuh saya menanggung rindu.
Saya menghargai rasa rindu saudari terhadap karya-karya saya itu. Tapi sebagai manusia biasa, saya rasa hanya mampu menulis satu buku setahun. Untuk menulis dua buah buku setahun pun, saya rasa amat berat.


NOR FADZLINA MOHD SALLEH SALZA
norna_92@yahoo.com.my

MEMBAHAGI MASA BERSANTAI DAN BERKARYA

Apa rahsia uncle untuk menghasilkan novel yang thriller, kerana bagi saya itu adalah sesuatu yang sukar. Bagaimana uncle melakukannya?
Menghasilkan novel thriller ni memerlukan banyak penyelidikan. Kena bentuk gaya penulisan tersendiri.

Bagaimana uncle membahagikan masa untuk bersantai bersama keluarga dan berkarya?
Pembahagian masa menulis dan bersantai bersama keluarga memang dah lama saya amalkan. Setakat ini masa saya tidak terganggu. Masa untuk keluarga itu memang wajib. Lagi pun...keluarga amat memahami kerjaya saya. Tak ada masalah, lah.

Di akhir kata saya meminta alamat emel uncle kerana saya ingin berkongsi idea dengan uncle.
Alamat e-mel saya ialah: ramleeawangmurshid@yahoo.com


putra rhino
putra_rhino411@yahoo.com

APAKAH RANGGAU SEBUAH KISAH BENAR?

Saya memang minat dalam bidang penulisan, boleh tak beri sedikit tip untuk menghasilkan sebuah buku yang mantap dan berkesan? Bagaimanakah encik mendapat idea untuk buku-buku encik?
Sebagai usaha permulaan untuk menjadi penulis, anda kenalah banyak membaca, berdoa dan berusaha. Itu ramuan yang paling mujarab. Anda kena sabar kerana penulisan novel memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Bilakah novel terbaru akan keluar, jika ada, jangan lupa hantar ke Brunei, kerana banyak peminat anda di sini? Heheheh
Novel baru...pihak Alaf 21 akan tentukan tarikh dan hari penerbitannya. Judulnya Cinta Sang Ratu ~ Bagaikan Puteri 2.

Bila datang ke Brunei?
Nak datang Brunei? Wah boleh tu. Insya-ALLAH...akan sampai jua ke sana tu. Sabar tah bis kita.

Apakah pekerjaan anda sebenar? Polis? Sebab banyak novel berkisah pembunuhan?
Saya seorang penerbit TV di RTM-editor/wartawan di bahagian berita.

Apakah novel "Ranggau" itu kisah sebenar?
Mengenai Ranggau - ya...antara fantasi dan realiti.

Semoga ALLAH akan memberikan encik ilham untuk keluaran akan datang...
Terima kasih atas doa yang baik-baik untuk saya. Saya turut mendoakan kesejahteraan anda sekeluarga.


Arlen Ara Guci
Petaling Jaya, Selangor
arlenaraguci@yahoo.com

INGIN JADI PENULIS NOVEL

Saya peminat novel Alaf 21. Saya nak tanyakan, kalau nak jadi penulis novel besar, apakah rahsia sebenarnya? Dan, boleh tak warga negara Indonesia, tapi duduk di Malaysia, menghantar novel untuk diterbitkan oleh Alaf 21? Selama di Indonesia, dia juga sudah berpengalaman menerbit novel sebanyak 8 buku novel. Kalau boleh, apa sahaja syarat dan maklumat harus diperhatikan?
Sekian, sementara.


Rahsia menjadi penulis besar amatlah mudah. Banyakkan membaca, berdisiplin, sabar dan sentiasalah berdoa agar impian kita menjadi kenyataan. Usaha itu perlu diiringi dengan doa. Mengenai hajat nak menulis untuk Alaf 21, adalah baik anda merujuk kepada pengurusan Alaf 21. Mereka akan membantu.


vansillia aurora
frozen_ice89@yahoo.com


Pertama sekali, saya ingin ucapkan tahniah kerana berjaya menghasilkan beberapa karya yang cukup bermutu. Pilihan peribadi saya tentunya novel Bagaikan Puteri yang umpama sebuah 'masterpiece.’

Secara purata berapa lamakah jangka masa yang abang Ramlee perlukan untuk menghasilkan sebuah novel?
Sesebuah novel saya hasilkan dalam tempoh empat bulan dan saya memang tegas dalam berkarya. Saya latih diri saya agar melawan rasa malas. Mantapkan disiplin.

