|
Apakah
misi Zamir dalam berkarya?
Beberapa
kejadian yang pernah saya tempuhi mendorong saya membantu
masyarakat dengan cara saya sendiri.
Ketika
menjalankan temu duga untuk pengambilan pekerja, saya berhadapan
dengan calon yang memiliki ijazah sarjana tetapi tidak boleh
berbahasa Inggeris dan ini menyedihkan saya.
Bagaimana
kita hendak mengharung pasaran terbuka bersifat antarabangsa
sekiranya tidak boleh menguasai bahasa berkenaan. Justeru,
saya berasa penting memberi pengajaran dan kemahiran sejak
kecil agar kanak-kanak tidak asing dengan persekitaran berkenaan.
Jika ada pihak menjemput saya untuk membaca buku cerita berbahasa
Inggeris sambil dikelilingi kanak-kanak, saya gembira dengan
tugas itu dan menganggapnya sebagai tanggungjawab sosial.
Mungkin
kedai buku di pusat beli-belah boleh memulakannya. Ini secara
tidak langsung akan menarik minat kanak-kanak kepada bahan
bacaan.
Sastera difahamkan
Zamir menulis kerana hobi. Bagaimanakah Zamir memperuntukkan
masa antara kerjaya dan hobi ini?
Tidak ada masa khusus dan
tiada sebarang persediaan. Pengalaman berada di persekitaran
pengiklanan menyebabkan fikiran saya sentiasa kreatif.
Saya berupaya menulis pada
bila-bila masa. Alhamdulillah. Lazimnya waktu malam adalah
pilihan saya kerana tugas di pejabat sudah selesai. Saya lebih
aktif menulis dan kaya idea apabila dikelilingi ahli keluarga.
Dua anak saya bertindak sebagai peneliti skrip saya. Mohamed
Sadiq, 14 dan Abdul Hafiz, 11 tahun menjadi pembaca dan penilai
pertama saya. Selalunya pandangan kanak-kanak dan remaja lebih
tulus. Jadi saya tiada masalah dengan hobi ini.
Apa perancangan masa
depan Zamir dalam bidang ini?
Jika ada masa dan peluang,
saya bercadang menulis novel yang lebih baik. Dijadualkan
dua novel kanak-kanak saya terbitan Alaf 21 akan berada di
pasaran pada awal 2006. Kini penerbit sedang menyiapkan ilustrasi
untuk cerita berkenaan. Insentif Alaf 21 meletakkan rujukan
di halaman belakang buku, baik kerana memungkinkan sesiapa
saja untuk memahami buku saya.
PROFIL
Sulaiman Abdul Rahman
Nama pena: Zamir Zakwan
Jawatan: Managing Partner KDC Communication Sdn Bhd.
Pendidikan: Ijazah dalam bidang psikologi dari University
of California, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Karya: Novel kanak-kanak Mystery Of The Old Mansion, House
of Horror, Koleksi Novel Penemuan Aneh.
|