JOM KITA SERBU TIDAK ada rancangan untuk menghabiskan hari minggu anda? Apa kata serbu KARNIVAL KARANGKRAF yang sudah pun bermula hari ini sehinggalah Isnin, 01 Februari 2010? Jom kita tinjau sambutan hari pertama Karnival Karangkraf.
Karnival Karangkraf ini berlangsung di premisnya sendiri iaitu di Seksyen 15, Shah Alam. Program yang diadakan selama 4 hari berturut-turut ini, (29 Jan-01 Feb) turut disertai oleh ALAF 21 Sdn Bhd dan juga Buku Prima. Diskaun buku sehingga 30% cukup menarik di samping berpeluang untuk bertemu dengan penulis-penulis novel/buku yang diminati. Sila rujuk pada Jadual Penulis yang bakal hadir sepanjang program ini berlangsung di web kami. Saksikan sendiri aksi-aksi dan gelagat-gelagat para pelawat di Karnival ini yang sempat kami rakamkan pada hari pertama program berlangsung.
Untuk mengelakkan kesesakan, anda yang datang dari sekitar SHAH ALAM boleh mendapatkan khidmat RAPID KL yang beroperasi setiap satu jam untuk ke tapak karnival dengan kos tambang hanya RM1! Berikut adalah panduan perjalanan RAPID KL untuk anda yang bercadang ke tapak karnival kami: 1. HENTIAN BAS SEKSYEN 14 (BELAKANG IBU PEJABAT MAYBANK) > KOMPLEKS PKNS > BULATAN UITM > KE PERSIARAN SELANGOR (DEPAN PEJABAT KARANGKRAF) > KE STESYEN KOMUTER SEKSYEN 19. 2. KOMUTER SEKSYEN 19 > SEKSYEN 18 > LALU DEPAN BOMBA > PERSIARAN SELANGOR (DEPAN KARANGKRAF) dan seterusnya. Tambang: RM1.00 sahaja. Jadi, bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk berkunjung ke tapak karnival hari ini, anda masih berpeluang untuk mengunjunginya esok sehinggalah Isnin ini. Program akan berlangsung dari jam 9 pagi – 7 ptg. Apa lagi? Marilah beramai-ramai memeriahkan Karnival Karangkraf 2010 dan dapatkan diskaun menarik! BORONG JANGAN TAK BORONG!!!! |
||||||||||||||||||||||||||||||||