Tahun Hijrah merupakan kalendar Islam. Ia bermula dari tarikh permindahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah. Ada di antara kita tidak berapa mahir tentang sesuatu hari, tarikh, bulan dan tahun dalam hijrah.

Sekiranya anda ingin mengetahui tarikh lahir anda pada tahun Hijrah, cuba layari laman web http://www.rabiah.com/convert/.

Contoh, sekiranya tarikh lahir anda 25 Julai 1992 bersamaan hari Sabtu. Ini bermakna, tarikh lahir anda dalam kalendar Islam mengikut tahun Hijrah ialah 24 Muharram 1413.