Ariana
Adri
eridanus_1505@yahoo.com
Saya
adalah salah seorang peminat akak. Saya nak ucapkan tahniah atas kejayaan
novel-novel akak yang mendapat sambutan ramai. Tapi sejak kebelakangan
ni saya dapati novel-novel terbaru akak kurang menyengat, contohnya novel
‘Gelora Jiwa’ dan yang terbaru novel ‘Adam & Hawa’.
Entah kenapa novel akak yang terbaru ni tidak begitu berkesan, masa saya
baca feeling dia tak ada... tak seperti masa saya baca novel-novel akak
yang dulu. Adakah ia disebabkan editor yang mengedit novel akak? Bukan
apa, kebelakangan ni kebanyakan novel yang baru terbit di bawah editor
yang baru ini kurang menyengat. Bukan novel akak saje malah novelis lain
yang dulunya hebat, sekarang macam ada something yang kurang tapi saya
tak tahu apa... rasa macam dipotong pun ada. Well... itu sajelah komen
saya. Saya harap novel akak yang terbaru nanti mendapat semula something
yang hilang tu... Best of luck!
Terima kasih di atas komen ikhlas adik tu. Sememangnya
kak Aisya cuba memperbaiki setiap novel yang dikeluarkan. Bukanlah salah
editor dik. Beginilah... editor dengan penulis saling memerlukan. Tak
ada penulis, tak adalah editor... begitu juga dengan sebaliknya. Kami
bekerja dalam satu pasukan. Pada kak Aisya, setiap kali buku baru keluar,
kak Aisya akan jadi lebih bersedia menerima komen-komen seperti adik ni
supaya kak Aisya tahu di mana kesilapan dan kesalahan di dalam buku kak
Aisya tersebut. Kalau adik kata buku terbaru kak Aisya ni kurang menyengat,
tapi orang lain ada jugak yang suka. Sebenarnya, ini semua citarasa masing-masing.
Bak kata bos Alaf 21, “ada suka makan kuetiau letak telur. Ada pulak
yang tak suka letak telur” (bos, jgn mare I ambil quote you ni...
hehehe!!!). Walau apapun, kak Aisya terima komen adik ni sebagai ingatan
dan panduan untuk kak Aisya lebih berhati-hati dengan kehendak pembaca
terutama pembaca seperti adik ni.
Putri
Tipah
adikmanis_84@yahoo.com
Kak
Aisya boleh bagi tips tak camane cara nak tulis novel? Kena ambil kursus
dulu ke?
Mcmaner nak jadi penulis yg baik??? Aduhhh! Susah
gak kak Aisya nak jawab soalan adik ni. Walau apa sekalipun, keyakinan
yg tinggi mesti ada. Maksud kak Aisya, keyakinan utk menulis sesebuah
cerita kuat dalam fikiran dan dalam hati. Tapi dalam waktu yg sama, bykkan
membaca untuk melihat gaya penulisan dan olahan seseorang penulis itu.
Sambil menyelam, minum air dik! Kalau nak ambil kursus, itu lebih baik.
Selamat maju jaya!!!
A
_Tikah
a_tiekah@yahoo.com
Assalamualaikum...
Saya nak tanya... camne nak tahu perkembangan tentang Aisya Sofea? Camne
nak tau tentang pengeluaran novel terbaru beliau? Kalau pihak Alaf 21
21 boleh berikan saya email Aisya Sofea tlglah reply my email...
Kalau adik nak tahu perkembangan kak Aisya, ada
tiga cara sebenarnya. Satu, hantar pertanyaan adik pada Alaf 21 dan Alaf
21 akan segera menghantar email adik pada akak. Yg keduanya, adik boleh
masuk laman web Alaf 21 ie. www.Alaf 2121.com.my ataupun adik boleh pergi
ke blog kak Aisya sendiri www.myaisyasofea.blogspot.com (walaupun kak
Aisya sebenarnya jarang update kat sini sbb tak brape reti lagi selok
beloknya. Belom tamat kursus lagi dik... hehehe!!!). Jadi, jgn segan.
Singgah2xlah bila ada kelapangan, okey!
Momo
Azura Zack
mozita_azura@yahoo.com
Apabila
saya mula membaca novel Alaf 21 sejak setahun yg lalu, saya dapat perhatikan
kebanyakan penulis mempunyai persamaan dalam watak 'heroin'nya. Wataknya
suka merajuk, keras kepala, kononnya benci kepada heronya atau 'playing
hard to get'. Kalau difikirkan memang watak typical buku Mill's &
Boon. Tidakkah ini akan membosankan pembaca nanti? Atau pembaca boleh
agak jalan ceritanya sekadar membaca sinopsis buku? Apa pendapat puan
tentang ini?
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana
saudari setia dengan novel2x keluaran Alaf 21 sehingga kini. Mmg saya
tak nafikan, buku-buku mengenai love story ni tidak lepas dari rasa rajuk,
benci tapi sayang dan playing hard to get. Saya juga mengaku, perasaan
saudari itu turut saya alami jika membaca buku-buku Inggeris. Beginilah...
anggap sahaja kehidupan ini penuh dengan suka duka, bahagia dan derita.
Sesekali kita ketawa, sesekali kita juga menangis. Dalam dunia kasih sayang
antara lelaki dan perempuan, hubungan itu tidak pernah lekang dengan cemburu,
benci, marah dan kecewa. Namun jika hati sebenarnya sudah terpaut, perasaan
itu hanya di luaran sahaja. Jauh di sudut hati, perasaan itu sebenarnya
makin teguh. Hati seorang perempuan tidak pernah lepas dari perasaan sebegini.
Bagi saya, perasaan sebeginilah yang membuatkan sesuatu cerita itu lebih
manis dan berkesan di hati pembaca lebih2x lagi pada pembaca wanita khususnya.
Saya harap, penjelasan saya ini sedikit sebanyak memuaskan hati saudari.
Semoga saudari terus menyokong dunia penulisan novel2x tempatan. Sekian,
terima kasih. Wassalam...
Mayahaslea
Haslan
haslea_luna@yahoo.com
Saya merupakan
slh seorang drpd peminat puan. ‘Sehangat Asmara’, mcm xcaya
lak seseorg boleh menunggu sehingga 9 thn... Tp mmg syok cerita tu.
‘Adam & Hawa’, cerita yg cukup menarik. Rasa spt 'terjatuh
cinta' plak pd watak Adam Mukhriz. Memang best. Harap puan dpt menulis
karya yg lebih best lg. All the best... buat Aisya Sofea!
Alhamdulillah. Rasa gembira bila ada peminat yang
memberi feedback yang baik pada buku ‘Adam & Hawa’ ni.
Terima kasihlah kerana minat dengan buku Kak Aisya yang terbaru ni dan
juga minat dengan Adam Mukhriz. Kak Aisya pun minat dengan Adam... hehehe!!!!
Kak Aisya ni pun, baru nak start buat buku baru. Doa2xkanlah buku ni keluar
tahun ni juga, okey. Terima kasih kerana menerima baik buku-buku Kak Aisya.
Ainunku
Ain
ainunku_ain@yahoo.com
Bila novel
terbaru keluar, cepat2 la inform kat kami ni... tak sabar nak membelinya...
InsyaAllah. Dalam pada masa yang sama, rajin-rajin
jugalah ye intai web Alaf 21. Mana tahu ke... tiba-tiba muncul buku baru
bulan depan ke (gurau jer!!!).
Faidza
Abdullah
faidzamay73@yahoo.com
First of
all, tahniah atas kelahiran ‘ADAM & HAWA’ yg mana rata2
semua yg telah membacanya cukup berpuas hati dgn jalan cerita novel tersebut.
Bagi diri saya, ia membangkitkan keinginan saya utk mengerjakan Umrah
suatu hari nnt... Insya-ALLAH.
Terima kasih. Alhamdulillah. Saya gembira sekurang-kurangnya
buku saya ini telah membuka hati saudari untuk mengerjakan umrah. Sekurang-kurangnya,
niat tu penting.
Saya teramat meminati cara penulisan Kak Aisya. Got all your
novels... Tak teringin ke Kak Aisya mencuba utk ‘men-telenovela-kan’
novel2 Kak Aisya spt yg pernah dilakukan oleh Kak Sharifah Abu Salem (Gerimis
Di Hati)? Saya yakin seandainya novel Kak Aisya difilemkan or di’vcd’kan
mesti gempak habis... Lagi2 kalau ‘ADAM & HAWA’ or ‘
KAU UNTUKKU’. Tapi jika suatu hari nnt Kak Aisya tergerak utk melakukannya,
saya harap pemilihan pengarah dan pelakon terutamanya dibuat dgn terperinci.
