BERKENALAN
DENGAN PANEL SOAL JAWAB AGAMA

Nama penuh beliau Mohd Noor bin Tahir.
Beliau dilahirkan pada tahun 1978 di Kampung Gemuruh,
Tepoh, Kuala Terengganu. Beliau telah pun berkahwin
dan mempunyai dua orang cahaya mata. Beliau menamatkan
program Tahfiz al-Quran di Maahad Tahfiz al-Quran
Negeri Terengganu. Pada tahun 1998, beliau
menyambung pengajian ke peringkat Ijazah di
Universiti al-Azhar, Mesir dalam bidang Qiraat. Beliau
sangat aktif mengadakan kuliah-kuliah dan ceramah
agama atas jemputan masjid-masjid dan surau-surau
di sekitar Kuala Lumpur. Beliau juga mengadakan kelas
fardu ain untuk kanak-kanak di kawasan yang sama.
Sekarang beliau bertugas sebagai Editor Agama Karya
Bestari di syarikat penerbitan Alaf21.

Nama penuh, Sakinah bt Ariff Johor.
Dilahirkan pada tahun 1980 di Kampung Senggang Kuala
Kangsar, Perak. Beliau membesar dan menamatkan sekolah
rendah di kampung tempat asal beliau. Kemudian, menamatkan
sekolah menengah di Maahad Tabiah Islamiah,
batu 8, Taping, Perak. Pada tahun 1999-2004,
beliau menuntut di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia peringkat Ijazah dalam bidang Ilmu Wahyu
dan Warisan Islam. Beliau mengambil pengkhususan
al-Quran dan Sunnah serta menjadikan
Psychology sebagai pengkhususan kedua. Beliau sekarang
menyandang jawatan sebagai Editor Agama Karya Bestari
di syarikat penerbitan Alaf21.
|