Apakah pekerjaan abang Ramlee sekarang selain menjadi novelis?
Saya bekerja sebagai Penerbit Rancangan di RTM. Boleh jadi editor...boleh jadi wartawan dan boleh terbitkan dokumentari TV. He, he... banyak, kan? Otak saya sentiasa penuh. Sendat.

Dari sumber manakah abang Ramlee selalu membuat rujukan?
Sebagai wartawan, bahan rujukan itu sentiasa menjadi bahan bacaan saya. Kalau terjumpa bahan menarik, saya simpan untuk dijadikan rujukan pada novel-novel yang akan saya tulis. Saya suka tengok wayang, DVD atau VCD. Suka tengok teknik dalam filem.

Tidak mahu cuba genre lain selain thriller?
Saya lebih selesa genre thriller. Lagi pun dalam pengkaryaan saya, unsur-unsur lain seperti cinta, keluarga dan agama juga saya masukkan. Sekarang saya cuba juga tulis skrip filem.

Sejak bilakah abang Ramlee mula menulis novel?
Saya tulis novel secara serius sejak tahun 1990. Cuma sebelum itu saya tulis drama radio.

Apakah ciri-ciri karya yang akan diterima pihak penerbit pada pengetahuan abang Ramlee?
Ciri-ciri tu bergantung pada prinsip setiap penerbit. Tapi yang elok, cerita tu baik, menarik dan ada umphh.

Saya harap abang Ramlee dapat memberi e-mel untuk memudahkan saya berhubung kerana saya amat mengkagumi karya abang Ramlee.
E-mel saya... ramleeawangmurshid@yahoo.com

* Banyaknya soalan. Nasib baik kena taip. Kalau cakap... waduh... bisa krem lidah... He, he gurau aje. Okey?


haslina hasri
ina_77_fif@yahoo.com

Saya Ina, salah seorang peminat hasil karya saudara Ramlee. Saya mengambil kesempatan ni, nak bertanyakn pada saudara beberapa soalan.
Salam Ina. Anda sihat? Saya doakan anda sekeluarga sihat dan gembira, Ya?

Waktu bilakah saudara biasa mendapat idea utk menghasilkan sesebuah novel?
Ilham sentiasa ada dalam minda saya. Alhamdulilah saya dianugerahkan kurnia itu. Fikiran sentiasa bergerak mengenai sesuatu cerita walau di mana jua saya berada. Cuma... saya dapat mengawal pemisahan antara realiti dan fantasi. Selalunya saya gemar memikirkan cerita semasa memandu berseorangan. Masa nak tidur amat pantang sekali. Risau otak saya aktif yang menyukarkan saya terlelap. Takut terkena insomnia, he, he.

Adakah saudara akan menggunakan diri saudara sebagai watak utama dlm setiap novel?
Emm... tidak. Saya tak gunakan diri saya untuk terjemahkan sesuatu watak. Cuma, terdapat keinginan sama ada hitam atau putih dalam diri watak itu saya terjemahkan. Keinginan ini saya sesuaikan dalam watak.

Adakah saudara berpuas hati dgn setiap hasil tulisan?
Memanglah setiap karya itu saya berpuas hati. Cuma untuk meningkatkan lagi kualiti itu sentiasa ada. Maksudnya...saya ingin menghasilkan sesuatu novel yang lebih baik dari novel-novel yang pernah saya tulis.

Kalau saudara mampu menjawab semua soalan saya, alhamdulillah. Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih pada pihak alaf kerana sudi melayan e-mel saya.


rozieda akmaraziemy
UIA, Gombak
arezie_229@yahoo.com

Di sini, saya ada satu soalan. Soalan ini seringkali bermain di fikiran saya setiap kali saya membaca novel "Bagaikan Puteri" hasil tulisan anda. Bagaimanakah anda mendapat idea untuk menghasilkan jalan cerita 'Bagaikan Puteri' tersebut? Ini kerana saya dapati jalan ceritanya amat menarik dan mendebarkan. Saya amat mengagumi novel tersebut dan penulisnya(iaitu anda) kerana mampu berfikir sekreatif itu untuk menghasilkan novel yang terbaik. Jadi, saya harap anda dapat menjawab soalan saya yang amat mudah itu. Saya juga begitu teruja untuk menantikan sambungan novel tersebut.