Kerana pd saya, tiada gunanya skrip hebat tp penghayatan pelakon kaku...
dan arahan yg tidak mampu menarik minat penonton utk menonton dr mula
hingga tamat.
Aduhai... siapalah Kak Aisya untuk melakukan apa
yang pernah kak Pah (Sharifah Abu Salem) lakukan. Belum terfikir lagi
nak buat skrip sbb Kak Aisya rasa Kak Aisya belum pandai lagi untuk menulis
sebuah skrip drama. Sebenarnya Kak Aisya pernah buat satu skrip drama...
dah lama jugak. Tajuk drama tersebut 'Buat Yang Tersayang' yang dilakonkan
oleh Rosyam Nor dan Haliza Misbun. Tahun berapa tak ingatlah. Cuma Kak
Aisya rasa, itulah percubaan pertama Kak Aisya, dan sejak itu belum terfikir
untuk menulis skrip drama lagi. Tapi, tak tahulah kalau hati kembali terbuka
esok-esok.
Apakah projek terbaru Kak Aisya? Dan bila ianya dijangka akan menemui
kami peminat Kak Aisya? Apa azam Kak Aisya utk tahun 2006 ni?
Projek terbaru? Kak Aisya baru nak memulakan buku
terbaru Kak Aisya. Ttg azam baru pula, biasa-biasa saja. Melaluinya seperti
hari-hari yang sebelumnya tapi Kak Aisya pastikan hari ini adalah lebih
baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini.
Ok sekian tp sebelum tu, ini pertanyaan dr rakan saya... adakah Kak Aisya
mengenali mana2 pilot yg ada ciri2 Adam Mukhriz in real life???
Hehehe... takder sorang pun!
Ayu
putriayu99@yahoo.com.sg
Hai Kak Aisya... Congrats atas kehadiran "Adam & Hawa"!!!
I have always enjoy reading your books dan tak pernah jemu biar pun berulang
kali dibaca. Ternyata setiap buku penulisan Kak Aisya punye jalan cerita
yg tersendiri, begitu juga dgn watak-watak dlm karya Kak Aisya seolah-olah
‘bernyawa’ dan ‘hidup’ yg selalu dapat membawa
kita semua sama-sama tenggelam. Hehehehe... sbb tu lerr tak lama dah boleh
habis baca. Kalau dah mula selalu terbawa sehingga 3 atau 4 pagi (almaklum
tak sabar nk tahu kehabisan citer). Tapi kalau dah habis baca mesti nak
berulang lagi... (mcm ‘Sehangat Asmara’ this is my favourite...
ntah dah berapa kali saya ulang membacanya).
So,
Kak Aisya jgn biarkan peminatmu yg setia ini ternanti-nanti... ber’Gelora
Jiwa’ ini setiap kali menunggu buku terbaru dari Kak Aisya.
Akhir sekali selamat berkarya dan syabas!!!
Terima kasih kerana meminati buku-buku Kak Aisya.
Amboi... ber'nyawa' betul ke watak-watak yang Kak Aisya karangkan dalam
buku-buku tersebut dik? Alhamdulillah, sebenarnya, kalau ada pembaca yang
dapat menjiwai watak-watak tersebut, Kak Aisya rasa cukup puas hati. Seperti
mana Kak Aisya menulis dan menjiwai watak di dalam satu-satu buku, begitu
juga yang Kak Aisya ingin pembaca rasakan. Insya-ALLAH, Kak Aisya baru
nak buka buku baru. Semoga buku baru ini selesai 'on-time' dan dapat dibaca
oleh pembaca2x setia Kak Aisya tahun ini juga, Insya-ALLAH. Doa2xkanlah
ye! Wassalam...
Najwatul
Husna
najwatulhusna@yahoo.com
Best la novel-novel
Kak Aisya. Bila baca novel akak, cam kita yang ada dlm cite tu... so romantik...
so loving... So, Kak Aisya ada tak email peribadi? Boleh kita sembang-sembang
bila ada kelapangan. Masa pameran buku kat PWTC tak sempat nak dapatkan
tandatangan Kak Aisya... sedihnya... anyway, tak pe, kan ada lagi Pesta
Buku... Insya-ALLAH... mungkin kita berjumpa... Anyway Kak Aisya... good
luck for your career... teruskan usaha akak untuk hasilkan novel2 yang
terbaik dan bermutu...
Betul ke
loving dan romantik??? Hehehe... ini bermakna adik betul-betul menjiwai
buku-buku cerita Kak Aisya tu. Kalau nak bersembang atau nak bertanya
apa-apa, bolehlah hantar pada Alaf 21 dan emel adik akan terus dihantar
pada akak. Dari sana nanti, Kak Aisya akan pick up mesej adik tu dan bolehlah
kita ber'emel' secara direct. InsyaAllah kalau panjang umur, bolehlah
jumpa di Pesta Buku tahun depan pula. Jumpa adik di sana nanti, ye! Terima
kasih kerana menjadi pembaca setia buku-buku AS.
Rain
Pippa
myth0611@hotmail.com
1stly nak ucapkan tahniah kepada
akak dengan terbitnya ‘Adam & Hawa’.
Novel2 akak sememangnya saya nanti-nantikan. Akak merupakan satu bakat
besar dalam bidang penulisan di negara kita ini. Dari ‘Jauh’
sehinggalah yang terbaru ni ‘Adam & Hawa’, semuanya telah
saya miliki, dan saya akan terus menunggu hasil tulisan akak yang seterusnya.
Terus-terang saya katakan,
saya agak kecewa dengan ‘Adam & Hawa’. Walaupun
ayat akak mmg bisa meruntun hati pembaca tapi tidak dapat tidak saya terbayangkan
cerita ‘Paradise’ tulisan Judith Mcnaught apabila terbaca
beberapa part dalam novel ini. Saya tahu akak peminat novelist ini dan
novel ‘Paradise’ merupakan novel kegemaran akak (saya terbaca
dalam Mingguan Wanita). ‘Paradise’ juga novel favourite saya.
Dan boleh dikatakan saya hafal setiap apa yang berlaku dalam novel tersebut.
Saya tidak mengatakan akak meniru tapi tidak dapat tidak keraguan itu
terlintas juga di fikiran saya.
Salah satunya ialah adegan
percintaan Johan dengan Azie secara curi-curi sama macam percintaan Lisa
dengan Parker. Walaupun ceritanya lain tapi familiaritinya hampir sama.
Ke2 ialah semasa Hawa menemani Adam di pejabatnya. Sama macam Meredith
pergi ke pejabat Matt apabila mereka mahu keluar bersama. Perkara ini
juga dirasai oleh kawan saya. Bila dia selesai membaca ‘Adam &
Hawa’, dia cakap pada saya “Aku macam pernah baca je benda
ni." Juga terdpt sedikit kesilapan dalam novel akak apabila Hawa
menyatakan kali terakhir beliau berjumpa Adam di Australia tetapi masa
terakhir mereka jumpa adalah di airport. Maaf, sila betulkan kalau saya
silap.
Saya harap itu hanya kebetulan
dan akak boleh beri penerangan yg lebih
lanjut mengenai perkara ini. Jangan bimbang, saya masih lagi peminat akak.
Saya akan tetap beli semua karya akak, cuma saya harap akak dapat beri
penjelasan.
Maaf
sekiranya pertanyaan saya mengguris hati akak.
Sekian.
Hmmm...
nak ketawa pun ada, terkecewa pun ada, terkejut pun ada. Bercampur2 perasaan
Kak Aisya bila membaca tulisan adik ni.
Mmg
tak dinafikan JM idola Kak Aisya. Cuma yg terkejut sikit tak menyangka
sama sekali bahawa cerita A&H ni begitu sama dalam jalan ceritanya.
Ini yang buatkan Kak Aisya nak ketawa betapa kuatnya pengaruh JM pada
Kak Aisya sehingga tak terfikir bila buat cerita A&H ni, ada persamaannya
dengan cerita ‘Paradise’ yg Kak Aisya minat tu. Adusss...
macamana boleh jadi macam tu, sedangkan plot tu datang dengan sendirinya
dan terlintas langsung ataupun ada sesuatu yg boleh trigger minda Kak
Aisya untuk menyedarkan bahawa jalan cerita A&H ni ada persamaan dengan
‘Paradise’.
