APA KATA MEREKA
Zaniah dari Seksyen 27, Shah Alam pula berkata, “Bila dapat tahu ada pesta buku Alaf daripada seorang kawan, saya terus mengajaknya untuk datang ke sini. Inilah pertama kali mengunjungi pesta sebegini. Saya mengharapkan diskaun dan tak sangka 30% adalah diskaun yang sangat menarik yang diberi oleh Alaf 21. Agak rambang mata juga untuk memilih buku ni.”
Azrul dari UiTM yang datang bersama rakan baiknya, Nurul turut memberi pandangan. “Saya sentiasa buka laman web Alaf 21. Bila dapat tahu Alaf 21 buat jualan buku, apa lagi, kami terus ke mari. Saya peminat novel dan bila ada masa lapang, novellah teman setia saya. Kalau boleh, Alaf 21 buat pesta buku setiap bulan, lagi menarik.” Menurut Nurul pula, “Bukan senang nak dapat diskaun 30%, kecuali kena datang ke pesta buku Alaf 21. Seronok tengok macam-macam jenis buku. Saya sanggup berbelanja lebih.” Kami juga turut menemu bual seorang warga emas berumur 70 tahun yang sangat aktif dalam Persatuan Sejarah Malaysia, cawangan Selangor. Kata Haji Samaon Haji Ehsan, “Pak cik sanggup bermotosikal dari Padang Jawa untuk datang ke sini. Sebenarnya, pak cik dah biasa datang ke kedai buku Alaf 21. Pak cik minat membaca. Alhamdulillah, walaupun dah berumur 70 tahun, penglihatan pak cik masih baik lagi. Kunjungan kali ini, pak cik dapat membeli buku Melayu Glokal dan Tarikat.”
|