CORAT-CORET PESTA BUKU SABAH
ALEYA ANESSA
HILANG FONSEL!
 |
ALEYA Anessa tak seceria biasa. Dia kini bersedih kerana fonselnya hilang diambil orang! Kejadian disedari sebaik sahaja beliau pulang ke tempat penginapannya dan didapati beg sandangnya sudah terbuka dan fonselnya tiada lagi.
"Masa saya nak ambil hand phone saya, baru saya sedar, beg saya dah dibuka," kata Aleya dengan wajah sugul. |
"Aku dah tanya orang tua aku kalau-kalau hand phone kamu tercicir di rumah beliau masa kita ke rumah orang tua aku tadi," sampuk Ramlee yang turut bersimpati.
"Bila kita orang cuba call petang tadi... panggilan tak dijawab. Bila kita orang cuba call lagi pada sebelah malam, talian dah tak dapat dihubungi," celah Lynn Dayana yang suba menghubungi fonsel Aleya melalui telefonnya.
"Sahlah, dah kena kebas, tu," kata Anis Ayuni.
Bersabarlah, Aleya. |