Bila
adik hantar emel ini dan menyedarkan Kak Aisya tentang persamaan dua buah
buku ni, perasaan Kak Aisya macam dah surut jer...! Sebenarnya, kali pertama
timbulnya idea A&H ni, bila Kak Aisya teringatkan Masjidilharam. Mungkin
bila perasaan teruja, Kak Aisya tak sedar persamaan itu. Kak Aisya minta
maaf kalau jalan ceritanya ada persamaan dengan ‘Paradise’,
tapi waktu Kak Aisya terima plot A&H, Paradise was definitely not
in my mind. Perasaan Kak Aisya begitu teruja bila teringatkan Masjidilharam
dan pertemuan Adam dan Hawa di sana. Bila dah ada gambaran tersebut, maka
cerita datang dengan sendiri sehingga tak sedar ada persamaannya. Kak
Aisya nak minta maaf sekali lagi kalau perkara sebegini tidak menyenangkan
perasaan adik dan pembaca-pembaca yang lain. Dan terima kasih dengan teguran
adik ini. Kak Aisya akan lebih berhati-hati menulis takut timbul masalah
seperti ini lagi di masa2 hadapan. Wassalam.
Nurul
Ain
erainz88@yahoo.com
Adakah
Kak Aisya pernah menuntut ilmu dalam bidang penulisan secara mendalam
sehingga dapat melahirkan novel2 yg bermutu?
Tak pernah menuntut apa2 pun dik. Semuanya bermula
dari minat Kak Aisya yang suka membaca buku2 cerita. Dari situ, Kak Aisya
belajar teknik menulis dan gaya penulisan seseorang itu.
Bagaimana
mengolah sesebuah idea yg diperoleh sehingga dapat menghasilkan sesebuah
novel yg menarik?
Kak Aisya menulis ikut rasa hati. Kak Aisya cuba
memasukkan diri Kak Aisya dalam cerita yang Kak Aisya reka. Itu saja.
Mungkin dengan cara itu, cerita akan lebih nampak real dan berkesan di
hati para pembaca.
Bagaimana
untuk menghasilkan sesebuah novel yg bermutu?
Kalau Kak Aisya, senang saja. Ambil tips yg Kak
Aisya berikan tadi. Jadikan watak2 yg direka dekat dengan hati adik, terutama
sekali watak-watak utama. Plot mesti kuat, tapi jgn terlalu kompleks sampai
memenatkan fikiran sehinggakan pembaca terpaksa menyelak semula muka surat
yg sebelumnya untuk memahami jalan cerita. Sebenarnya, kalau jalan cerita
ringkas pun, tapi dengan adanya watak2 yang kuat untuk menyerlahkan jalan
cerita, pun tetap diterima pembaca.
Bagaimana
untuk memulakan jalan penceritaan sesebuah novel dan bagaimana pula untuk
mengakhirinya?
Tepuk dada, tanya selera. Itu terpulang pada penulis
bagaimana nak mengolahnya. Untuk membuat satu-satu cerita itu 'catchy'
pada pembaca, yg paling penting adalah bab pertama, ayat pertama dan paragraph
pertama.
Bagaimana
caranya untuk menerbitkan sesebuah novel dan memasarkannya? Ini kerana
saya sangat berminat untuk menghasilkan novel saya sendiri namun saya
tidak mempunyai asas dan kurang arif dalam selok-belok bidang penulisan
serta tidak tahu bagaimana caranya untuk menyalurkan idea2 yg saya perolehi
sehingga dapat menghasilkan novel saya sendiri. Diharap Kak Aisya dapat
membantu saya dengan memberikan tips yg berguna.
Adik boleh menghubungi pihak Alaf 21 untuk adik
mencapai hasrat adik itu. Jangan malu dan segan bertanya dari mereka kerana
mereka semua dapat membantu adik, okey? Kak Aisya doakan adik semoga sukses
dengan cita2 adik untuk menjadi seorang penulis yang berjaya.
nor.azira.mohd.amin
nor.azira.mohd.amin@my.pwc.com
Siapakah
idola kak aisya.
Adalah beberapa orang. Salah seorangnya Sharifah
Abu Salem. Akak suka dengan gaya penulisan dia.
Bagaimanakah
bermulanya sejarah (niat) menjadi seorang penulis novel dari seorang setiausaha
(Kak Aisya, setiausaha dulu kan????)?
Semuanya kerana minat membaca. Tapi masa sekolah2
dulu, dah mula menulis sikit2. Dari cerita pendek, sampailah cerita panjang.
Kemudian jadilah novel pulak. Macam tu lah...
Apakah
projek terbaru selepas ‘Adam & Hawa’. Di tahun 2006 rasanye...
dan bila?? Sekarang ni tgh mula buat cerita terbaru.
Tapi terhenti sekejap selama seminggu ni sebab sibuk yang amat dengan
saudara-mara yang berkahwin (tak taulah macamana nak pick up mood semula...
hehehehe!)
Bagaimana
caranya untuk mendapatkan tandatangan Kak Aisya pada kesemua buku yang
telah diperolehi (takde fan club ker? Ala2 Akademi Fantasia tu... hihihi)?
Kalau nak dapatkan tandatangan pada buku2 yang dibeli
tu, tunggu Kak Aisya di Pesta Buku akan datang i.e. pada bulan Mac depan.
Tarikhnya pula tak berapa pastilah. Tapi Insya-ALLAH Kak Aisya akan berada
di sana nanti.
TERA
JALI
tj140781@yahoo.com.my
Bagaimana
puan mendapatkan ilham untuk menghasilkan sebuah novel yang berkualiti
dan berkesan kepada pembaca?
Saya lebih senang menghasilkan sesebuah novel itu
bersandarkan kepada kejadian yg boleh dan mampu berlaku dalam kehidupan
kita sehari-hari. Saya sebenarnya lebih senang mengambil pendekatan sejauh
mana buku saya mampu memberi kesan kepada pembaca saya. Jika buku tersebut
berkesan dan memberi impak yg positif kepada pembaca, saya anggap buku
tersebut berjaya.
Adakah puan menetapkan satu target terhadap sesebuah novel yang puan hasilkan?
Target? Saya tidak berapa jelas dengan maksud saudara/i.
Tetapi jika saudari maksudkan tentang pencapaian sesatu buku yg dihasilkan,
itu sudah pasti. Tapi ianya tetap terpulang kepada penerimaan pembaca2.
Semoga jawapan saya ini memenuhi kehendak saudara/i.
Sekiranya saudara/i ingin bertanyakan lebih lanjut, saudara/i bolehlah
menghantarkannya terus kepada Alaf 21.
Raina
Abdul Rahman
rezleens@yahoo.com
Saya
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas penerbitan buku-buku yang bermutu
dan penuh ilmiah.
Saya ingin meminta jasa baik pihak Alaf untuk menyampaikan salam perkenalan
saya kepada novelis Aisya Sofea. Saya amat meminati hasil tulisan beliau
dan terbaca tentang perkembangan beliau daripada keratan-keratan akhbar
dan majalah. Pelik kan... tapi sesiapa saja yang jatuh cinta terhadap
novel-novel tulisannya... pasti ingin berkenalan lebih lanjut dgn empunya
diri... jadi, kalau boleh saya ingin mengenali beliau biarpun hanya melalui
emel.
Apa khabar? Terima kasihlah kerana meminati tulisan-tulisan
saya. Tak ada apa yang istimewa tentang diri saya ni. Tapi kalau saudari
Raina ingin berkenalan dan ber'emel' dgn saya, saudari bolehlah hantarkan
emel pada Alaf 21, so dari situ saya akan balas emel saudari Raina nanti,
Insya-ALLAH.
Siti
Aishah,
Singapura.
siti115@hotmail.com
Kasih
yg tak terhingga saya ucapkan kerana setelah beberapa lama saya menunggu
novel seterusnya dari akak selepas ‘Gelora Jiwa’, akhirnya
rindu saya betul2 terubat dgn kehadiran ‘Adam & Hawa’.
:)
So,
dah sihatlah biler dah terubat ni? Hehehe....
Saya
adalah salah seorg dari peminat akak... Berasal dari Singapura. Ini menyukarkan
saya utk mendapatkan novel akak kecuali saya harus ke seberang tambak
semata-mata utk membeli novel akak. Tapi itu semua tak menjadi masalah
kerana minat yg tersgt utk terus membaca novel2 akak yg power!!!
Terima
kasih banyak-banyak kerana bersusah payah saudari menyeberang Selat Tebrau
tu semata-mata untuk mendapatkan buku Kak Aisya.
Bermula
dgn ‘Jendela Hati’, saya terus mengikuti novel2 akak yg seterusnya.
Kini, semua novel akak dari ‘Jauh’ hinggalah ‘Adam &
Hawa’ menjadi koleksi peribadi saya.
Terima kasih sekali lagi.
Bagaimana
akak mendapat idea utk menghidupkan watak2 utama dalam setiap novel akak?
