|
Kota Kinabalu, 20.3.09, 10.30 pagi:
Pestabuku Sabah yang diadakan di Kompleks Centrepoint, Kota Kinabalu mula menerima kunjungan orang ramai sebaik sahaja ia dibuka pada jam 10.00 pagi. Para peminat buku-buku ALAF 21 mula mengerumuni gerainya untuk mendapatkan buku-buku terbaru atau mendapatkan buku-buku yang belum mereka perolehi.
Pada tahun ini, empat novelis ALAF 21 iaitu Anis Ayuni, Aleya Anessa, Lynn Dayana dan Ramlee Awang Murshid turut memeriahkan gerai ALAF 21 mulai hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Para peminat buku-buku ALAF 21 bolehlah datang beramai-ramai untuk beramah mesra dan juga mendapatkan tandatangan novelis-novelis kami.
RAKAMAN:
Gambar atas kiri: Linda Amri, pegawai Telekom Malaysia mendapatkan tandatangan Ramlee Awang Murshid
Atas, kanan: Lynn, Aleya, Anis & Ramlee bersedia menemui para peminat.
Bawah: Para peminat mulai mengerumuni gerai ALAF 21
|