Kota Kinabalu, 19.3.09:
Novel MIKHAIL sudah tiba di Kota Kinabalu! Sempena Pesta Buku Sabah (20-22 Mac), MIKHAIL diterbangkan khas terus dari gudang ALAF 21 ke bandar raya ini. Salah sebuah toko buku besar di bandar raya ini iaitu Kedai Buku Eaton’s sudah mempamerkan MIKHAIL. Walaupun ia baru sahaja terjual sehari, namun MIKHAIL nampaknya sudah mula susut. (lihat gambar).

WOW! Rata-rata, MIKHAIL turut dinanti-nantikan oleh para peminat Ramlee Awang Murshid. Laman www.kelabram.com dan juga www.alaf21fc.blogspot.com telah turut menghebahkan kemunculan MIKHAIL. Nampaknya, novel ke-14 Ramlee Awang Murshid bersama ALAF 21 ini bakal meledak dan meletup di pasaran! Insya-ALLAH...

Sempena hari pertama Pesta Buku Sabah ini,  Linda Amri, wakil KelabRAM Sabah dan peminat-peminat Ramlee Awang Murshid telah menganjurkan SESI SEPETANG BERSAMA RAMLEE AWANG MURSHID,  di Palm Square, Centrepoint, Kota Kinabalu. Saudara Ramlee Awang Murshid, novelis yang diraikan turut bersama menghadirinya..

Tunggu liputan selanjutnya.
Saya, Alifin melaporkan dari Kota Kinabalu untuk web ALAF 21.


Kedai buku EATHON'S

Antara buku-buku yang dijual

Sewaktu menyusun buku pameran

MIKHAIL

MIKHAIL & MENITI MAUT

Buku-buku terbaru