Dan apakah rahsia penulisan akak yang membuatkan kita tidak jemu2 membacanya
berulang-ulang kali? Hinggakan saya betul2 jatuh cinta dgn watak 'Ahmad
Fuad' dlm ‘Kau Untukku’, dan skrg jatuh cinta sekali lagi
pada ‘Adam Mukhriz’... Alangkah bahagianya saya jika bakal
suami saya nanti mempunyai sifat2 sedemikian. Buat pengetahuan akak, saya
masih single lagi dan belum berpunya.
Takper dik! Ramai yg minat dgn Ahmad Fuad sehinggakan
mak saudara akak pun suruh suami dia tukar kereta ke Honda CRV... Hehehe!!!
Gara-gara penangan Ahmad Fuad. Tapi sebenarnya dia teringinkan Harrier
sebab dia minat ‘Sehangat Asmara’. Insya-ALLAH, bila dah jumpa
dan hati berkenan, itulah 'Ahmad Fuad' atau 'Adam Mukhriz' adik nanti.
Akhir
sekali, saya doakan agar akak sentiasa sihat dan always full of new ideas
to write your next and next novels!!! Tak sabar rasanya untuk membaca
novel akak yg seterusnya... Hehe... Jgn biarkan saya menunggu lama ye
kak... ;)
Well... Thank you again. Sebenarnya bila dapat emel
dan kata-kata perangsang dari peminat seperti saudari ini membuatkan Kak
Aisya terhibur dan bersemangat untuk terus menulis buat pembaca-pembaca
setia Kak Aisya. Wassalam...
Wan
Noor'aili
elly@pos.com.my
Terlebih
dahulu saya ucapkan ribuan tahniah kepada puan di atas keluaran novel
terbaru bertajuk 'Adam & Hawa'. Saya telah pun membaca buku tersebut
dan seperti yang saya harapkan jalan ceritanya tidak mengecewakan. Saya
amat tertarik dgn jalan cerita ‘Adam & Hawa’ yang begitu
menyentuh hati dan perasaan.
Sikap
Ain Hawani yang terlalu keras hati selama lapan tahun itu menjadi lembut
dan boleh menerima suaminya, Adam dengan hati yang tenang setelah mendengar
bacaan ayat2 suci Al-Quran ketika Adam mengimamkan solat Maghrib. Saat
Ain mencium tangan dan mengatakan “ampunkan Ain bang”... aduhhhh
begitu terasa dan menyentuh hati sangat. Tahniah sekali lagi saya ucapkan
kepada puan kerana buku ini membuatkan saya ingin membacanya berulang
kali.
Saya ingin bertanyakan kepada puan, kenapa puan tidak jadikan jalan cerita
ini dalam bentuk filem atau drama? Saya rasa, kalau 'Adam & Hawa'
dilakonkan oleh Rosyam Nor dan Syarifah Eja, mesti meletup punya la...
Dengan ini saya harapkan puan akan terus menghasilkan cerita-cerita yang
lebih baik dan best lagi di masa-masa yang akan datang. Selamat Maju Jaya.
Terima kasih kerana meminati ‘Adam & Hawa’.
Saat Adam mengimamkan solat Maghrib ketika itu turut menyentuh perasaan
saya bila saya membacanya kembali. Tentu saudari mampu menggambarkannya,
jika tidak tentu gambaran itu tidak menyentuh perasaan saudari, kan? Tentang
drama pula, nantilah dulu kalau ada tawaran... cewah! Kalau kena pada
pelakonnya juga, apa salahnya, kan? Agak-agak saudari, siapalah paling
layak untuk berlakon sebagai Adam dan Ain? Nanti bolehlah kita bincang-bincangkan...
.
Ainunku
Ain
ainunku_ain@yahoo.com
Ermmmm...
saya nak panggil dengan panggilan apa ye? Tak kisah kan? Saya panggil
Kak Aisya yer... Kam nak tanya... sejak bila berkecimpung dalam bidang
penulisan ini? Dan ada tak novel terbaru yang akan diterbitkan selain
novel berjudul ‘Adam & Hawa’? Saya juga merupakan peminat
Kak Aisya ni... sejak2 inilah menjadi gila dengan novel...
Waalaikumussalam Kam. Terima kasih kerana meminati
buku-buku tulisan Kak Aisya. Sejak bila kerkecimpung dalam bidang penulisan?
Sejak di bangku sekolah lg. Masa tu Kak Aisya suka tulis cerpen sahaja
dik! Sekarang ni Kak Aisya sedang mula menulis buku terbaru Kak Aisya.
So, tunggulah ye. Hopefully, keluar tahun depan kot, Insya-ALLAH. Terima
kasih sekali lagi dengan sokongan adik tu, Kak Aisya semakin bersemangat
untuk terus menulis...
Hamidah
Omar
hamidah@celcom.com.my
Sebelum
bermula menulis sesuatu cerita, adakah Kak Aisya telah bersedia dengan
setiap peristiwa dari mula hingga akhir babak di dalam novel? Atau idea-idea
ini hanya akan tiba dalam setiap bab?
Terpulang juga. Akak tak suka tercari-cari idea
atau plot. Lebih senang kalau idea tersebut datang dengan sendiri. Tapi
selalunya, bila kepala bekerja, tak semena-mena idea tersebut akan datang
dari mula sampailah akhir kerana bila sekali datang idea, akak begitu
teruja memikirkannya. Seolah2 Kak Aisya sedang membaca buku, ingin mengetahui
apa yang berlaku selepas itu.
Siapakah
penulis novel kegemaran Kak Aisya?
Ramai. Kalau nak dicatit di bawah ni, tentu tak
cukup ruang... hehehe!!!
Kalau
Kak Aisya sudi, saya berbesar hati sekiranya Kak Aisya menggunakan nama
‘Nurina Tihani’ sebagai watak heroin dalam novel akak yg akan
datang (sempena nama puteri kesayangan saya yang juga saya ‘pinjam’
dari pasangan yg romantis, En. Fuad dan Puan Nurul Umairah – ‘Kau
Untukku)... hehehe...
Boleh... apatah lagi nama Nurina Tihani tu anak
pasangan 'En' Fuad dan 'Puan' Nurul Umairah. Seronok ek???? Kirim salam
sayang saya pada Nurina Tihani tu ye!
Nuraida
Farzanah
sayla143@hotmail.com
Assalamualaikum
Kak Aisya, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kak
Aisya di atas terbitnya novel ‘Adam & Hawa’. Saya rasa
tak rugi saya menjadi peminat setia Kak Aisya sebab novel terbaru Kak
Aisya kali ini pun sangat seronok untuk di baca. Memang lama sudah saya
menunggu novel terbaru Kak Aisya. Ingin saya bertanya kepada Kak Aisya,
bagaimanakah caranya Kak Aisya mencari idea untuk menghasilkan novel-novel
yang sangat baik jalan ceritanya?
Waalaikumussalam.
Terima kasihlah dik! Macam mana idea datang ye??? Hmm... senang aje. Tak
payah difikir-fikirkan idea tu. Datang dengan sendiri aje. Cuma dalam
kepala tu, idea datang macam air, tapi kadang-kadang bila nak mengolahnya
dan cuba mereka ayat dan perkataan, seolah macam kita kehilangan kata-kata
pulak!!! Hehehe... kadang-kadang bila dah 'excited', jadi macam tulah!
Macam ‘Adam & Hawa’, idea datang waktu Kak Aisya habis
aje ‘Gelora Jiwa’. Sebaik sahaja ‘Gelora Jiwa’
selesai, memang Kak Aisya tak bertangguh, terus aje sambung untuk ‘Adam
& Hawa’ pula. Kiranya, tak ada rehatlah tu. Tapi kadang-kadang
tu, tersasar juga hingga dua tahun. Lama pulak 'break'nya tu... hehehe!!!
nadzirah
mohamad
nadz_libra@yahoo.com.my
Adakah Kak Aisya belajar secara khusus untuk mengarang sesebuah novel?
Assalamualaikum
Tak ada dik. Kak Aisya tak ambil apa-apa pengkhususan untuk jadi penulis.
Asalnya Kak Aisya cukup suka membaca. Apa sahaja bahan bacaan, Kak Aisya
baca..., apatah lagi buku-buku cerita. Mungkin setiap kali Kak Aisya baca
novel, bukan sekadar Kak Aisya baca ceritanya, tetapi juga mengamati gaya
seseorang penulis itu menulis atau mengolah ceritanya. Kiranya... 2 in
1 lah... hehehe!!!
norazizah@doe.gov.my
Seremban
NSDK
Apa khabar? Saya peminat
buku-buku novel akak. Semua buku akak telah saya miliki dan saya rasa
tidak rugi mendapatkan semua buku-buku akak. Novel yang paling saya minati
ialah ‘Sehangat Asmara’ dan ‘Kau Untukku’…
memang best. Sedih… berulang-ulang kali saya membacanya tanpa jemu.
