PERADUAN:
AKU & BUKUKU

Kini, anda boleh merakamkan foto anda bersama buku atau novel kesayangan anda. Sertai peraduan AKU & BUKUKU dan perolehi hadiah senaskhah buku terbitan ALAF 21 mengikut PILIHAN ANDA!

Syarat-syaratnya:

1.   Foto anda mestilah asli dan nyata, tidak menggunakan apa-apa teknik seperti super-impose. Bagaimana pun, sekiranya anda ingin menggunakan kostum atau berdandan sakan, ia adalah digalakkan.

2.   Hanya posing anda, teman atau saudara mara anda  sahaja yang diterima layak untuk menyertai peraduan ini. Penggunaan boneka, foto anda yang disandar kepada buku dan lain-lain cara selain daripada menggunakan model manusia sebenar akan ditolak.

3. Hanya buku-buku terbitan ALAF 21 sahaja yang boleh diperagakan di dalam peraduan ini. Penyertaan bersama dengan buku-buku lain akan ditolak.

4. Bukti kiriman anda bukan bererti bukti penerimaan kami.

5. Saiz MINIMUM setiap foto adalah 600 x 800 px dalam format JPEG atau GIF.

6. Gambar yang dihantar haruslah JELAS dan TERANG.

7. Semua foto yang terpilih adalah menjadi hak ALAf 21.


Cara penyertaan:

1. Kirimkan melalui pos atau emel foto anda berposing dengan senaskhah atau koleksi buku-buku anda. (Sila lihat contoh-contoh di bawah)

2. Anda juga boleh bergambar bersama dengan rakan-rakan anda bersama dengan buku-bukunya.

3. Berikan judul (sekiranya ada) dan keterangan gambar tidak lebih daripada 50 perkataan.

4. Sila sertakan semua butiran di bawah ini:

- nama penuh
- alamat penuh
- nombor telefon bimbit
- keterangan gambar
- emel anda

- judul novel atau buku yang ingin dimenangi

PENTING!: Bagi peserta yang PERNAH MENANG, dilarang menghantar penyertaan untuk musim yang sama. Tindakan tersebut akan menyebabkan penyertaan anda terbatal dengan sendirinya.

5. Pemenang-pemenang akan dipilih pada setiap minggu sehingga peraduan ini ditamatkan.

6. Gambar-gambar yang tersiar akan menjadi hak milik penganjur & pihak penganjur berhak menggunakan gambar-gambar tersebut semula untuk tujuan promosi.

Kirimkan penyertaan anda kepada:

PERADUAN AKU DAN BUKUKU
ALAF 21 SDN. BHD
LOT 12, PERSIARAN KEMAJUAN 16/16,
40200 SHAH ALAM, SELANGOR

Atau emel: alaf@alaf21.com.my

 

Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, 40200 Shah Alam Selangor / Tel: 55118820 / Fax: 55113817 / Co. No. 276419M
Laman ini disediakan oleh webmaster ALAF DUA PULUH SATU SENDIRIAN BERHAD.
Segala pertanyaan boleh menghubungi talian 019-2926401