Salam Rozieda. Pernah berbincang dengan Pengurus Besar Alaf 21, Saudara Norden pada tahun 2000 mengenai sebuah cerita dua zaman. Idea itu saya simpan selama 4 tahun dalam minda. Tujuannya ialah agar saya dapat satu cara untuk menggabungkan adegan lama dan baru, klasik dan moden dalam sebuah cerita. Saya sentiasa bermunajat Bila saya rasa idea yang saya peram itu benar-benar masak, baharulah saya terjemahkan ke dalam bentuk novel. Terima kasih di atas puji-pujian saudari. Saya bersyukur kerana ALLAH memberi ilham sebegini hingga dapat menghibur dan membuatkan saudari berfikir melalui cerita saya.


Khairunnisa' Kadir
nukaz_islamiah@yahoo.com

Laksamana Sunan benar-benar wujud!

Saya telah membaca karya anda. Dan saya sangat meminati karangan anda seperti 'Tombiruo' & 'Bagaikan Puteri'. Persoalan saya di sini adakah nama pahlawan Laksamana Sunan di dalam Bagaikan Puteri memang wujud? Kerana saya mendapat tahu bahawa nama itu memang wujud di Kampung Punggor. Sekian terima kasih.

Saya terkejut apabila anda mengatakan Laksamana Sunan itu ada di Punggor. Sebenarnya dalam Bagaikan Puteri, Sunan itu adalah watak fiksyen semata-mata, manakala Punggor itu memang saya ambil dari sebuah kampong di Johor. Saya menggabungkan fakta betul dan fakta fiksyen. Yang betul adalah Kampung Punggor, yang fiksyen adalah Sunan. Kalau SUnan benar-benar wujud; saya ingin bertemu dengan waris atau tempat persemadiannya.


Andy Rahmawaty Rahim
didie_one@yahoo.com

TAHNIAH DI ATAS KEHEBATAN BAGAIKAN PUTERI

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kerana melahirkan novel Bagaikan Puteri yang begitu HEBAT pada saya. Selama ini saya tidak begitu berminat dengan novel thriller anda, tetapi entah kenapa suatu hari saya tertarik dengan tajuk Bagaikan Puteri... Ianya langsung tidak menghampakan bahkan saya dapat lebih dari itu.

Syabas kerana berjaya melahirkan novel yang mampu menarik pembaca menghayati watak di dalam novel tersebut.

Terima kasih kerana membaca Bagaikan Puteri dan menyukainya. Kata-kata anda saya jadikan semngat untuk terus menghasilkan novel-novel yang berkualiti, insya-ALLAH.


shimah ismail
sheema_80@yahoo.com

Hai, apa khabar saudara? lamanya takde khabar berita. pergi mana, ke… bertapa :). So apa perkembangan terbaru? Dengar cerita buku baru akan keluar, bila tu...
Sihat, alhamdulilah. Saya pergi Tanah Rencong menjenguk Saifudin a.k.a Laksamana Sunan di sana… hehehe!
Novel saya akan terbit tahun ini juga, insya-ALLAH. Pujuklah Alaf 21 agar novel saya dapat terbit awal. Hehehe
Tak sabar ni nak tunggu sambungan Bagaikan Puteri. Harap2 Saifudin akan temui kebahagiaan.
Kesinambungan Bagaikan Puteri iaitu Cinta Sang Ratu akan terbit tahun ini juga insya-ALLAH. Mengenai kebahagian itu, Saifudin sentiasa dapat sebab Sunan itu selalu mendekatkan diri kepada ALLAH. Dan Sunan akan kahwin, tau? Dengan siapa? Tungguuuuu….
Hmmm apa emel terbaru saudara. rasanya emel dulu tu dah tak boleh guna kan...
ramleeawangmurshid@yahoo.com Inilah e-mel yang saya ada. Masih boleh digunakan.
Saudara dah banyak muncul dgn karya-karya yang memang istimewa. Kalaula ade di antara karya tersebut dapat difilemkan, lagi elok, terutamanya trilogi Tombiruo.
Saya suka, jika trilogy Tombiruo diterbitkan dalam bentuk filem maupun drama TV. Cuma sebelum diterbitkan dalam bentuk visual, saya ingin tengok skrip itu dahulu. Namun, saya lebih suka buat skrip sendiri.
Terima kasih sebab menghasilkan karya-karya yg cukup istimewa pada saya. Sarat dengan pengetahuan. Bukan hanya cerita cinta antara dua insan semata-mata. Cinta ~ sesuatu yg subjektif, kan? Bukan hanya kaitan antara dua insan tapi lebih dari itu, kan? Ok bye. Moga lebih banyak karya -karya yg istimewa akan muncul.
Saya setuju. Okey, assalamaualaikum


maz omar
mazmalaysia@yahoo.com.my

BAGAIMANA MENGHASILKAN NOVEL YANG TERBAIK?