Novel pertama yang saya baca ialah ‘Kau Untukku’ pada tahun
2003 di IPTA. Sejak hari itu, saya berminat untuk memiliki kesemua novel-novel
tulisan akak. So, Alhamdulillah hingga ke hari ini saya telah mendapat
semua koleksi novel akak dari novel ‘Jauh’ hingga novel ‘Adam
dan Hawa’. Di sini saya ingin tanyakan beberapa soalan;
Baik seadanya. Terima kasih kerana meminati buku-buku
Kak Aisya. Betulke tak rugi? Mana tahu satu hari nanti, Kak Aisya nak
temui semua peminat2 Aisya Sofea yang memiliki kesemua buku-buku Kak Aisya...
hehehe!
1.
Apakah novel yang akan dikeluarkan selepas ‘Adam Dan Hawa’?
Dan bila?
Aduhhh... penat jerih ‘Adam & Hawa’
belum habis lagi dik, dah bertanya buku baru pula??? Insya-ALLAH, sekarang
ni Kak Aisya sedang dalam pembikinan (mcm filem pulak!) buku terbaru Kak
Aisya. Tunggulah bila-bila dalam tahun depan ye...
2. Akak tidak teringin ke untuk mengadaptasikan novel akak iaitu ‘Sehangat
Asmara’ dan ‘Kau Untukku’ serta novel lain dalam filem
atau drama bersiri seperti penulis Pn. SharIfah Abu Salem iaitu drama
‘Gerimis Di Hati’ dll.
Teringin juga. Tengoklah dulu...
Saya
rasa kalau dijadikan filem atau drama memang akan lebih menarik untuk
orang ramai tonton. Lebih-lebih lagi sebab saya rasa 2 novel tersebut
betul-betul berpotensi.
Terima kasih. Memang ramai yang sependapat dengan
adik. Kalau ada mana-mana pihak yang sudi, apa salahnya...
3. Untuk pengetahuan akak, saya juga minat dalam bidang penulisan tetapi
saya tidak mempunyai sebarang kelulusan dalam menghasilkan novel. Tetapi
mempunyai banyak idea. Saya juga menghadapi masalah dalam membahagikan
masa untuk menulis. Akibatnya ada cerita yang saya tulis tidak dapat disiapkan
sepenuhnya. Apabila saya cuba menulis semula, saya terus kehilangan idea.
So, macam mana saya ingin membahagikan masa bekerja dan menulis serta
cara untuk mendapatkan idea dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti
dan bermutu macam novel-novel akak.
Samalah macam Kak Aisya, minat bidang penulisan
tetapi tiada kursus untuk mendalami bidang tersebut. Tapi satu aje yang
berbeza, apabila Kak Aisya berhenti sekejap untuk sehari dua, Kak Aisya
masih mampu pick-up cerita tersebut kembali. Ini mungkin setiap kali adik
tinggalkan untuk sementara waktu, maka adik terus terputus dengan cerita
tersebut... betul tak??? Okey, terus-terang Kak Aisya sebenarnya tak tahu
macam mana nak bagi tips dalam hal ini, sebab semuanya datang dari mood
kita ketika setiap kali mula menulis. Dalam hal ni, bila Kak Aisya tinggalkan
buat beberapa hari, fikiran Kak Aisya tak pernah tertinggal untuk terus
memikirkan cerita tersebut. Fikiran Kak Aisya ligat berpusing. Fikir dan
fikir dan fikir... sekurang-kurangnya mood untuk satu-satu cerita tak
pernah lepas dari Kak Aisya. Begitulah cara Kak Aisya bekerja...
So, akhir kata saya berharap agar akak dapat memberi panduan dan tunjuk
ajar dalam menghasilkan novel serta berkongsi tips yang berguna…
Semoga akak akan dapat menghasilkan novel yang lebih menarik di masa hadapan.
Saya akan sentiasa memberi sokongan dan terus membeli novel akak dari
semasa ke semasa.
Terima kasih dik! Kak Aisya doakan semoga adik sukses
dalam bidang penulisan satu hari nanti. Mana tahu satu hari nanti kita
sama-sama di bawah bumbung Alaf 21 pula.
Sekian, terima kasih.
AS
fIfah
afifah91
fifah_afifah912000@yahoo.com
Assalamualaikum,
Ifah
berumur 15 tahun. Ifah sangat berminat akan kelima-lima novel saudari.
Dan novel yang terbaru ni iaitu ‘Adam&Hawa’ memang best
tapi saya sedikit keliru. Ada patah perkataan yang salah. Masalahnya Ifah
susah nak mencari kedai novel. Pekan yang berhampiran dgn rumah Ifah adalah
Banting, Selangor. Kalau sesuatu novel takde di Banting, Ifah akan cari
di Klang atau KL. Jadi, Ifah nak tahu kedai2 yang menjual novel Alaf 21
dan Ifah hendak tahu laman web novel? Ifah nak sangat saudari mengarang
sebuah novel yg menceritakan kehidupan remaja sekarang. Semua novel yang
saudari hasilkan memang seronok. Ifah harap banyak lagi novel yang akan
saudari tulis nanti. Terima kasih. Wasalam.
Waalaikumussalam.
Terima kasih kerana suka dengan ‘Adam & Hawa’. Iye ke
ada perkataan yang salah? Nanti bolehlah Ifah email pada Kak Aisya beritahu
muka surat yang ke berapa. Kesian... susah nak cari buku-buku terbaru
Alaf 21 ye? Tak apa, next time kalau Ifah nak tahu apa buku-buku terbaru
keluaran Alaf 21, Iffah boleh pergi website http://www.alaf21.com.my.
Di sana, buku-buku terbaru setiap bulan ada dinyatakan, malah Ifah juga
boleh membeli terus buku-buku yang mana Ifah dah ketinggalan. Hope you
enjoy!
Norhayati
bte Mohamad
norhayati@jupem.gov.my
Assalamualaikum
Kak Aisya Sofea..
Waalaikumussalam...
First of all syabas Yati ucapkan atas kelahiran novel kedua akak
(‘Adam & Hawa’) bagi tahun 2005 ni.
Thank you very much.
Walaupun saya tak baca lagi novel ‘Adam & Hawa’ ni tapi
saya yakin mesti best punya! Maklumlah novel akak semuanya best terutamanya
'Kau Untukku' (my lovely collection)... dah berapa kali saya
khatam sampaikan buku tu dah 'lunyai'... hehehe...
Wah! Peminat setia ‘Kau Untukku’ nampaknya.
Suka ceritanya atau Ahmad Fuad yang romantik tu? Hehehe... jangan marah!
Kalau buku tu dah 'lunyai', nampak gaya kena beli buku tu satu lagi tu...
Akak tahu, disebabkan minat giler dgn 'Kau Untukku' dan watak Nurul Umairah
sehinggakan saya berniat kalau saya dpt baby girl nak letak nama Nurul
Umairah tapi hajat tak tercapai lagi... Baby boy plak keluarnya. Psttttt...
tak terniat ke nak buat sequel utk Ahmad Fuad & Nurul Umairah ni?
Alahai... miss lah tu! Tak apa, simpan untuk next
baby pulak ye. Pasal sequel Ahmad Fuad & Nurul Umairah tu... tengoklah
nanti. Kot terlintas idea nak buat sequelnya nanti esok-esok.
Ok... semoga Kak Aisya Sofea terus berkarya dgn cite yg best2 gitu. Saya
sentiasa ternanti2 buah tangan drpd akak. Bye.
Terima kasih banyak-banyak. Doa-doakanlah idea yang
terbit nanti semuanya best-best juga. Tanpa sokongan dan keyakinan pembaca-pembaca
Kak Aisya selama ni, terutama macam saudari, tentu Kak Aisya tak ada semangat
nak menulis . Sehingga bertemu lagi... bye! AS
Tengku
Hanisah
rone_relax@yahoo.com
Saya
merupakan salah seorang peminat Kak Aisya Sofea. Daripada ‘Jauh’
sehinggalah ‘Adam dan Hawa’, semuanya saya gemari. Terutama
sekali ‘Jendela Hati’. Sampai sekarang saya rasa itu adalah
novel yang paling sempurna. Ceritanya yang menyayat hati membuatkan air
mata saya tidak segan silu mengalir.
Apa
yang paling menarik dengan karya Kak Aisya Sofea adalah watak heronya.
Watak hero yang menjadi idaman setiap wanita termasuklah saya. Untuk karya
‘Adam dan Hawa’ saya nak komen sikit...
