SEKITAR HARI KEDUA
PESTA BUKU ALAF KE-4

PELUANG cuti hujung minggu direbut sesungguhnya para peminat Alaf 21 untuk memeriahkan lagi jualan buku. Pemberitahuan secara meluas menerusi media cetak dan elektronik menaikkan semangat mereka untuk membeli seberapa banyak buku yang ada.

Dari serendah RM5.00, mereka bagaikan rambang mata untuk membuat pilihan. Bukan itu sahaja, buku-buku lain yang diberi diskaun 30% tidak harus dilepaskan begitu sahaja.

Lebih memudahkan untuk membeli, adanya buku disediakan. Itulah pujian yang kami terima. Namun, bakul-bakul yang ada tidak cukup. Kelemahan ini akan kami baiki untuk pesta buku yang akan datang.

Yang lebih menariknya, sambil membeli-belah, para pengunjung disajikan kudap-kudapan pelbagai jenis kerepek dan minuman sejuk, pembasah tekak. Hilang sedikit rasa kelaparan dan kehausan dengan jamuan yang seadanya. Kegusaran di hati untuk mendapatkan makanan dan minuman sudah tidak terasa lagi!

Ada pula pengunjung yang meminta agar diteruskan lagi sehingga hari Isnin ini. Alamak! Itu diluar jangkaan kami! Nampaknya, tiga hari masih tidak mencukupi. Tak apalah, setakat ini sahaja yang termampu kami buat.

Apa-apa pun terima kasih atas kunjungan anda. Segala pandangan dan komen akan kami jadikan iktibar.