Apakah yang menyebabkan saudara Ramlee menulis novel yang berkisarkan thriller?
Saya sendiri suka membaca novel-novel thriller. Tetapi, novel-novel thriller yang saya baca tak memuaskan hati. Oleh kerana terasa ada bakat anugerah pada diri, saya pun cuba menulis.

Saya sudah habis sekolah dan sedang mencuba nasib dalam bidang penulisan seperti saudara. Kini, novel saya masih dalam proses. Soalan saya adilah; patutkah jika saya merekakan sesuatu tempat seperti kampung atau taman? Saya hanya tahu beberapa nama pendek buah kampung sahaja di Melaka ini. Tapi, saya jarang ke tempat tersebut.
Itu maknanya saudari tidak mempunyai fakta latar tempat. Oleh itu, lebih baik dan selamat untuk saudari fiksyenkan sahaja latar tempat. Kalau saudari menggunakan nama tempat yang betul, tetapi mempunyai fakta yang salah, nanti pembaca akan pertikai.

Bagaimana atau apa yang perlu saya lakukan untuk menghasilkan novel yang terbaik?
Banyak membaca, menonton dan mendengar. Membaca kenalah bermacam-macam novel dan juga bahan ilmiah. Membacalah tulisan orang lain untuk mendapat ilmu. Menonton, pula adilah untuk melihat tekniknya. Mendengar pula adilah untuk merakam pengucapan-pengucapan komunikasi sesama manusia untuk digunakan di dalam dialog. Percakapan Manusia menggunakan bahasa yang mudah. Itulah bahasa yang elok diginakan di dalam novel. Akhir sekali, kita mesti terbuka untuk perubahan. Jika perubahan manuskrip dicadangkan oleh kenalan, lebih-lebih lagi pihak editor, kita mesti bersedia untuk merombak karya sebab mereka lebih arif akan selera pembaca. Jangan sekali-kali mempunyai pendirian tidak mahu mengubah walau satu ayat atas nama hak sebagai penulis. Pada saya, pendirian begitu adalah pendirian orang yang sombong.


anasuha atiqah
ann_ela_sam10@yahoo.com

APAKAH SAYA TERLALU MUDA UNTUK MENULIS?

Assalamualaikum saudara Ramlee. Saya salah seorang peminat setia saudara kagum dengan semua karya yang saudara Ramlee hasilkan. Saya benar-benar tidak sangka ada orang berjaya memikirkan aksi-aksi di luar jangkaan saya. Disebabkan imaginasi saudara yang hebat berjaya menarik minat saya untuk membaca semua hasil karya saudara. Bagaimana dengan novel terbaru saudara? Apakah tajuk kali ini yang menjadi pilihan saudara? Novel baru saudara ini mengisahkan apa?
Novel terbaru saya ialah Cinta Sang Ratu, iaitu kesinambungan Bagaikan Puteri.

Saya tertanya-tanya bagaimana saudara berjaya menghasilkan novel thriller yang sebegitu? Bagaimana saudara boleh mendapat idea yang begitu hebat?
Waalaikumsalam. Terima kasih kerana menganggap karya saya hebat. Dan saya pulangkan puji-pujian itu kepada ALAH Taala. Setiap kali hendak menulis, saya akan berdoa untuk meminta idea yang baik dari ALLAH. Ia adilah semata-mata ilham yang dipinjamkan.

Berdasarkan dengan semua hasil karya saudara memang layak saudara digelar novelis thriller no.1 Malaysia. Untuk pengetahuan saudara, semangat saudara menjadi inspirasi saya untuk menghasilkan karya sendiri tetapi tidak sesuai berdasarkan peringkat saya.
Sebenarnya usia tidak membataskan karya. Cuma kita perlu ada kematangan dalam berfikir iaitu kita boleh menapis mana-mana idea yang tidak sesuai dan sebaliknya mengembangkan ilham yang kita anggap sesuai. Selalu-selalulah berdoa untuk mendapatkan idea-idea yang hebat.