Mula-mula
saya baca memang kelakar habis(saya dok tersengih je). Walaupun perangai
Am nampak macam mengada-ngada tapi saya suka. Bila Am dan Ain terpaksa
kahwin, saya rasa tak salah Ain bersikap begitu. Kalau saya di tempat
Ain, mungkin saya akan berbuat perkara yang sama atau mungkin lebih teruk...
Tapi,
bila kebencian Ain berlanjutan agak lama, saya pulak jadi kurang sabar.
Kadang2 rasa nak suruh Ain rasa apa yang Am rasa. Sakitnya, deritanya.
Pun begitu, saya mengagumi watak adik Ain(dah lupa namanya) sehingga teringatkan
cerita ‘Jauh’...
Bagi
saya ‘Adam dan Hawa’ memang menarik. Bila saya dapat tau yang
novel tu keluar, saya tak berlengah lagi untuk mendapatkannya. Semua novel
Kak Aisya Sofea berbaloi untuk dibeli... Harapan saya agar Kak Aisya Sofea
sukses selalu!!
Waalaikumussalam...
Terima kasih kerana meminati buku-buku tulisan Kak Aisya apatah lagi dengan
kehadiran buku terbaru ‘Adam & Hawa’. Sebenarnya, terasa
lama juga Kak Aisya ingin tackle hati pembaca-pembaca Kak Aisya dengan
watak seperti Fikri dan Ahmad Fuad yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Bila Adam muncul, Alhamdulillah... banyak respon positif yg Kak Aisya
terima. Tanpa sokongan daripada pembaca-pembaca seperti saudari, tentu
sukar idea seperti cerita ‘Adam & Hawa’ ini lahir dari
hati Kak Aisya. Terima kasih sekali lagi kerana menyokong Kak Aisya...
AS
Nuraida
Farzanah
sayla143@hotmail.com
Assalamualaikum
Kak Aisya, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan
tahniah kepada Kak Aisya di atas terbitnya novel ‘Adam & Hawa’.
Saya rasa tak rugi saya menjadi peminat setia Kak Aisya sebab novel terbaru
Kak Aisya kali ini pun sangat seronok untuk dibaca. Memang lama sudah
saya menunggu novel terbaru Kak Aisya. Ingin saya bertanya kepada Kak
Aisya, bagaimanakah caranya Kak Aisya mencari idea untuk menghasilkan
novel-novel yang sangat baik jalan ceritanya?
Waalaikumussalam...
Terima kasih kerana meminati ‘Adam & Hawa’. Minat jalan
cerita atau minat dengan Adam Mukhriz dik? Hehehe! Jgn mare aaa... kita
gurau-gurau je. Macam mana dapat idea? Bagi Kak Aisya, nak cari idea tak
boleh nak paksa. Dia datang, datanglah. Kalau tak datang idea, tak payahlah
susah-susah nak cari. Memang takkan datang. Untuk ‘Adam & Hawa’,
sepertimana yang Kak Aisya pernah sebut sebelum ini, ideanya adalah Masjidilharam.
Baru plot cerita datang dengan sendirinya. Ini pengalaman Kak Aisya setiap
kali menulis, melihat sesuatu perkara, barulah timbul jalan cerita dengan
sendirinya. Mungkin cara Kak Aisya berbeza dari penulis-penulis yang lain.
Terima kasih kerana menjadi pembaca setia Kak Aisya dik! - AS
Muziyah
Mustafa
Muziyah@uniten.edu.my
Assalamualaikum.
Saya telah membaca semua novel-novel puan dari novel ‘Jauh’
hinggalah ke ‘Adam & Hawa’. Tapi, apa yang menjadi kemusykilan
saya ialah mengapa setiap novel puan, pasti ada perpisahan antara pasangan
tersebut di tengah-tengah jalan cerita baru menemui kebahagiaan? Adakah
ini melalui pengalaman sendiri atau khayalan semata-mata. Walau bagaimanapun
‘Sehangat Asmara’ tetap menjadi pilihan hati saya dan kawan-kawan
saya.
Waalaikumussalam...
Aduhh! Macam mana ye nak jawab soalan ni? Mungkin perpisahan itu menjadikan
pertemuan semula lebih manis dan lebih bermakna kot...? Ya, mungkin juga
kerana itu. Tapi Insya-ALLAH, untuk buku yang akan datang pula, tiada
lagi perpisahan. Tunggu buku saya yang terbaru ye...!- AS
Faridah
Yon
faridahyon@dhbproj.com
Asalamuaalaikum
saudari,
Saya telah membeli dan membaca semua novel saudari, sungguh mempersonakan.
Saya selalu berfikir how can you imagine the stories before you write
a novel. Do you base on the real life stories, atau pun cerita dari kawan-kawan,
it was so interesting. The stories goes hampir perfect.
Wassalam.
Waalaikumussalam.
Idea ni susah nak cakap datang dari mana. Contohnya macam ‘Kau Untukku’,
idea datang dari melihat seorang setiausaha yang begitu sibuk melayani
karenah bos di pejabat. ‘Jendela Hati’ datang dari ungkapan/simpulan
bahasa gulung tikar. Dan yang terbaru...’Adam & Hawa’
terhasil kerana Masjidilharam. Bila sesuatu perkara 'trigger' di fikiran,
barulah plot ceritanya datang dengan sendirinya. Agak subjektif juga jawapannya
untuk saya beri sebab ianya berbeza-beza. Terima kasih kerana meminati
hasil tulisan-tulisan saya selama ini. Wassalam. AS
Rynna
rin'z
sabrynna_spys@yahoo.com
Assalamualaikum,
Hai Kak Aisya... Saya ni merupakan antara peminat novel-novel akak. Untuk
pengetahuan akak, saya menjadikan akak sebagai idol saya dalam bidang
penulisan. Tulisan akak memang begitu menusuk kalbu. Antara novel yang
paling menyentuh hati saya adalah ‘Sehangat Asmara’. Dah banyak
kali saya baca novel tu tapi saya tak pernah puas. Setiap kali saya baca
novel akak tu saya akan mengalirkan airmata. Novel tu memang best!
Sebenarnya
saya memang minat menulis. Saya cuba menulis sebuah novel sendiri. Saya
cuba mencari identiti sendiri dalam novel tu walaupun saya amat meminati
gaya penilisan akak! Hopefully akak akan memberi tunjuk ajar bagaimana
cara menulis dengan baik!
Oklah
akak. Sampai di sini sahaja dulu buat kali ini. Insya-ALLAH saya akan
mengirimkan e-mel lagi! Assalamualaikum.
Waalaikumussalam...
Uiikkss... minat ‘Sehangat Asmara’ rupanya. Kak Aisya pun
minat ‘Sehangat Asmara’ juga. Pada Kak Aisya jalan cerita,
Zainal dan Kay terlalu dekat dengan Kak Aisya. Bukanlah buku-buku yang
lain tak ada dalam hati Kak Aisya, tapi ketika menulis buku ini, Kak Aisya
melalui beberapa perkara yang tak pernah Kak Aisya rasakan. Selain dari
merasakan kehadiran mereka berdua dalam hidup kak Aisya, Kak Aisya melalui
writer's block, penyakit yang menakutkan untuk penulis-penulis. Aduhhh...
susahnya bila dapat penyakit ni. Tiga bulan Kak Aisya tak boleh nak menulis
dik! Namun, Alhamdulillah Kak Aisya bersyukur sebab ‘Sehangat Asmara’
mempunyai peminatnya tersendiri seperti juga dengan buku-buku Kak Aisya
yang lain.
Tentang
minat untuk menulis tu, itu perkara yang baik. Bermulalah dari sekarang.
Kalau tak bermula dari sekarang, sampai bila pun kita tidak tahu sejauh
mana kita boleh melangkah. Terima kasih kerana menjadikan Kak Aisya sebagai
idola adik. Rasa terharu dan segan pula Kak Aisya kerana dunia Kak Aisya
dalam bidang penulisan masih sekecil semut. Tapi kalau adik ingin menjadi
seorang penulis, bolehlah Kak Aisya beri tips dan idea bagaimana untuk
menulis... itupun berpandukan kepada pengalaman Kak Aisya yang tidak seberapa
ini.
Semoga
kita berjumpa lagi... terima kasih di atas sokongan adik selama ini!
rozlinh
rozlinh@midfsisma.com
TANYA AISYA SOFEA
Assalamualaikum,
Pertama sekali terima
kasih kerana menceriakan hari saya dengan kehadiran Adam & Hawa. Hari
ini, kali ke 3 saya ulang membacanya tapi masih lagi rasa tidak puas hati
dengan kisah Am & Ain. Saya masih lagi cuba menyelami hati Ain atas
perkara yg berlaku pada dirinya dan tindakan Am yg saya rasa sedikit lembut
daripada Zainal Arief. Kesabarannya menunggu dan kematangannya buat saya
tersentuh. Satu senario yg berbeza bila heronya seorang pilot yg warak
buat saya teringat pada Ustaz Hafiz Firdaus yg juga seorang pilot. Terbayang-bayang
Ain menunggu Am pulang dari London, satu pemandangan yg indah rasanya.
