Hai semua... kini tibalah masanya kami mengadakan satu kuiz baru untuk semua pelayar setia laman web ALAF 21. Kuiz ini ala-ala treasure hunt kerana anda perlu mencari jawapan kepada soalan yang dikemukakan dengan melayari laman web ALAF 21 ataupun dengan melanggan buku-buku terbitan ALAF 21.

Semua jawapan ada di dalam cerita yang dipaparkan sama ada di dalam buletin Isnin atau butang-butang kecil di menu utama laman web ALAF 21, di dalam novel ataupun segala yang berkaitan dengan ALAF 21. Tiada klu diberi namun adakalanya kami akan sentiasa memberi anda panduan bagaimana menjawab soalan tersebut. Mari kita lihat apa syarat-syaratnya?

Syarat-syarat penyertaan

1.  Terbuka kepada semua pelayar setia laman web ALAF 21.

2. Anda boleh menyertai seberapa banyak penyertaan namun kami hanya akan memilih hanya satu jawapan yang betul.

3. Kami akan memilih tiga orang pemenang sahaja.

4. Tarikh tutup penyertaan adalah dua minggu dari tarikh soalan dikemukakan dan pada minggu berikutnya kami akan menggantikan dengan soalan yang lain.

5. Nama pemenang yang berjaya akan dipaparkan dan hadiah istimewa dari ALAF 21 sedia menanti anda.

6. Sila emelkan nama, alamat, No. Telefon dan jawapan anda kepada alaf@alaf21.com.my dengan menulis ALAFTREASURE HUNT sebagai tajuk emel.

Nama pemenang l Syarat l Jawapan l Soalan

Kembali ke menu utama