Saudara,bolehkah saya tahu apa e-mail saudara agar lebih mudah saya berhubung dengan saudara.Bukan mudah dapat berkomunikasi dengan novelis-novelis tanah air nih.Itupun jika saudara sudi.Setakat itulah sahaja soalan saya.Saya berharap agar saudara dapat memberikan kerjasama menjawab semua soalan saya yang menjadi tanda tanya kepada saya.Saya doakan agar saudara terus berjuang dengan novel yang lebih mantap.Saya sentiasa menyokong saudara dari belakang!!
Terimakasih kepada saudari. E-mel saya ialah ramleeawangmurshid@yahoo.com
E-mellah saya.


LENNY ERWAN
Kuala Lumpur
memmie77@yahoo.com

INGIN ADAPTASI NOVEL RAMLEE

Saya seorang penulis drama pentas dan televisyen yang juga peminat saudara. Semua novel saudara yang diterbitkan oleh Alaf 21 sudah saya miliki. Saya berminat dan mempunyai rancangan yang serius untuk mengadaptasi beberapa karya saudara kepada televisyen atau filem. Saya maklum kebenaran hakcipta utama perlu diperolehi daripada Alaf 21, tetapi saya juga berbesar hati sekiranya terlebih dahulu saya dapat berkomunikasi sendiri dan bertukar idea dengan saudara Ramlee. Harap pihak Alaf 21 dapat memberikan emel saya kepada Ramlee berkenaan hal ini. Semoga idea saya ini dapat direalisasi dan
seterusnya bekerjasama dengan pihak Alaf 21.

Saya berbesar hati jika anda hendak mengadaptasi novel-novel saya. Saya tak ada masalah...Insya-ALLAH, okey. Cuma kenalah berurusan dengan pihak Alaf 21. Satu lagi... kalau boleh ada perbincangan di antara kita apabila skrip itu akan ditulis kerana saya perlu maklum mengenai sebarang pengubahsuaian atau memindahkan plot. Sebelum ini pernah berlaku seperti itu dan ceritanya hilang kesan suspens, malah adaptasi itu menjadi hambar apabila disiarkan.
E-mel saya ialah ramleeawangmurshid@yahoo.com


JUWITA AZIZAH
juwita_azizah@yahoo.com.my

SAYA DAPAT RASAKAN APA YANG WATAK RASA!

Assalammuaalaikum dan selamat menyambut Hari Raya Korban dan tahun baru 2007. Semoga tahun baru ini abang Ramlee akan lebih berjaya dengan karya baru ye.. Tahniah dan terima kasih kerana terdapat karya-karya abang Ramlee mencetuskan idea untuk saya menulis. Saya ada soalan yang nak saya tanya.

Saya menulis dari hati saya. Tapi saya pelik bagaimana abang Ramlee boleh mencipta jalan cerita yang berbeza dan ke depan sekaligus berkesan pada saya yang membacanya. Contoh novel Hatiku Di Harajuku abang Ramlee boleh terbangkan saya ke Jepun dan yang paling istimewa novel ADAM. Setiap kali saya membaca novel tersebut tangan saya pegang dada saya sendiri bagaikan dada saya itu berparut malah saya dapat merasakan Hilman tu tak jauh ada dalam hati saya. Saya ambil masa untuk kembali ke alam nyata.
Cerita saya berbeza kerana saya cuba tidak akan berfikir seperti penulis lain. Jika penulis lain lebih pada cinta, saya cuba lari dari konsep tu. Bila lari, ia nampak berbeza. Saudari mengurut dada kerana ada penghayatan yang tinggi. Malah, itulah harapan saya agar setiap yang ditulis akan sampai ke hati pembaca. Bila pembaca rasa, ertinya ia berhasil. Dalam konteks ini, ertinya, Juwita menjiwai watak saya, sampai ke hati.

Saya hairan kenapa bila saya syok menulis saya boleh membawa watak saya dalam novel tersebut. Patut atau pun tak patut?
Jika membawa watak sendiri di dalam novel hingga 100 %, ia memang tak patut kerana kita akan terikat dengan penulisan itu sendiri. Seelok-eloknya, biarlah sebahagian sahaja watak di dalam novel adalah diri kita kerana kesemua watak-watak di dalam novel adalah fragmen diri kita sendiri.

Bagaimana saya nak menghasilkan sebuah cerita yang berkualiti adakah saya patut mengupas kisah yang benar?
Masalah menulis kisah benar ialah ia agak terikat. Jika tidak betul faktanya, nanti akan ada orang pertikai. Bagaimana pun, menulis kisah yang benar itu tak salah, walaupun ia amat mencabar.