Pertemuan di Masjildilharam mencuit rasa kerana kita hanya merancang tapi
ALLAH yg menentukan segalanya.
Harapan saya, puan
dapat melahirkan novel dlm masa yg terdekat dan lebih romantis dan menarik
lagi.
Salam,
Rozlin
Kuala Lumpur.
Waalaikumussalam...
Pertama kali idea muncul untuk Adam & Hawa adalah gambaran Masjidilharam.
Idea ini begitu kuat sebenarnya. Mungkin juga kerana Masjidilharam tempat
paling syahdu dalam hati kita semua, maka saya begitu teruja untuk mengambil
senario yg sering berlaku di sana untuk dijadikan sedikit paparan di dalam
buku saya. Dan entah kenapa saya membayangkan bahawa Adam seorang juruterbang
yang berdarah kacukan, kacak, tinggi dan sering mencuri perhatian gadis-gadis
yang bertemu dengannya. Dan juga Ain, seorang gadis yang tegas dan jujur
dengan dirinya, walaupun di tengah-tengah cerita tersebut dia agak keliru
di antara kewarasan fikiran dan keinginan hatinya. Walaupun begitu, saya
amat bersyukur kerana buku terbaru saya ini menjadi kesukaan pembaca-pembaca
saya termasuk juga saudari. Terima kasih kerana meminatinya....
AS
DL
PY
dlpy@hotmail.com
TANYAAISYASOFEA
Assalamuaalaikum.
Apa khabar? Saya Ina
dari Mentakab mendoakan agar anda dikurniakan Allah sebanyak mungkin ilham
untuk terus berkarya. Pertama kali saya membaca Adam & Hawa, hati
saya amat tersentuh jalan ceritanya yg terasa sangat dekat dgn kehidupan
dan memberi kesedaran bahawa benci bukan penyelesaian mengatasi masalah.
Boleh senaraikan setiap novel yg anda
hasilkan dan kalau boleh beritahulah penerbitnya sekali. Saya amat berharap
dapat menjadikan karya anda antara koleksi saya yg terbaik. Teruskan berkarya
InsyaALLAH dgn berkat doa kami sebagai peminat anda akan tetap mendapat
sokongan moral dan material.
Waalaikumussalam.
Alhamdulillah, terima kasih kerana kesudian saudari menghantar emel kepada
saya. Terima kasih juga kerana menggemari buku-buku saya selama ini. Memang
ketetapan pada diri saya untuk mengilhamkan kehidupan yang tidak mustahil
untuk berlaku dalam kehidupan kita. Dan betul kata saudari itu bahawa
kebencian bukan jalan terbaik untuk menyelesaikan satu-satu masalah dalam
diri kita. Lagipun, bukankah benci membenci itu satu sifat yang tidak
baik apatah lagi kepada mereka yang dekat dan mempunyai hubungan dengan
kita, seperti Ain dan Adam; suaminya. Terima kasih sekali lagi kerana
menjadi peminat Aisya Sofea...
AS
ct
i-shah
sihah_5005@yahoo.com.my
TANYAAISYASOFEA
Hai...
assalamualaikum.
Waalaikumussalam... hello dik!!!
Saya salah seorang peminat Kak Aisya Sofea. Tahniah kepada Kak Aisya yang
berjaya menghasilkan novel yang begitu menarik. Di sini saya ada soalan
untuk Kak Aisya...
Terima kasih....
Macam mana Kak Aisya membahagikan masa untuk menulis dan dari mana dapat
idea menulis novel ‘Kau Untukku’? Novel tu dah banyak kali
saya baca. Memang best sangat...
Iye ke??? Dah berapa kali khatam tu? Hehehe... Sori
dik, kita gurau-gurau ajer! Sebenarnya idea untuk buat buku tu datang
masa Kak Aisya tengah tengok gelagat seorang setiausaha di pejabat Kak
Aisya. Sibuk sokmo keluar masuk dalam bilik bos. Waktu tu Kak Aisya pulak
tengah menghabiskan notis berhenti kerja di pejabat... so memang tak sibuklah
waktu tu, asyik memerhatikan orang ajerlah. Kak Aisya ambil masa kira-kira
3 bulan untuk menghabiskan ‘Kau Untukku’. Agaknya pasal tu
best sangat tu... hehehe!!!
Soalan kedua, kenapa kat belakang novel Kak Aisya tak bagi alamat?? Cadangan
saya untuk novel Kak Aisya akan datang supaya menyiarkan alamat Kak Aisya...
semoga cadangan ini dipertimbangkan...
Cadangan itu harus ditujukan kepada Alaf 21 dik.
Tapi, takpe kot kalau tak tulis. Adik masih boleh menghubungi akak melalui
Alaf 21. Tengoklah emel adik ni Kak Aisya balas.
Akhir sekali, semoga Kak Aisya terus menulis dan menulis...
Terima kasih dengan sokongan adik. Tanpa sokongan
dan keyakinan yang pembaca-pembaca berikan macam adik yang sorang ni,
tak ke manalah Kak Aisya dalam dunia penulisan ini...
Salam sayang dari peminat setia Aisya Sofea,
Siti Aishah,
Kota Bharu.
SyazliE
azlie1510@hotmail.com
Assalamualaikum,
Hi, saya cuma nak katakan di sini bahawa novel2 yang Aisya tulis sangat
saya gemari. I've read most of your novels. Perhaps, one day you boleh
write a novel for me about my love life.
All The Best To You!!!
From
Brunei,
Syaz
Waalaikumussalam.
Terima kasih kerana meminati buku-buku yang saya tulis. Why not? Mana
tahu, mungkin cerita saudara/i mempunyai pengajaran yang bermakna dan
boleh dijadikan panduan hidup untuk kita semua. Terima kasih sekali lagi
dengan sokongan saudara/i selama ini!
AS
puteri
ayudie
puteri_ayudie@yahoo.com
Assalammualikum Aisya Sofea.
Saya adalah antara
peminat karya-karya anda. 'Jendela Hati’ adalah karya anda yang
paling saya minati dan ia adalah novel pertama yang saya beli dalam hidup
saya. 'Jendela Hati' telah menyebabkan saya terus tertarik untuk menjadikan
membaca novel sebagai hobi saya terutama novel keluaran Alaf 21. Saya
ingin bertanya tiadakah sambungan cerita antara Lukman Hafizi dan Farah
Wahida? Saya berharap Aisya Sofea dapat menyambung cerita 'Jendela Hati'
ini.
Waalaikumussalam.
Wah! Minat dengan ‘Jendela Hati’ atau Lukman Hafizi??? Maaf,
saya sekadar bergurau. Tentang pertanyaan mengenai lanjutan cerita dari
‘Jendela Hati’, InsyaAllah akan dipertimbangkan. Terpulang
juga pada permintaan ramai dan kesesuaian cerita sama ada boleh dilanjutkan
lagi cerita ‘Jendela Hati’ itu atau pun sebaliknya. Rasa-rasanyalah,
tentu saudari sudah ada sedikit idea bagaimana cerita ini boleh dilanjutkan,
iye tak? Kalau ada, bolehlah bagi hint sikit (gurau lagi!). Mengikut pendapat
saya yang sekejap ni, kalau nak buatpun, mungkin berkisarkan tentang hubungan
Farah dan Lukman bersama-sama anak-anak mereka. Boleh tak macam tu???
Zaiton
Binti Abdul Manaf
zaiton@karangkraf.com
Assalamualaikum.
Hi Kak Aisya, apa khabar? Seronok rasanya berpeluang menghantar soalan
kpd penulis idola yg amat saya kagumi.
Bermula
dengan novel ‘JAUH’ hinggalah ‘ADAM&HAWA’,
gaya penulisan akak begitu menyentuh perasaan saya. Hinggakan sy membaca
berulang kali tanpa jemu. Sy hairan, bagaimana akak dapat menjiwai sesuatu
watak itu dengan berkesan dan mengolahnya ke dalam novel dengan gaya bahasa
yang begitu menarik dan membuatkan sy asyik.
Lagi satu, saya ingin bertanya adakah setiap watak di dalam novel akak
tu benar2 wujud atau sekadar imaginasi akak. Manalah tau kan, maybe akak
dpt idea dari cerita rakan2 atau org sekeliling. Paling sy suka novel
‘SEHANGAT ASMARA’ dan juga ‘JENDELA HATI’. Good
luck to u sis! Bye.
