Kota Kinabalu, 20.3.09: Malam tadi, satu pertemuan santai di antara ahli-ahli KELABRAM diadakan di sebuah restoran di Kota Kinabalu. Majlis kecil itu dianjurkan oleh Saudari Linda Amri, wakil KELABRAM Sabah.  Tiga orang gadis yang dikenali sebagai Atim, Dayang dan Kia telah meluangkan masa untuk hadir sama.

Bagi Atim, Dayang dan Kia, inilah kali pertama mereka dapat bertemu muka dengan penulis kesayangan mereka. Masing-masing bagai tidak percaya bertentang mata dengan Ramlee Awang Murshid. Namun layanan Ramlee terhadap mereka seperti kenalan lama membuatkan pertemuan mulai jam 7.00 malam itu berlanjutan hingga jam 9.00 malam. (di Kota Kinabalu, waktu Maghribnya, 6.30 petang)


Linda Amri, wakil KELABRAM Sabah


Kia (yang amat pemau) bersama Atim

Ramlee, Dayang dan Linda

Buku-buku RAM tersusun untuk ditandatangani