Akhir sekali terima kasih kerana mencetuskan idea untuk saya menulis,semoga abang Ramlee terus menulis kerana novel-novel abang Ramlee buku-buku rujukan saya. Jumpa lagi.
Terima kasih, Juwita. Teruskan menulis hingga berjaya.


adilah naba
docdil_3012@yahoo.com

KARYA RAMLEE BERMUTU TINGGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan…
Waalaikumsalam, Adilah!

Di sini saya ingin memuji karya-karya saudara, novelis kegemaran saya.
Seperti yang pernah diutarakan oleh seorang peminat sebelum ini, saudara
pandai serta bijak memasukkan elemen-elemen keagamaan dalam karya saudara, sampaikan saya sebagai pembaca salin balik dalam diari kata-kata indah tentang ketuhanan iaitu ALLAH S.W.T.

Bagi saya, saya dapat menambahkan ilmu tentang agama bukan sahaja melalui buku-buku agama malahan ilmu-ilmu tersebut dapat saya peroleh dari karya-karya saudara. Sungguh mangagumkan!! Saya juga kagum cara saudara secara tak langsung menceritakan kepada pembaca tentang ciri-ciri bapa soleh, anak yang baik dan contoh-contoh moral yang baik dalam kehidupan seharian. Bagi saya tak ramai novelis di Malaysia yang mempunyai kredibiliti yang tinggi seperti saudara. Saya mancadangkan pihak Alaf 21 menganugerahkan
saudara dengan anugerah khas…

Syukur alhamdulilah. Dakwah saya yang sedikit dapat dikesan dan dimanfaatkan
oleh saudari.

Cara penyampaian saudara tidak melalut, mengandungi banyak fakta-fakta yang berguna dalam pelbagai bidang seperti guaman dan perubatan serta sains dan teknologi. Membaca hasil karya saudara boleh membuatkan kita berpijak di bumi yang nyata. SUNGGUH!! Dan bukan buatkan kita terapung di awang-awangan, berkhayal tentang sesuatu yang fantasia semata-mata. Syabas saya ucapkan kepada saudara. Akhir kata, saya harap saudara dapat meneruskan penghasilan karya-karya bermutu melalui sentuhan ajaib saudara selagi nadi masih berdenyut!!
Pujian dan doa Adilah amat saya syukuri. Saya amat menghargainya kerana saudari mendoakan yang baik-baik buat saya. Amin, ya ALLAH.


Samsiah Lansa,
Lahad Datu, Sabah

SAMSIAH BERDUKA BILA LAKSAMANA SUNAN MATI?

Sejak terbit di pasaran hingga kini, pihak kami selalu menerima pelbagai komen yang positif berhubung dengan novel BAGAIKAN PUTERI. Rata-rata para pembaca meminati watak Laksamana Sunan, antagonis di dalam novel itu.

Di antara pelbagai komen yang tiba ke meja kami, baru-baru ini kami menerima lukisan rasa Samsiah Lansa, dari Lahad Datu, Sabah. Beliau menulisnya di atas kertas kecil. Berikut adalah puisi beliau yang tercetus setelah menatap BAGAIKAN PUTERI.

“Apabila hujan turun
melimpahlah air dari perbukitan
aliran menujah ke batu
melekuk tanda waktu beralih
seiring nyawa menghanyut usia
sejalan nafas melangkah ke hujung.

Awan…
kalau dapat dicapai maka saktilah hamba.
Kamu bagaikan puteri, Haryani.”

“Rinduku pada insan sepertimu
cemburu dalam fantasia
kemelut melanda saat tarikan pertama
tersimpul kaku

Sungguh syahdu perasaan yang hilang
dalam rimbun kasih yang tiada
tercari-cari kala hembusan selat
menyisip ke sisi

Dalam sedar
ingin lena pada mimpi
yang kesekiankalinya tak mungkin ada

Dalam sisa-sisa yang termampu
untuk terus belayar dalam bahtera harapan
takkan punah kala jaga
bila senyum bertaut
dalam ingatan dirimu
yang tiada.”

Oh, Tuhan kucinta dia
berikanlah aku hidup.”

NOTA: Saya rasa, saudari berdukacita bila membaca bab-bab kematian Laksamana Sunan di dalam BAGAIKAN PUTERI. Tunggulah CINTA SANG RATU, iaitu Bagaikan Puteri II. Saudari akan menemui Laksamana Sunan kembali! ~ Ramlee Awang Murshid