Waalaikumsalam,
Kak Aisya pun seronok dapat bertemu dengan pembaca seperti saudari ni
yang dari dulu sampai sekarang tidak jemu menyokong perjuangan kak Aisya
dalam bidang penulisan ni. Thank you for your support!
Tak
ada apa rahsia yang tersembunyi. Bahasa Kak Aisya pun biasa-biasa sahaja
dik. Mungkin sebab bila menulis, Kak Aisya selalu membayangkan diri kak
Aisya sebagai heroin cerita, jadi pembaca turut sama berada di dalam cerita
tersebut. Sebenarnya, bila setiap kali Kak Aisya menulis, Kak Aisya akan
pastikan, di situlah jiwa Kak Aisya sebenar. Kalau tak boleh, maknanya
mood tak ada. Bila tak ada mood, satu apa pun tak boleh buat, dik! Tentang
cerita dan watak yang ada dalam buku-buku Kak Aisya, semuanya sekadar
imaginasi. Seperti ayat fofular tu 'tiada kena mengena yang hidup mahupun
yang telah meninggal dunia'. Jadi, memang semata-mata imaginasi dan sedikit
kreativiti yang dicampur sebati dan kemudian terhasillah cerita-cerita
‘Jauh’ sehinggalah ‘Adam & Hawa’. Tetapi,
kalau tempat tu, memang wujudlah. Sebab Kak Aisya ni tak pandai pulak
nak mengada-adakan tempat selain dari tempat yang Kak Aisya pernah pergi
atau buat homework melalui internet. Tempat mesti wujud, kalau tidak tak
happening pulak....hehehe!!! Dengan jawapan-jawapan Kak Aisya ni, moga-moga
terlerai sudah tanda tanya selama ni...
Wassalam, AS
sharron
wong
sharron_1224@yahoo.com
Hai
Alaf 21!!
Saya peminat setia karya u all. Buku ceritanya best2 semua. Ni nak tanya,
apa alamat e-mail Aisyah Sofea?
Hello
Sharon,
Terima kasih kerana meminati buku-buku tulisan saya. Lebih dari itu saya
agak teruja bila melihat nama bukan Melayu terpapar di skrin komputer
saya sebagai salah seorang peminat Aisya Sofea. Terima kasih sekali lagi.
Walau apapun, untuk tidak menghampakan saudari, saudari boleh menghubungi
pihak Alaf 21 untuk mendapatkan alamat emel saya dan juga penulis-penulis
lain.
Bye, AS.
firdaus
fadzil
fifa8978@yahoo.com
Assalamualaikum,
saya ada beberapa soalan yang hendak ditanya.
Waalaikumsalam...
Bagaimanakah untuk menghasilkan suatu novel yang menarik?
Untuk
menghasilkan satu novel yang menarik bagi pendapat Kak Aisya, saudari
harus memastikan bahawa saudari turut sama berada di dalam cerita yang
saudari reka itu. Penghayatan mesti ada di samping plot yang kuat walaupun
jalan ceritanya simple.
Bagaimanakah cara untuk menghasilkan sesuatu watak utama novel yang mantap?
Untuk menghasilkan watak utama novel yang mantap
pula, saudari pandai menggayakan mereka supaya dapat menambahkan seri
pada cerita. Seperti mana bijaknya untuk mengolah cerita, saudari juga
perlu bijak membawa diri mereka supaya nampak hidup di mata pembaca.
Adakah dengan memasukkan beberapa singkatan perkataan akan merosakkan
mutu sesebuah novel?
Bagi saya, tidak. Malah kehidupan kita sehari-hari
tidak terlepas dari menuturkan singkatan perkataan yang lebih ringkas
seperti 'kat' (dekat/di), 'aje' (sahaja), 'takpe' (tak apa) dan sebagainya.
Bagi saya ini tidak mencacatkan bahasa kerana ini membuatkan sesuatu cerita
nampak lebih real dan lebih bersahaja melainkan saudari berminat menulis
buku-buku yang menggunakan nilai Bahasa Melayu yang tinggi.
Bagaimanakah untuk menerbitkan sesebuah novel?
Saudari boleh menghubungi bahagian penerbitan Alaf
21 untuk mendapatkan butiran.
Azira
Mohd Amin
nor.azira.mohd.amin@my.pwc.com
Sebelum
itu, saya ingin mengucapkan "TAHNIAH" kerana rasa-rasanya sudah
terlahir 2 buah buku dari Kak Aisya dalam tahun 2005(kalau tidak silap).
Saya
mula membaca buku Kak Aisya setelah diperkenalkan oleh Kak Yatie Kadir
pada Disember 2004. Bermula dari ‘Jauh’ sehinggalah kepada
‘Adam & Hawa’... Rasanya semuanya menarik. Yg lebih tertarik
ialah ‘Sehangat Asmara’ & ‘Jendela Hati’ (pada
saya ler....).
Saya
ingin bertanya Kak Aisya, bagaimana Kak Aisya dpt menyelami setiap watak
dgn berkesan dan rasanya setiap watak yg dipaparkan seolah-olah ada sangkut-paut
dgn kehidupan pembaca(kiranya macam pernah terjadi ler). Apakah Kak Aisya
mendengar dari seorang kawan atau mencipta sendiri watak tersebut dlm
bentuk ilusi dan imaginasi?
Walau
apapun, ‘TAHNIAH’ sekali lagi dan ‘Selamat Maju Jaya’
di masa hadapan.
Note: Buku ‘Kau Untukku’ - umpama cebisan
kehidupan saya.
Terima
kasih kerana menjadi pengikut setia Kak Aisya selama ni. Okey, pasal dua
buku dalam setahun, rasa macam tak percaya juga boleh buat selaju itu.
Selalunya satu buku dalam dua tahun. Walau apapun, ini semua berkat dorongan
dan sokongan kuat dari ibu Kak Aisya sebenarnya. Beliau beriya-iya agar
Kak Aisya menulis selagi idea masih menerawang dalam kepala. Begitu juga
dengan dorongan editor Kak Aisya yang memberi kepercayaan sepenuhnya kepada
kak Aisya. Idea yang datang semuanya imaginasi. Tak ada kena mengena dengan
yang hidup dan juga yang sudah meninggal dunia. Dan tak juga berkait dengan
perjalanan kehidupan kak Aisya. Idea semata-mata, dik. Terima kasih sekali
lagi kerana meminati hasil penulisan Kak Aisya. Sampaikan salam Kak Aisya
pada Yatie dan juga teman-teman yang mengenali Kak Aisya di sana .
Nora,
Kg. Datuk Keramat,
Kuala Lumpur.
njalaluddin@yahoo.com.sg
Assalamulaikum,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kerana dapat menghasilkan
sebuah lagi novel yang terbaik iaitu ‘ADAM & HAWA’. Setelah
saya mendapat mesej melalui SMS dari ALAF 21 tentang novel ini, saya tidak
berlengah lagi untuk mendapatkannya dari kedai berdekatan... best sungguh...
jalan ceritanya... sehinggakan mendorong saya membelikan sebanyak tiga
buah lagi untuk dihadiahkan kepada teman-teman rapat saya.
Bagaimana
puan mendapat ilham untuk menghasilkan ‘ADAM & HAWA’ dan
berapa lama puan meluangkan masa untuk menulis novel ini?
Saya masih setia menunggu hasil nukilan puan yang seterusnya... Selamat
maju jaya!!
Waalaikumsalam,
Alhamdulillah. Saya begitu senang hati bila mendengar ‘Adam &
Hawa’ ini diterima oleh pembaca-pembaca seperti buku-buku saya yang
sebelumnya. Dan terima kasih kepada saudari kerana menjadi salah seorang
peminat buku terbaru saya itu. Menjawab pertanyaan saudari tentang bagaimana
saya mendapat idea tersebut, asalnya saya hanya memikirkan bagaimana untuk
membuat sebuah cerita yang berkisarkan keadaan dan suasana Tanah Suci
Mekah dan Madinah.
Sebenarnya,
plot cerita ini agak ringkas apatah lagi keinginan untuk membawa pembaca
ke suasana tanah Arab itu hanya mengambil beberapa bab sahaja, tetapi
ia tetap menjadikan saya teruja untuk menulis sebuah cerita seperti ini.
Apatah lagi dengan dorongan ibu saya yang menyarankan agar saya tidak
'menutup' komputer sebaik sahaja selesai menulis Gelora Jiwa di awal bulan
Januari yang lalu, perasaan itu begitu kuat untuk berkongsi dengan pembaca-pembaca
yang masih belum menjejakkan kaki mereka ke sana. Maka terhasillah ‘Adam
& Hawa’. Terima kasih sekali lagi kerana setia menjadi pembaca
novel Aisya Sofea.
Kembali ke menu
utama
|